Marlboro merupakan antara jenama rokok yang dikenali di seluruh dunia. Seperti pesaingnya, Dunhill, Marlboro juga sering menjadi penaja bagi acara-acara sukan suatu ketika dahulu. Contohnya, Marlboro pernah menaja sukan badminton menerusi Piala Uber dan Piala Sudirman. Kebiasannya, iklan-iklan promosi Marlboro menggambarkan seorang koboi yang menghisap rokok di kudanya.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Dalam ramai Duta Marlboro ini, Robert Bob Norris merupakan personaliti yang sering dipanggil Lelaki Marlboro kerana beliau merupakan duta pertama bagi jenama rokok tersebut sehingga digelar Lelaki Marlboro Asli. Di dalam iklan, Robert selalu digambarkan di dalam sebuah ladang, memakai pakaian koboi dan topi ikoniknya serta menunggang kuda sambil meletakkan rokok di mulut atau telinganya.

Contoh iklan Marlboro

Robert dilahirkan pada 1929 di Illinois, Amerika Syarikat. Setelah berkahwin, beliau membeli sebuah ladang untuk memulakan kehidupan barunya di Rist Canyon. Ketika di Colorado, beliau membeli beberapa buah ladang lagi termasuklah sebuah ladang seluas 2000 hektar yang dinamakan sebagai Ladang T-Cross.Ladang-ladang inilah kemudiannya menjadi lokasi penggembaraan Marlboro untuk menjadi tempat penggembaraan bagi iklan-iklan mereka.

Pada mulanya, syarikat Phillip Morris ingin mengambil khidmat artis-artis seperti Christian Herren untuk melakonkan watak di dalam iklan tersebut. Namun, pihak penerbit menjumpai Robert setelah dicadangkan oleh sahabat Robert, pelakon John Wayne dan ternyata ciri-ciri yang ada pada Robert itu amat sesuai dengan watak Marlboro di dalam iklan.

Salah satu iklan Marlboro yang menampilkan Bob Morris

Robert menjadi duta Marlboro selama 12 tahun sebelum beliau berhenti sepenuhnya untuk berlakon menjadi watak duta tersebut setelah beliau mendapat anak dari hasil perkahwinannya. Punca beliau berbuat sedemikian kerana beliau tidak mahu anak-anaknya mencontohi karakter bapanya di dalam iklan tersebut.

Suatu hari, beliau ditanya oleh seorang anaknya, mengapa ayahnya itu berlakon sebagai Duta Marlboro, sedangkan dia bukan seorang perokok. Robert terkesima dengan soalan itu, lantas mengambil keputusan untuk berhenti.

Semasa penggembaraan, Marlboro menggunakan 10 ke 20 buah kotak rokok untuk menampakkan rokok itu sedang menyala dan tidak ma.ti. Kadangkala, bilangan rokok mencecah 50 kotak di dalam sesebuah penggembaraan dan ternyata Robert agak terganggu dengan perkara tersebut. Robert tidak menghisap sekali pun rokok tersebut semasa penggembaraan dilakukan dan hanya membiarkan rokok tersebut menyala.

Iklan Marlboro Man di sebuah lebuhraya di Amerika Syarikat

Setelah berhenti dari menjadi duta Marlboro, Robert menubuhkan sebuah yayasan yang diberi nama Roundup for Autism. Yayasan ini ditubuhkan untuk memberi kesedaran tentang Austism kepada masyarakat dan segala sumbangan itu diserahkan kepada sebuah pusat pemulihan Austism yang terletak di Texas.

Beliau juga sering membawa kanak-kanak Autism ini ke ladangnya dan menunjukkan cara-cara untuk hidup di ladang. Di samping itu, beliau juga sering mengisi masa bersama keluarga dan seronok melihat anak-anaknya membesar di depan matanya sendiri.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Tidak seperti duta-duta lain yang memang merupakan seorang perokok dan m.ati kerana ka.nser dan sebagainya , Robert tidak pernah menghisap satu rokok pun di dalam kehidupan sebenarnya sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada November 2019 ketika berusia 90 tahun akibat sak.it tua.

Robert Bob Morris di hari tuanya sebagai peladang.

Robert tahu bahawa merokok itu boleh membawa mudarat bukan sahaja kepada dirinya, malah kepada anak-anaknya juga. Tidaklah seperti sesetengah orang, dah la merokok, hisap rokok seludup pula , kalau sa.kit ke hospital kerajaan juga.

RUJUKAN:

Yahoo! (n.d.). Robert ‘Bob’ Norris, an Original ‘Marlboro Man’ Who Never Smoked a Day in His Life, (filtered) at 90. Yahoo! https://www.yahoo.com/entertainment/robert-bob-norris-original-marlboro-044909182.html.

The Irish Times. (2019, November 16). Robert Norris obtuary: Marlboro Man who ‘reassured’ cold war US. The Irish Times. https://www.irishtimes.com/life-and-style/people/robert-norris-obtuary-marlboro-man-who-reassured-cold-war-us-1.4082790.

Person. (2019, November 15). Marlboro Man kicked the habit and lived to 90. The Sydney Morning Herald. https://www.smh.com.au/national/marlboro-man-kicked-the-habit-and-lived-to-90-20191115-p53azj.html.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.