Eggboy Dan Senator Australia Racist

3418
views

Pasal #eggboy tengah trending dek budak umur 17 tahun yang menepekkan telur pada kepala senator Anning, aku nak kongsi sikit hal orang Australia dan New Zealand gunakan telur untuk memalukan pemimpin dan politikus mereka menggunakan telur ni.

Sebenarnya, menggunakan telur untuk memalukan seseorang ni adalah tradisi zaman berzaman dalam kalangan masyarakat Australia dan New Zealand terutamanya yang cenderung mencetuskan kekacauan dan memalukan pemimpin di khalayak ramai.

Budaya ‘menelurkan’ pemimpin ini adalah budaya yang dikongsi bersama oleh rakyat dua negara ini, sama macam budaya ‘membaling kasut’ oleh masyarakat Arab.

Ia adalah tradisi yang dimulakan seawal 29 November 1917, Perdana Menteri Australia, Billy Hughes telah dibaling dengan telur ketika menyampaikan ucapan di stesen keretapi Warwick, Australia.

Beliau dibaling telur ketika berucap di hadapan sekumpulan rakyat Australia, menyokong inisiatif kerahan tenaga bagi kempen Perang Dunia Pertama sedangkan sekumpulan rakyat Australia lain membantah.

Seingat aku, tarikh ini juga diperingati sebagai salah satu hari bersejarah bagi negara Australia.

Malah, istilah ‘egg’ dalam slanga New Zealand adalah bagi menggambarkan seseorang yang bercakap atau melakukan perkara bodoh seperti badut. Menyebut perkataan ‘egg’ kepada seseorang;

“You’re such an egg bro;” misalnya adalah frasa lembut untuk “You’re such a dick bro;”

Ada satu filem dalam slanga NZ guna banyak perkataan egg ni. Tak ingat apa nama filem tu.

Jadi maksudnya apa ni?

Maksudnya, anak muda Australia, seawal 17 tahun sudah sedar betapa signifikan dan relevannya tindakan beliau untuk memberi pengajaran kepada politikus mereka kerana perangai dan sikap yang bukan-bukan.

Paling menarik, tindakan menepekkan telur atas kepala oleh anak muda Australia tersebut boleh dikaitkan dengan sejarah pembinaan negara mereka, malah berkait pula dengan polisi luar negaranya sendiri.

Aku nampak kesedaran ini semakin menonjol dalam kalangan anak muda di Malaysia, sejak selepas PRU13, lebih memuncak pula pasca PRU14.

Tapi pemimpin dan politikus Malaysia boleh terus senang lenang dan sewenang-wenangnya untuk terus bercakap semberono kalau nak lihat kesedaran ini sampai pada kemuncaknya nanti.

Kau jangan cakap abang tak payung.