Ekuinoks September: Matahari Tepat Di Atas Garisan Khatulistiwa

242
views

Bermulanya musim luruh dan musim bunga .

..

 

Pada beberapa hari lepas aitu 23 September 2018 ,

 

Berlakunya suatu fenomena yang dikenali sebagai  ” Ekuinoks September ” .

 

Ekuinoks September secara rasminya telah berlaku pada :

 

01:54 UTC atau 09:54 AM

( waktu Malaysia )

 

 

Bagaimana Ekuinoks September berlaku ? .

 

 

Umum mengetahui paksi bumi condong sebanyak 23.5 darjah ketika mengorbit matahari .

 

akibatnya ,

Kedudukan matahari tidak selalu berada pada tempat yang sama jika kita perhatikan setiap hari .

 

kadang kala matahari kelihatan di kawasan sebelah utara .

 

kadang kala matahari kelihatan berada di kawasan sebelah selatan .

 

Dan , ada kalanya matahari kelihatan berada tegak di atas garisan Khatulistiwa .

 

 

Ketika matahari berada tegak di atas garisan Khatulistiwa , akan berlakunya fenomena Ekuinoks .

Dalam setahun , dua kali fenomena Ekuinoks akan berlaku .

 

– Bulan Mac

– Bulan September

..

 

Ekuinoks yang berlaku pada bulan Mac telah berlalu ,

Kini tiba Ekuinoks bulan September pula . .

 

Sebelum bermulanya Ekuinoks pada bulan September ,

 

Kedudukan matahari kelihatan tegak di garisan Sartan yang berada di hemisfera utara pada bulan Jun .

 

Ketika matahari tegak di garisan sartan pada bulan Jun , berlakunya fenomena yang dikenali sebagai Solstis Jun  .

 

Ketika Solstis Jun ,

Kawasan hemisfera utara akan mengalamai musim panas manakanala kawasan hemisfera  selatan pula akan mengalamai musim sejuk .

 

Hari demi hari ,

Matahari akan kelihatan “bergerak” sedikit demi sedikit dari garisan Sartan di hemisfera utara menuju ke garisan Khatulistiwa .

 

Ketika Matahari berada tegak di garisan Khatulistiwa pada bulan September ,  berlakunya fenomena  Ekuinoks september ..

Perubahan kedudukan matahari pada setiap musim .

 

 

..

 

secara dasarnya ,

 

Mengikut takrifan Astronomi ,

 

Ekuinoks pada bulan September ini menandakan bermulanya perubahan musim daripada musim panas di hemisfera utara kepada  musim luruh .

 

Atau ,

 

perubahan musim daripada musim sejuk di hemisfera selatan kepada musim bunga .

 

..

 

Adakah siang dan malam sama panjang ketika fenomena Ekuinoks berlaku

( 12 jam siang , 12 jam malam ) ?

..

 

Sepanjang fenomena Ekuinoks berlaku ,

ramai yang beranggapan bahawa siang dan malam adalah sama panjang .

 

Benarkah ?

 

Secara teknikalnya :  TIDAK

 

Siang dan malam tidak sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam .

..

 

Kenapa ?

 

Untuk pengetahuan semua ,

matahari ketika dilihat dari bumi adalah berbentuk seperti cakera dan bukannya satu titik tunggal cahaya .

 

Waktu siang dikira apabila bahagian sisi atas matahari mula kelihatan di ufuk timur meskipun kedudukan sebenar matahari di langit dikira pada pusat matahari .

..

 

ketika terbenam pula , walaupun pusat matahari sudah kelihatan berada di bawah ufuk , namun sisi atas matahari masih boleh dilihat di atas ufuk barat , ia masih dikira waktu siang ..

..

 

Selain itu , pembiasan cahaya matahari melalui atmosfera bumi juga mempengaruhi pengiraan panjangnya waktu siang .

 

Akibat pembiasan , sinaran cahaya matahari akan tetap kelihatan di ufuk walaupun pada hakikatnya jasad matahari sudahpun terbenam di bawah ufuk .

..

 

Jadi , apabila faktor matahari mula terbit dan terbenam serta faktor pembiasan cahaya matahari melalui atmosfera diambil kira , waktu siang akan sedikit lebih panjang berbanding waktu malam .

..

 

Wallahu A’lam .

 

” Majulah Falak Untuk Ummah “

..