Echidna: Mamalia Yang Bertelur

0
235
views

Seperti “biasa”, alam semulajadi mempunyai pelbagai haiwan yang aneh. Setiap haiwan itu boleh dikatakan mempunyai kebolehan serta ciri-ciri yang unik dari satu sama lain.

Artikel dibawah mengisahkan tentang sejenis haiwan yang bernama Echidna.

Jetpack Langkawi

Echidna atau nama saintifiknya Tachyglossus acelatus adalah sejenis haiwan yang didapati di Australia, Pulau Tasmania, dan juga terdapat di New Guinea. Echidna mempunyai nama lain iaitu “Spiky Anteater” yang bermaksud “pemakan semut berduri”. Selain semut, anai-anai juga turut berada didalam diet Echidna.

Secara kasar, Echidna boleh dikatakan mempunyai ciri-ciri berduri seperti landak atau hedgehog.

Echidna. Mempunyai duri seperti landak dan hedgehog.
https://r.hswstatic.com/w_907/gif/animal-facts-2.jpg

Echidna adalah haiwan yang sememangnya aneh kerana ia tergolong di dalam kumpulan mamalia yang bertelur atau terma dalam sains ‘monotreme’. Salah satu contoh haiwan lain dari kumpulan monotreme adalah Platipus. Walaupun begitu, kebolehan untuk mamalia bertelur boleh dikatakan “normal” jika dibandingkan dengan “keanehan” lain haiwan bernama Echidna ini.

Telur Echidna. Echidna menyimpan telur didalam kantungnya dan akan menetas kira-kira 10-13hari kemudian.

Ini kerana, Echidna jantan mempunyai zakar “berkepala 4”. Ya.. anda tak salah baca.. Echidna mempunyai 1 badan zakar yang mempunyai empat “kepala”. Setiap satu daripada kepala zakar tersebut juga mampu untuk ejakulasi atau bahasa mudahnya ‘pancut’. Walaubagaimanapun, cuma 2 sahaja kepala zakar tersebut berfungsi pada satu-satu masa ketika mengawan, manakala 2 lagi tidak aktif atau mengecut.

Zakar Echidna. Perhatikan zakarnya yang mempunyai 1 badan dan 4 “kepala”. *2 lagi tidak aktif.
https://www.journals.uchicago.edu/na101/home/literatum/publisher/uchicago/journals/content/an/2007/518206/522847/20180309/images/large/fg1.jpeg

Mengapa 2 lagi itu tidak aktif?

Ini kerana.. Echidna betina “cuma” ada 2 faraj atau vagina sahaja.

 

Semasa proses mengawan, hanya 2 kepala zakar yang digunakan. Selepas ejakulasi, 2 kepala zakar yang telah digunakan akan disimpan, dan “backup” 2 kepala zakar, akan kembali aktif dan Echidna meneruskan proses mengawan. Kesuluruhan proses mengawan Echidna dikhabarkan mengambil masa 23 hari !

 

Echidna betina semasa musim mengawan dilaporkan diikuti oleh 10-11 ekor jantan dan Echidna jantan akan bergilir-gilir mengawan dengan Echidna betina.

 

*Ibarat memindahkan baton di dalam acara larian berganti-ganti.

Anak Echidna digelar ‘puggle’.
https://taronga.org.au/sites/tarongazoo/files/images/echidna_puggle_5_0.jpg

Mengapa Echidna mempunyai kepala zakar yang banyak?

Perkara ini tidak dapat dipastikan sepenuhnya. Bagaimanapun pakar membuat hipotesis bahawa ini kerana persaingan semasa proses mengawan tersebut disebabkan oleh Echidna betina akan mengawan lebih daripada 10 ekor Echidna jantan semasa musim mengawan.

Maka dengan mempunyai lebihan “kepala” zakar meningkatkan kebolehan untuk Echidna jantan mewariskan genetiknya dengan lebih berkesan.

Rujukan:

https://www.environment.nsw.gov.au/topics/animals-and-plants/native-animals/native-animal-facts/echidnas

https://amp.livescience.com/57267-echidna-facts.html

https://www.journals.uchicago.edu/doi/10.1086/522847

_________________________________________

Sejak kebelakangan ini, kos operasi untuk menguruskan laman page dan portal The Patriots semakin meningkat. BANTU KAMI KEKAL MENULIS DI ATAS TALIAN dengan membeli buku-buku kami. Untuk keluaran Ogos, kami mempertaruhkan NAZI DI HUJUNG JARI dan DISEBALIK TIRAI LAYAR. Untuk pembelian, bolehlah ke pautan di bawah.

http://bit.ly/pratempah

ataupun

Nazi Di Hujung Jari – http://bit.ly/nazidihujungjari
Di Sebalik Layar – http://bit.ly/disebaliktirailayar