Setiap kali melihat garis masa Twitter, pasti kita disajikan dengan fakta-fakta aneh tapi ajaib. Dan salah satu fakta yang sentiasa muncul ialah kisah seorang lelaki bernama Edward Mordrake.

Advertisements

Mengikut keterangan George M. Gould dalam bukunya Anomalies and Curiosities of Medicine, Mordrake datang dari sebuah keluarga bangsawan Inggeris abad ke-19. Walaupun mempunyai rupa yang tampan dan dikurniakan bakat muzik yang luar biasa, dia dihantui oleh rupa seorang wanita di belakang kepalanya. Rupa kedua ini sentiasa menghantuinya dengan kata-kata berbaur negatif dan jahat sehingga mendorongnya membu.n.uh diri.

Kerana tidak tahan diganggu apa yang dianggapnya sebagai syaitan itu, Mordrake mendapatkan sebotol ra.c.un untuk menamatkan riwayatnya sendiri. Sebelum ditemui ma.ti pada usia 23 tahun, dia telah meminta agar ma.y.atnya tidak dikebumikan dan diba.k.ar sehingga menjadi abu dalam satu surat. Mordrake berharap dengan tindakannya itu, ia akan menghentikan terus gangguan syaitan yang menghantuinya selama-lamanya.

Jadi, apakah kisah ini betul-betul berlaku? Lihat terlebih dahulu sumber Gould. Menurut beliau, cerita ini diambil dari sebuah artikel Boston Post yang dikarang Charles Lotin Hildreth. Artikel ini berkisar tentang pelbagai jenis kes manusia aneh termasuk seorang wanita berekor ikan, makhluk separuh manusia separuh ketam dan Mordrake sendiri. (Gould, 1966)

Hildreth mendakwa semua kes ini dinyatakan dalam satu laporan lama milik Persatuan Saintifik Diraja tetapi kesahihan kewujudan persatuan itu tidak diketahui. Tetapi melihat kepada trend penerbitan akhbar ketika itu, artikelnya bukan bersifat fakta. Penulis percaya ia diterbitkan sebagai artikel sensasi dengan harapan dapat meningkatkan jualan akhbar dan menambah bilangan pembaca. (Boese, 2015)

Tetapi bagaimanapun pula dengan gambar yang didakwa memaparkan imej Mordrake? Itu sebenarnya ukiran yang dihasilkan oleh pengukir Ewart Schindler yang diinspirasikan daripada mitos berkenaan. Tambahnya, ukiran tersebut dibuat daripada bahan paper-mache dan dia mahu menjadikan ukiran itu kelihatan realistik. Hari ini, kalau ada menanyakan perihal Mordrake, gambar ukiran ini yang dijaja sebagai bukti. (Hugo, 2018)

Rajah 1: Ukiran Edward Mordrake yang dihasilkan oleh Ewart Schindler. Sumber: Ewart Schindler

Penulis percaya watak Profesor Quirrell (Ian Hart) yang ditampilkan dalam filem Harry Potter and The Sorcerer’s Stone itu diinspirasikan daripada mitos Mordrake. Dan seperti wajah kedua Mordrake, Voldemort yang duduk di belakang kepala antagonis pertama filem berkenaan sentiasa menghasutnya melakukan apa saja bagi membantunya kembali menghantui dunia Potterverse. Tidak seperti Mordrake, Quirrell menutup rupa keduanya itu dengan serban berwarna ungu agar ia tidak disedari sesiapa termasuk pelajar dan staf Hogwarts.

Rajah 2: Profesor Quirrell dan Voldemort.

Edward Mordrake direalisasikan dalam dunia fiksyen menerusi antologi drama American Ho.rr.or Stories: Fr.e.ak Show yang ditayangkan pada 2014-2015. Watak tersebut digalas oleh Wes Bentley dengan Mordrake tampil dalam tiga episod iaitu Edward Mordrake Part 1 dan Part 2 serta Curtain Call.

Rajah 3: Edward Mordrake dalam American Ho.rr.or Stories: Fr.e.ak Show.

RUJUKAN:

Boeser, A. (2015). Edward Mordake—A Mystery Solved. Museum of Hoaxes.

Gould, G.M. (1966). Anomalies and Curiosities of Medicine. Blacksleet River. Halaman 124-125.

Felton, J. (2021). The Story Of A Man “Driven To Su.ici.de” By His “De.mo.nic” Second Face Is Not What Everyone Thinks It Is. IFLScience.

Hugo, K. (2018). Edward Mordrake’s Mu.mm.ified Head Photo Isn’t Real, Two-Faced Sk.u.ll Created by Artist. Newsweek.

Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.