ECRL – Dulu VS Kini

206

1. Jarak
Sebelum ini 688 KM laluan utama (Fasa 1+2) + 6 spurline 68.7KM. Kini 640 KM laluan utama +spurline.

2. Stesen
Sebelum ini 23 Stesen Pengkalan Kubor -> Port Klang merentasi 4 negeri, kini 20 Stesen merentasi 5 negeri dan Putrajaya.

*Digugurkan – Pengkalan Kubor, Jelawat, Telaga Papan, Kerteh, Kuantan Sentral, Bentong, ITT Gombak, Gombak Utara

*Ditambah Putrajaya Sentral, Di antara Putrajaya dan Port Klang(Cadangan Stesen), Bangi Kajang, Jelebu (Cadangan Stesen)

Peta laluan dulu dan kini.

3. Interchange
Dulu,
*LRT Interchange dengan ECRL di ITT Gombak
*KTM interchange dengan ECRL di stesen Mentakab
*KTM Interchange dengan ECRL di Kota Bharu

Kini,
*KTM interchange dengan ECRL di stesen Mentakab
*KTM, ETS interchange ECRL Stesen Bangi-Kajang
*ERL, MRT Interchange – Stesen Putrajya Sentral

4. Kos
Dikurangkan dariapda RM65.5 Bilion kepada RM44 Billion iaitu pada kos RM68.7 juta/KM berbanding dengan RM95.5 juta/KM.

5. Terowong dan laluan
Dulu, 19 terowong dibina, Terowong Genting bakal menjadi Terowong terpanjang di Asia Tenggara – 18KM. Kini laluan terowong Genting dielakkan untuk menjimatkan kos.

ECRL juga akan mengelakkan daripada laluan Klang Gates Quartz Ridge di Gombak Selangor demi menjaga tapak bernilai tersebut.

6. Kontraktor tempatan
Partipasi kontraktor tempatan akan dinaikkan daripada 40% daripada 30% perjanjian awal.

7. Tarikh siap
Tarikh siap ECRL ditolak kepada 31/12/2026 daripada 30/6/2024

8. Struktur Pinjaman
Kekal – 85% EximBank 15% Dana Tempatan

9. Kadar Faedah
Kekal – 3.25% 

10. Moratorium
Dalam perbincangan kerana tempoh pembinaan telah bertambah dan tarikh akhir siap dipanjangkan.

11. Perkongsian keuntungan
Sebelum ini 100% milik Malaysia melalui MRL milik MOF. Kini 80% milik MRL 20% milik CCCC

12. Perkongsian Risiko 
Sebelum ini 100% milik Malaysia melalui MRL milik MOF. Kini 50% ditanggung MRL dan 50% ditanggung CCCC.

13. Operasi dan Penyelengaraan
Sebelum ini 100% milik Malaysia melalui MRL milik MOF. Kini 50% ditanggung MRL dan 50% ditanggung CCCC.

14. Keselamatan Rel
Sebelum China tiada akses kepada sistem ECRL pasca pembinaan. Kini China ada akses rel ECRL dari KB ke Port Klang.

15. Pemilikan
Sebelum ini 100% milik Malaysia melalui MRL. Kini belum dapat dipastikan. Mungkin ya mungkin tidak bergantung kepada perjanjian.

16. Malaysia
Kekal belum kena jual.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.