Saya mahu berkongsi satu eksperimen melibatkan 45 orang subjek ditayangkan video kemalangan. Eksperimen ini sebenarnya berkait dengan kes pemuda yang musnah hidupnya akibat salah laku di mahmakah dan polis. Eksperimen mengupas tentang bagaimana kita dimanipulasi.

45 orang pelajar dijadikan subjek uji kaji dan tujuh buah
video kemalangan ditayangkan. Bagi setiap video yang ditayangkan, subjek akan diberikan soalan tentang kemalangan dalam video tersebut.

“About how fast were the cars going when they hit each other?”

Soalan ini ditanya kepada semua yang terlibat. Soalan yang sama. Tetapi perkataan “hit” ditukar dengan perkataan sama ada “smashed”, “collided”, “bumped” dan “contacted”.

Hasilnya? Keputusan mendapati, setiap perkataan memberikan jawapan kelajuan kereta yang berbeza.

Keputusan mendapati, setiap perkataan memberikan
jawapan kelajuan kereta yang berbeza. Perkataan “smashed” mendapat jawapan kelajuan yang tinggi. Kemudian diikuti dengan “collided”, “bumped”, “hit” dan paling perlahan adalah bagi perkataan “contacted”.

Perkataan “smashed” itu sendiri dapat membuatkan manusia melihat kemalangan itu lebih teruk daripada apa yang terjadi sebenarnya. Ia membuatkan subjek “teringat” benda lain yang dapat menguatkan hujahnya sewaktu melihat kemalangan tersebut walaupun benda itu tak berlaku pun.

Eksperimen tidak berhenti setakat itu. Ia dilanjutkan lagi tetapi ditambah subjek seramai 150 orang. Soalan yang sama berulang. Kemudian, subjek pulang ke rumah masing-masing dan akan dipanggil semula selepas 10 hari untuk eksperimen selanjutnya.

Selepas 10 hari, 150 orang ini diminta untuk ingat kembali pasal video kemalangan tersebut. Mereka diberikan soalan. Soalan yang menarik ialah, “Did you see any broken glass?”

Subjek diminta untuk menjawab “ya” ataupun “tidak”. Nak tahu apa jadi?

Kelompok yang disogok dengan perkataan “smashed” menyatakan cermin kereta pecah dalam video kemalangan tersebut walaupun hakikatnya cermin tak pecah langsung pun!

Sebenarnya, benda ini berlaku di sekeliling kita. Berlaku di mana-mana pun. Apabila kita disogokkan dengan itu dan ini, budaya dan persekitara kita pula ada corak itu dan ini, maka kita akan dakwa teringat itu dan ini, ternampak itu dan ini, walaupun sebenarnya tak berlaku pun.

Saya teringat kenalan saya dalam bidang forensik pernah berkata, kalau berlaku apa-apa kejadian jenayah, saksi kena cari dan siasat cepat. Kalau lambat sangat memang biasanya kenyataannya boleh jadi salah dan tidak betul kerana ingatannya tercemar dengan benda-benda lain.

Jadi, berhati dengan memori masing-masing. Dan ini juga membuktikan dengan naratif tertentu, barangkali memori anda mampu untuk dibentuk tanpa anda sedar…


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.