Einstein, Nuklear & Perang Dunia Ke-II

0
3648
views

Pada Ogos 1945, bom atom dijatuhkan di bandar Hiroshima, Jepun. Letupannya sangat dahsyat yang dikatakan mengorbankan 70, 000 orang sekaligus selepas bom itu meletup. Tetapi akibat radiasi, ia telah membunuh hampir 200 000 manusia dalam tempoh 5 tahun.

Penciptaan bom atom ini bermula daripada sebuah projek yang diberikan nama Projek Manhattan. Pada awal abad ke-20, ahli fizik perlahan-lahan telah menemui struktur atom. Penemuan elektron, proton dan pergerakan mereka. Pada tahun 1932, James Chadwick telah menemui neutron yang menjadi tanda mengapa sesetengah elemen yang sama mempunyai berat yang berbeza.

Pada masa ini, ahli-ahli fizik menggunakan pemecut zarah (particle accelerator) untuk menembak nuklei dalam atom supaya atom dapat dibelah dan menghasilkan tenaga. Pada awalnya, saintis seperti Rutherford, Einsten dan Bohr merasakan ia hampir mustahil untuk melakukan perkara tersebut.

Namun, pada tahun 1934, Enrico Fermi menggunakan neutron untuk melakukan tembakan ke atas atom, lalu proses pembelahan nuklear (nuclear fission) berlaku dan terhasillah tenaga. Proses pembelahan ini pertama kali ditemui oleh Fermi. Di Jerman, yang pada masa itu diperintah oleh Nazi pada tahun 1938, saintis Otto Hahn dan Fritz Strassman telah menggunakan eksperimen Fermi ini untuk membelah atom uranium menjadi beberapa bahagian.

Hidrogen adalah elemen paling ringan di dunia dan uranium adalah elemen paling berat di dunia. Kajian ke atas uranium masa itu mendapat perhatian dalam kalangan ahli fizik. Apabila uranium dibelah, menurut persamaan Einstein, E = mc², ia akan menghasilkan tenaga yang sangat besar kerana uranium mempunyai jisim yang berat.

Setelah neutron melanggar atom uranium ketika proses pembelahan, proses pembelahan seterusnya juga akan berlaku kerana baki neutron yang ada akan melanggar baki atom uranium yang yang telah berpisah itu, maka tenaga akan terhasil lagi secara berturut. Ini dipanggil sebagai rantaian reaksi (chain reaction). Menurut ahli fizik pada masa itu, rantaian ini kalau dapat dikawal akan dapat gunakan tenaga nuklear dengan selamat. Sebaliknya, ia mampu memusnahkan.

Waqaf Saham

Berita mengenai pembelahan nuklear ini tersebar dengan luas dari Eropah hinggalah ke Amerika. Pada tahun 1939, ramai ahli fizik cuba melakukan ujian untuk menghasilkan kuasa dengan uranium.

Pada tahun yang sama juga, Nazi telah menceroboh dan menyerang Poland pada bulan September. Ramai yang bimbang sekiranya Jerman pantas dalam menghasilkan senjata nuklear. Ramai ahli fizik lari dari Jerman untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam peperangan.

Albert Einstein dan Leo Szilard menulis surat kepada Presiden U.S pada masa itu, Franklin D. Roosevelt mengenai ancaman Jerman dan kebarangkalian penghasilan senjata nuklear oleh Jerman dengan uranium. Amerika pun memulakan penyelidikan ke atas kuasa nuklear. Tetapi selama dua tahun, tiada sebarang kesimpulan hasil daripada penyelidikan tersebut.

Pada tahun 1941, ketua penyelidikan diketuai oleh Vannevar Bush, seorang jurutera telah melakukan pelbagai usaha untuk memastikan penyelidikan tersebut dapat ditampung dan mendapat kedudukan yang baik di sisi kerajaan. Bush telah menerima pelan penghasilan tenaga nuklear dari England. Lalu, Bush merekrut beberapa orang ahli fizik untuk menghasilkannya. Projek ini dinamakan sebagai Projek Manhattan.

Projek ini diketuai oleh seorang tentera bepangkat kolonel, Leslie R. Groves yang mempunyai latar belakang kejuruteraan. Ahli fizik terkenal, Robert Oppenheimer dilantik menjadi pengarah projek tersebut. Bom atom pertama yang diletupkan adalah di Trinity, New Mexico pada 16 Julai 1945. Selepas itu, ia diletupkan di Hiroshima dan Nagasaki.

Berikut merupakan saintis-saintis penerima anugerah Nobel yang terlibat dalam projek penghasilan senjata nuklear ketika PERANG DUNIA KEDUA,

Neils Bohr – Noble Prize (1922)
James Chadwick – Nobel Prize (1935)
Arthur Compton – Nobel Prize (1927)
Albert Einstein – Nobel Prize (1921)
Enrico Fermi – Nobel Prize (1938)
Richard Feynman – Nobel Prize (1965)
Ernest Lawrence – Nobel Prize (1939)
Robert Mulliken – Nobel Prize (1966)
Carl Anderson – Nobel Prize (1936)
Aage Niels Bohr – Nobel Prize (1975)
Edward Mills Purcell – Nobel Prize (1952)
Edwin McMillan – Nobel Prize (1951)
Emilio Segre – Nobel Prize (1959)
Ernest Rutherford – Nobel Prize (1908)
Ernest Walton – Nobel Prize (1951)
Eugene Wigner – Nobel Prize (1963)
Frédéric Joliot-Curie – Nobel Prize (1935)
Glenn T. Seaborg – Nobel Prize (1951)
Otto Hahn – Nobel Prize (1944)
Hans Bethe – Nobel Prize (1967)
Harold Urey – Nobel Prize (1934)
Isidor Rabi – Nobel Prize (1944)
James Franck – Nobel Prize (1925)
Jerome Karle – Nobel Prize (1985)
John Cockcroft – Nobel Prize (1951)
Julian Schwinger – Nobel Prize (1965)
James Rainwater – Nobel Prize (1975)
Luis Walter Alvarez – Nobel Prize (1968)
Maria Goeppert-Mayer – Nobel Prize (1963)
Marie Curie – Nobel Prize (1903)(1911)
Norman Ramsey – Nobel Prize (1989)
Owen Chamberlain – Nobel Prize (1959)
Roy J. Glauber – Nobel Prize (2005)
Walther Bothe – Nobel Prize (1954)
Werner Heisenberg – Nobel Prize (1932)
William Alfred Fowler – Nobel Prize (1983)

 

Previous articleBagaimana Laman Sesawang Direka: HTML
Next articleFizik Disebalik Jodoh Dan Cinta
Zamir Mohyedin sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana (Master) dalam bidang fizik. Telah menerbitkan karya-karya fizik, sejarah dan falsafah. Selain dalam penyelidikan, beliau juga terlibat dalam penulisan, penterjemahan dan penyuntingan manuskrip. Berminat dalam bidang sains, falsafah, sejarah dan psikologi.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.