Sebut saja pasangan Warren, ramai membayangkan Ed dan Lorraine Warren yang menyiasat fenomena paranormal dan membuang hantu yang menghantui kes-kes mereka seperti dipaparkan dalam dunia filem The Conjuring. Tetapi tidak ramai tahu, terdapat banyak fakta menarik membabitkan mereka dan ia tidak terhad kepada filem saja.

Wajah mereka berdua yang sebenar berbanding versi filem.
  • Inspirasi kepada dunia filem The Conjuring.

Minat orang ramai terhadap dunia filem ini bermula dengan filem The Conjuring (2013) yang mendapat sentuhan sutradara Australia berdarah Malaysia, James Wan. Selepas berjaya mengutip AS$300 juta dan mendapat pujian pengkritik dan penonton, ia menjadi permulaan kepada dunia filem The Conjuring.

Selain sekuel The Conjuring iaitu The Conjuring 2 (2016), dunia filem ini turut mengandungi siri filem Annabelle (Annabelle, Annabelle: Creation dan Annabelle Comes Home), The Nun dan The Curse of La Llorena. Ketika ini, beberapa lagi filem sedang menjalani penggambaran atau proses pra-produksi seperti The Crooked Man, sekuel The Nun dan The Conjuring 3.

  • Minat paranormal sejak dari kecil

Tidak ramai tahu, minat pasangan Warren terhadap fenomena paranormal sudah bermula sejak dari kecil lagi. Semasa kecilnya, Ed membesar di sebuah rumah yang dia percaya sebagai rumah berhantu. Ini kerana dalam satu temubual, dia masih teringat adakalanya pintu rumah terbuka sendiri dan cahaya aneh terbentuk dalam rumah lamanya.

Sementara Lorraine pula sudah mula menyedari keupayaannya sebagai peramal semasa berusia sembilan tahun. Pada ketika itu, dia dapat melihat aura sesiapa yang dilihatnya tetapi menganggap ia sebagai sesuatu yang normal.

  • Hampir m4t1 semasa WWII

Seperti mana-mana warga Amerika Syarikat lain, Ed turut menyertai T3nt3ra Laut AS bagi menyahut panggilan WWII. Semasa kapal yang dinaikinya berlayar di utara Lautan Atlantik, kapal tersebut bertembung dengan sebuah kapal tangki minyak.

Ini mengakibatkan kedua-dua kapal terb4k4r dan ramai anak kapal termasuk Ed terpaksa terjun ke dalam air untuk menyelamatkan diri. Dalam keadaan sejuk dan ketakutan, dia berdoa agar bantuan cepat tiba untuknya dan rakan-rakannya. Akhirnya, bantuan tiba tidak lama kemudian dan semua anak kapal berjaya diselamatkan. Tidak lama selepas itu, Ed melamar Lorraine selepas kembali ke AS.

  • Madah berhelah

Pada peringkat permulaan sebagai penyiasat paranormal, antara kes yang diterima ialah kes membabitkan rumah berhantu. Tetapi untuk mendapatkan akses rumah bukan sesuatu yang mudah kerana tidak semua tuan rumah akan bekerjasama. Justeru, pasangan Warren mempunyai helah tersendiri untuk mengakses rumah yang menjadi sasaran penyiasatan.

Memandangkan Ed ialah seorang pelukis, mereka menggunakan lukisan rumah yang dihasilkannya sebagai cara terbaik memasuki rumah. Caranya ialah Lorraine menyerahkan lukisan yang dihasilkan suaminya kepada mereka. Bila dia dibenarkan masuk, perbualan digunakan untuk mengetahui maklumat rumah dan pengalaman pemilik yang dilihat penting untuk siasatan mereka.

  • Tentukan sebab sebelum isytihar fenomena paranormal atau tidak

Mungkin ada menganggap pasangan Warren terlalu semberono dalam siasatan paranormal mereka. Hakikatnya, mereka amat teliti dalam siasatan mereka dan menyiasat setiap aspek yang bersifat masuk akal pada sesebuah kes sebelum mengisytiharkannya sebagai kes paranormal. Selepas kes itu dilabel sebagai kes paranormal, barulah siasatan mereka diteruskan.

  • Bridgeport

Kes pertama yang menarik perhatian media membabitkan pasangan Warren ialah kes paranormal yang membelenggu penduduk Bridgeport, Connecticut, pasangan Jerry dan Laura Goodin pada tahun 1974. Penyertaan mereka dalam kes ini disebabkan oleh permintaan rakan keluarga dan peramal Mary Pascarella selepas melihat fenomena paranormal di kediaman pasangan Goodin.

Apabila siasatan pasangan Warren mendedahkan wujud elemen hantu poltergeist dalam kediaman berkenaan, ia mula menarik perhatian orang ramai. Kes ini juga yang mula melonjakkan nama pasangan ini dikenali orang ramai dalam hal sebegini rupa.

  • Diiktiraf gereja

Berikutan kedua-duanya merupakan penganut Kristian berfahaman Roman Katolik yang taat, ia turut mempengaruhi kepercayaan mereka terutama kes paranormal. Ini kerana mengikut kepercayaan Roman Katolik, mereka percaya wujudnya makhluk halus dan alam ghaib.

Disebabkan sesetengah kes memerlukan khidmat paderi untuk mengeluarkan semangat jahat yang menghantui sesebuah kediaman, pasangan Warren bekerjasama dengan pihak gereja semasa menjalankan siasatan. Keadaan ini turut mendorong pihak gereja mengiktiraf Ed sebagai satu-satunya pakar demonologi oleh gereja Roman Katolik.

  • Popular di kaca televisyen

Lantaran populariti mereka sebagai penyiasat paranormal, bukan sekali pasangan Warren dijemput sebagai panel pelbagai rancangan televisyen. Antara program televisyen yang pernah disertai mereka sebagai panel ialah The Merv Griffin Show, The Tom Snyder Show, A Haunting dan Scariest Places on Earth. Malah, Lorraine juga pernah membuat kemunculan sebentar dalam The Conjuring.

  • Succubus
Patung Succubus yang diukir oleh Auguste Rodin

Satu kes menarik yang dihadapi pasangan Warren ialah kelibat succubus di kediaman pasangan Jack dan Janet Smurl. Succubus ialah syaitan atau makhluk halus berbentuk wanita yang menggoda lelaki dan mendorong mereka mengadakan hubungan seks. Jika perkara ini dibiarkan, mangsa bukan saja merasa penat dari segi fizikal dan mental tetapi boleh kembali ke balik papan.

Selain kes succubus membabitkan pasangan Smurl, kes-kes lain yang menaikkan nama mereka ialah kes keluarga Perron di Harrisville, Rhode Island dan anak patung Annabelle yang dikatakan dirasuk syaitan. Kes keluarga Perron menjadi asas plot filem The Conjuring manakala kisah patung Annabelle menjadi asas trilogi filem tersebut dalam dunia filem The Conjuring.

  • Paus Benedict XVI
Paus Benedict XVI

Cubaan pasangan Warren untuk mengeluarkan succubus daripada menghantui kediaman pasangan Smurl tidak berhasil. Ini menyebabkan mereka menghubungi seorang kardinal bernama Kardinal Ratzigner. Tidak ramai tahu itulah nama yang digunakan Paus Benedict XVI sebelum diangkat sebagai paus pada tahun 2005.

Selepas menceritakan kesukaran mereka kepada beliau, Kardinal Ratzigner mengaturkan seorang paderi dihantar ke kediaman berkenaan. Paderi ini bersama pasangan Warren menjalankan upacara pembuangan makhluk halus di kediaman berkenaan yang dikenali sebagai Ritual Romano. Ritual tersebut berhasil dan pasangan Smurl tidak lagi dihantui oleh hantu tersebut.

RUJUKAN:

11 Things You Need To Know About Legendary Paranormal Investigators Ed and Lorraine Warren. https://www.travelchannel.com/shows/devils-road-the-true-story-of-ed-and-lorraine-warren/articles/11-things-you-need-to-know-about-legendary-paranormal-investigat


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.