Moving Forward As One

Dzungar: Kekhanan Yang Merupakan Empayar Terakhir Bangsa Mongol

1,346

PayLater by Grab

Dzungar merupakan satu identiti kolektif gabungan beberapa suku Mongol Oirat yang membentuk dan meneruskan kelangsungan empayar nomad terakhir di Turkestan Timur (sekarang dikenali sebagai Xinjiang) dari awal abad ketujuh belas hingga ke pertengahan abad ke lapan belas.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Selepas kema-tian Esen Taiji pada tahun 1454, bangsa Mongol yang pernah bersatu, berpecah belah akibat pe-rang saudara keturunan Genghis Khan, kemudian disatukan kembali di atas nama klan-klan berbeza, sekali lagi berpecah menjadi suku Olöt, Choros, Dörbet, Torghut, Khoshut, dan Khoit yang berada dibawah perintah pemimpin dari keturunan masing-masing yang memakai gelaran “taiji” (gelaran asli untuk pemimpin Mongol baharu kerana gelaran Khan adalah berasal dari sistem Turkik).

Pada sekitar tahun 1600, Khara Khula muncul sebagai taiji suku Choros, suku yang dominan, sebelum dia menyatukan suku Olöt, Derbet dan Khoit, untuk meme-rangi suku Mongol Khalka Timur yang dipimpin oleh Ubasi Khun Taiji kerana mereka telah merampas kawasan tanah padang rumput yang pernah diduduki suku Oirat. Anak lelaki Khara Khula, Erdeni Batur membentuk negara Oirat yang baru dengan nama Kekhanan Dzungar tidak lama selepas kema-tian bapanya pada tahun 1634.

Kemuncak kegemilangan Kekhanan Dzungar adalah ketika ten-tera Dzungar mengalahkan suku Kazakh di bahagian barat, memeterai rundingan dan perjanjian perdagangan dengan Rusia, meraih sokongan Dalai Lama di Tibet, menetapkan kod perundangan sejagat untuk bangsa Mongol baru, yang dikenali dengan nama “Kod Agung Ke Empat Puluh Empat dan Ke Empat” (Döchin Dörben Hoyar un Ike Tsagaza), dan menjadikan agama Buddha sebagai agama rasmi kebangsaan.

Kekhanan Dzungar pada abad ke-17

Seperti mana Attila, Ambaghai Khan, dan Genghis Khan pernah menyatukan suku-suku nomad dibawah nama empayar bangsa masing-masing iaitu Hun, Khamag, dan Mongol, penyatuan suku-suku nomad di bawah nama bangsa Dzungar juga merupakan sebuah sistem konfederasi gabungan beberapa suku Mongol Oirat yang muncul secara tiba-tiba pada awal abad ketujuh belas untuk meme-rangi Khan Altan dari suku Mongol Khalkha (jangan keliru dengan Altan Khan yang lebih terkenal dari Tümed), Jasaghtu Khan, dan penaung mereka, iaitu bangsa Manchu untuk menguasai dan memperoleh kawalan penuh ke atas rakyat dan wilayah Mongolia.

Walaupun kesemua empayar-empayar yang berkuasa ketika zaman masing-masing ini membawa nama dan panji-panji yang berbeza semenjak zaman Xiongnu dan Xianbei lagi, tetapi hari ini kita merujuk mereka semua secara kolektif sebagai bangsa Mongol, memandangkan populariti Genghis Khan mengatasi para leluhurnya ataupun keturunannya yang lain. Namun, mana-mana suku yang menubuhkan kerajaan-kerajaan baru selepas era Empayar Mongol tetap memiliki hubungkait dengan sejarah Empayar Mongol, termasuklah suku Oirat yang menubuhkan Kekhanan Dzungar.

Konfederasi ini mula berkuasa di Pergunungan Altai dan Lembah Sungai Ili. Pada mulanya, ia terdiri daripada suku Olöt, Derbet dan Khoit. Kemudian, unsur-unsur suku Khoshot dan Torghut diserap secara paksa ke dalam ten-tera Dzungar, sehinggalah sempurnanya proses penyatuan kembali suku-suku Mongolia Barat. Menurut sejarah lisan, suku Olöt dan Derbet adalah keturunan dan penerus kepada suku Naiman, sebuah suku Turko-Mongol yang bertebaran di padang rumput Asia Tengah semasa era Genghis Khan. Suku Olöt berkongsi nama klan yang sama dengan suku Choros dan Dörbed, legenda nenek moyang mereka mewakili nama kerabat diraja Uyghur.

Ten-tera Dzungar menye-rang Tibet pada tahun 1717, menggulingkan dan membu-nuh seorang Dalai Lama palsu yang telah dilantik oleh Lhabzang, Raja Tibet. Ten-tera Dzungar menja-rah tempat-tempat suci Lhasa, tindakan ini mengakibatkan tindak balas yang pantas dari Maharaja Kangxi pada tahun 1718, tetapi ekspedisi keten-teraan Dinasti Qing yang pertama dikalahkan oleh ten-tera Dzungar yang berada tidak jauh dari Lhasa.  Ekspedisi kali kedua yang lebih besar yang dilancarkan oleh Maharaja Kangxi telah berjaya mengusir bangsa Dzungar dari Tibet pada tahun 1720 dan pasukan ten-tera Qing disambut di Tibet sebagai wira pembebasan Tibet.

Selama abad kelapan belas, bangsa Dzungar dimus-nahkan oleh Maharaja Qianlong dalam beberapa kempen dan pembersihan etnik yang memacu kepada beberapa siri pembu-nuhan beramai-ramai. Pada tahun 1755, ten-tera Dinasti Qing menye-rang Ghulja, dan menak-luki Kekhanan Dzunghar. Selama dua tahun berikutnya, ten-tera Manchu dan Mongol dari Dinasti Qing memus-nahkan saki baki Kekhanan Dzunghar.

Pemimpin terakhir Dzungar, Putera Amursana yang memberon-tak terpaksa melarikan diri ke utara dan memohon perlindungan daripada Rusia. Kira-kira 80 peratus bangsa Dzungar, yang seramai antara 500,000 dan 800,000 orang telah terbu-nuh semasa atau selepas penak-lukan oleh ten-tera Manchu pada tahun 1755-1757. Bagi meraikan dan memperingati kemenangan kempen ini, Maharaja Qianlong mendirikan Kompleks Kuil Puning Chengde pada tahun 1755.

 

Pe-rang Dzungar – Qing

Bangsa Manchu membawa ramai imigran dari beberapa wilayah pemerintahan Dinasti Qing untuk menempatkan ramai bangsa asing terutamanya kaum nomad bagi menduduki daerah yang mengalami penurunan populasi berikutan terlalu ramai orang-orang Dzungar yang telah dibu-nuh mereka, dan proses penak-lukan ke atas wilayah Turkestan Timur juga berlangsung rancak secara berperingkat, tetapi sekitar satu abad kemudian, pemberon-takan orang-orang Islam dari pelbagai etnik telah memus-nahkan wilayah yang sering bertukar nama ini, dari nama Altishahr, Khotan, Khotay, Tartar China, Tartar Tinggi, Kashgaria, Bukhara Kecil, Moghulistan Timur, Serindia, Turkestan Timur, hinggalah dikenali sebagai Xinjiang hari ini.

Kejatuhan Kekhanan Dzungar menjadi titik perhentian yang menamatkan sebarang usaha menghidupkan kembali era dominasi bangsa Mongol yang ditinggalkan oleh Empayar Mongol. Kekhanan Dzungar dianggap sebagai Kekhanan bangsa Mongol yang terakhir meneruskan pemerintahan bangsa Mongol walaupun sebenarnya Kekhanan bangsa Mongol yang terakhir sebenarnya adalah Kekhanan Bogd Mongolia yang berjaya meneruskan kelangsungannya selepas Dinasti Qing dijatuhkan semasa Revo-lusi Xinhai 1911, tetapi kerajaan ini tidak merdeka sepenuhnya dan tidak memiliki kekuatan seperti dahulu lagi.

  • KEKHANAN BOGD MONGOLIA

Kekhanan Bogd Mongolia adalah kerajaan yang mentadbir Mongolia (Mongolia Luar) di antara tahun 1911 dan 1919 dan sekali lagi dari tahun 1921 hingga 1924. Menjelang musim bunga tahun 1911, beberapa bangsawan Mongolia yang terkenal termasuk Putera Tögs-Ochiryn Namnansüren meyakinkan Jebstundamba Khutukhtu untuk mengadakan pertemuan di antara para bangsawan dan pegawai pemimpin agama untuk membincangkan isu tuntutan kemerdekaan dari pemerintahan Dinasti Qing di China yang diperintah oleh bangsa Manchu.

Pada 30 November 1911, bangsa Mongol menubuhkan kerajaan Sementara Khalkha. Pada 29 Disember 1911, orang Mongol mengisytiharkan kemerdekaan dari Dinasti Qing yang dirun-tuhkan bangsa Cina dalam Revo-lusi Xinhai. Mereka melantik ketua keagamaan atau Bogd Gegeen (Jebtsundamba Khutuktu) ke-8, jawatan tertinggi dalam struktur teokratik Buddha Tibet di Mongolia, yang menggunakan gelaran Bogd Khan atau “Penguasa Suci”. Bogd Khaan menduduki jawatan sebagai Khagan terakhir Mongolia.  Ini membawa kepada kemunculan zaman Teokratik Mongolia yang juga dikenali dengan nama Kekhanan Bogd.

Pada 2 Februari 1913, Kekhanan Bogd mengerahkan pasukan ten-tera berkuda Mongolia untuk “membebaskan” Mongolia Dalam dari penja-jahan kerajaan Republik China. Namun, Mongolia kekurangan dari segi persenjataan, Empayar Rusia enggan menjual senjata kepada Kekhanan Bogd kerana Tsar Nicholas II membangkitkan isu “imperialisme bangsa Mongol” yang pernah menja-jah negeri-negeri Rusia. Satu-satunya negara yang mengiktiraf Mongolia sebagai negara yang sah adalah Tibet, yang turut sama mengisytiharkan kemerdekaan Tibet selepas kejatuhan Dinasti Qing. Tibet dan Mongolia menandatangani perjanjian persahabatan dan saling mengiktiraf kedaulatan masing-masing sehinggalah kejatuhan Empayar Rusia dan kelahiran Republik Sosialis Kesatuan Soviet yang secara beransur-ansur mempengaruhi Mongolia dengan ideologi komunisme.

Perjanjian persahabatan Tibet-Mongol 1912

Pemerintahan Dinasti Qing yang lalu pernah merancang satu agenda besar, “Dasar Baharu”, yang bertujuan untuk mengilhak keseluruhan Mongolia ke dalam pemerintahan China sekaligus membuka jalan penja-jahan untuk bangsa Cina Han dan membuka penempatan pertanian. Ramai orang Mongol menganggap tindakan ini sebagai melanggar perjanjian lama ketika mereka mengiktiraf kedaulatan Dinasti Qing, terutamanya berkaitab pemuliharaan tatanan sosial tradisional di tanah Mongolia, dan dengan demikian Mongol mula menuntut kemerdekaan.

Kejatuhan Dinasti Qing pada tahun 1911, yang terlaksana di atas dasar semangat nasionalisme orang-orang Cina telah melahirkan negara Republik China, kemudian satu konsep perpaduan diversiti ditubuhkan, ia diberikan nama “Lima Bangsa Di Bawah Satu Perpaduan”. Negara China yang baru ditubuhkan menuntut seluruh wilayah peninggalan imperialisme Qing, termasuklah Mongolia.

Para pegawai Mongolia jelas bahawa mereka hanya tunduk kepada maharaja Qing dan oleh itu mereka tidak akan setia kepada Republik China yang baru. Sementara beberapa orang Mongolia Dalam menunjukkan kesediaan untuk bergabung dengan Republik China, Mongolia Luar, bersama-sama dengan sebahagian dari Mongolia Dalam, mengisytiharkan kemerdekaan dari China. Mongolia Luar dibantu oleh se-rangan ten-tera White Russian pimpinan Baron R.F. von Ungern-Sternberg berikutan Revo-lusi Rusia 1917.

Penghapusan status autonomi Mongolia oleh Xu Shuzheng pada tahun 1919 membangkitkan semula gerakan kemerdekaan nasional Mongolia.  Dua kumpulan penentang kecil dibentuk, kemudian menjadi Parti Rakyat Mongolia (dinamakan semula menjadi Parti Revo-lusi Rakyat Mongolia), yang menuntut kemerdekaan dan kerjasama Soviet.

Bogd Khan

Namun, berikutan pengaruh Komunis yang semakin meluas, Revo-lusi Mongolia pada tahun 1921 meletus dan Ungern bersama baki ten-tera China diusir pada bulan-bulan berikutnya, pada 6 Julai 1921, Parti Rakyat Mongolia dan ten-tera Soviet mena-wan Niislel Khuree. Parti Rakyat menubuhkan pemerintahan yang baru, tetapi menjadikan Bogd Khan sebagai ketua negara nominal yang hanya berperanan sebagai simbol perpaduan (seperti maharaja Jepun).

Pada tahun-tahun berikutnya melalui beberapa perebutan kuasa yang ga-nas, pengaruh Soviet semakin kuat, dan setelah kema-tian Bogd Khan, kerajaan Republik Rakyat Mongolia diisytiharkan pada 26 November 1924. Ketua kerajaan mengambil alih cop mohor Bogda Khan setelah kema-tiannya menurut Perlembagaan Republik Rakyat Mongolia 26 November 1924. Mongolia berterusan dipengaruhi oleh sistem sosialis sehinggalah Soviet memasuki era Mikhail Gorbachev yang disusuli dengan Revo-lusi Mongolia 1990 dan run-tuhnyan pemerintahan Kesatuan Sosialis Republik Soviet pada awal 1990-an.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Dari sejarah ini, kita mendapati bahawa Kekhanan/Kekhaganan bangsa Mongol yang terakhir adalah Kekhanan Bogd Mongolia, namun, oleh kerana mereka muncul sebagai pentadbiran autonomi dan lemah dari segi keten-teraan hingga terpaksa bergantung kepada Rusia, maka mereka dianggap sebagai pemerintahan yang tidak mutlak, berbeza dengan Kekhanan Dzungar yang pernah menewaskan ten-tera Dinasti Qing dan ten-tera suku-suku nomad yang bersatu di bawah nama Kekhanan Kazakh, bahkan, Dzungar dikatakan hanya memerlukan beberapa langkah sahaja lagi untuk mengembalikan bangsa Mongol sebagai penguasa tertinggi dunia. Walau bagaimanapun, itulah politik nomad yang tidak pernah tenang, sentiasa akan wujud pengacau di sebalik kejayaan mana-mana suku yang kuat.

RUJUKAN:

Dunnell, Ruth W.; Elliott, Mark C.; Foret, Philippe; Millward, James A (2004). New Qing Imperial History: The Making of Inner Asian Empire at Qing Chengde. Routledge.

 

Ruangan komen telah ditutup.