Dunia Skate Untuk Pemula: Mengenali Deck

34

Nak jadi seorang Skateboarder atau pemain papan luncur? Minat dengan Skateboarding? Nak cuba sebuah sukan yang lasak dan tak ada langsung ilmu tentangnya? Artikel ini untuk anda. Saya karangkan artikel ini khas untuk pemula di luar sana.

Sukan papan luncur ini diperkenalkan di California, Amerika sekitar awal 70-an apabila kumpulan surf board (papan air.. rasanya) mendapat inspirasi untuk bermain ala-surf di atas jalan raya. Ia mula dipandang ramai sekitar tahun 1975 apabila skateboard pertama diperkenalkan yang kita memanggilnya skateboard ikan atau deck ikan. Kini, sukan ini menjadi salah satu sukan lasak yang terkenal dan menjadi salah satu sukan lasak yang ramai bermain ke pesada dunia.

Malaysia juga agak aktif dalam sukan ini dan saya adalah salah seorang daripadanya. Ya, sesiapa yang kenal saya mengetahui bahawa usia saya agak tua, tapi disebabkan saya kecimpung dengan sukan lasak ini sejak tahun 2004, saya tak boleh nak berhenti. Saya nak teruskan sebagai “killer time” untuk beriadah dan mencari cabaran. Bak kata peribahasa Inggeris “everybody needs a hobby, no?”

Tanpa membuang masa, saya akan terangkan satu-satu tentang skateboard. Untuk menjadi skater atau pemain papan luncur, anda perlu ada skate deck. Ya, skate deck, kita skateboarders tak panggil skate kita “board”, tetapi deck. Nak tahu kenapa sebentar lagi saya terangkan.

Sememangnya untuk menjadi skateboarder, anda perlu membeli barang-barang untuk sempurnakan skate deck anda. Anda tak boleh tertinggal satu pun barang-barang ini. Jika tertinggal satu, ia akan mencacatkan aktiviti sukan lasak ini. Jadi untuk menjadikan contoh dan gambaran jelas kepada pembaca, saya menangkap gambar skate deck saya yang agak “nyawa-nyawa ikan” ini. Setup ini adalah semua spesifikasi yang ada dalam setiap skate deck ini.

1. SKATE DECK

Kiri: Gambar Deck saya yang nyawa-nyawa ikan ini. Bahagian depan Kanan: Gambar bawah pula, bahagian bawah skate deck saya pula

Skate Deck ini adalah sejenis papan kayu maple yang di letakkan sebanyak 5,7 atau 9 lapis untuk membentuk skate deck. Paling biasa ialah 7 lapis. Skate deck ini berfungsi untuk menjadi “tempat meletakkan kaki” selepas melakukan aksi-aksi skateboard ini (semua ni akan diceritakan nanti). Jadi ia boleh dikatakan sebagai “tempat mendarat” untuk skateboarder dapat selamat melakukan aksi tanpa sebarang kecederaan. Skate Deck ini ada saiz. Paling kecil saiz 7.3 inci, paling besar 9.5 inci dan paling biasa ialah 8.0. Deck saya ini ialah saiz 8.25.

2. NOSE DAN TAIL, SKRU DAN NAT

Nose dan tail ini adalah nama di bahagian hujung deck di mana nak buat aksi skate. Kaki kita akan diletakkan di hujung deck sebelum membuat aksi.

  • Nose adalah bahagian depan Skate deck muncungnya agak panjang dan di sini selalunya dijadikan untuk membuat aksi “switch” atau “Nollie” serta Nose Manual (Kesemua ini akan diterangkan nanti)}
  • Tail adalah bahagian belakang hujung deck di mana ia lebih pendrk dan sedikit tebal berbanding nose. Ia adalah bahagian “utama” kaki bila nak melakukan aksi. Antara dua bahagian ini, selalunya Tail akan rosak dahulu kerana ia kerap digunakan oleh skateboarder namun setiap manusia lain caranya, ada yang biasa bermain menggunakan nose. Selalunya juga, skateboarder akan meletakkan “grip tape” atau kertas pasir dan membuat satu garisan lurus berdekatan bahagian tail. Anda boleh tengok sahaja deck saya sebagai contoh.
  • Skru dan Nat pula ialah sejenis alat yang “memegang” truck deck dan deck. Ia adalah benda yang penting kerana jika salah satunya tercabut atau rosak, ia boleh mencacatkan skate deck tersebut. Saya punya memang dah karat dah. Tak apa, ada duir saya beli baru. Huhu
Gambar kiri ialah Tail Skate Deck dan gambar kanan ialah Nose Skate Deck. Jika anda perasan, berdekatan dengan Nose dan Tail ialah Skru. Bahagian bawah ialah Nat yang memegang deck dan Truck ini

3. TRUCK

Truck atau Skate Trucks ialah sejenis gandar di mana terletaknya tayar skate deck dan bearing skate deck. Ia disambung dengan 4 Skru dan Nat dan deck. Tujuan Truck ini ada dua, satu untuk menjadi penyambung antara 2 Deck dan juga gandar kepada tayar untuk menggerakkan skate deck dan yang kedua ialah untuk fungsinya bagi membuat aksi “grind”. ini rupa truck. Yang warna biru tu.


4. WHEELS AND BEARINGS

Wheels adalah tayar skate deck dan Bearing adalah bahagian dalam tayar itu. Anda boleh tengok gambar di bawah. Tayar ini ada banyak saiz, bermula dari saiz 48-49mm hingga 60mm. Saiz tayar saya yang ini saiz 53 mm. Tapi disebabkan saya guna tayar ini agak lama, ia semakin mengecil. Ada banyak faktor tau tayar ini boleh mengecil. Nanti saya akan cerita bab lain. Untuk Bearing pula, ia berada di dalam tayar  di bawah Bolt Truck itu. Bearung ada pelbagai jenis dan saya cerita benda yang simple sahaja lah. Ia mempunyai Abec 3,5,7 dan 9. Semakin tinggi Nombor Abec semakin laju Bearing tersebut. Ia juga ada Jenis yang tiada bearing seperti brand Mini Logo. Seperti saya kata lagi, ia memang banyak jenis bearing dan saya nak terangkan satu-satu, memang melalut la posting ini nanti.

Yup, itulah Tayar Skate Deck dan Bearing,. Dah karat dah. Amaran keras, jangan bagi deck anda mandi hujan! Kalau mandi jadilah karat. Macam deck saya ini.

5. GRIP TAPE

Grip Tape atau kertas pasir ini diletakkan di bahagian atas skate deck. Ok, jika anda nak tahu, ayat Deck ini sebenarnya datang dari tempat kita letakkan kaki kitaa di atas skateboard itu. Grip tape ini akan dilekatkan di atas deck tersebut, fungsinya untuk memastikan kita membuat aksi dengan selamat dan kadar geseran yang tinggi kerana kebanyakan aksi sekateboard ini sememangnya menggunakan kaki sama ada mengeluarkan kaki atau hanya menggerakkan sedikit kaki.

Jika tiada grip tape, kemungkinan ia mudah terlepas dan boleh mengakibatkan kecederaan. Namun keburukan Grip Tape ini, ia boleh merosakkan kasut anda. Jadi beli lah kasut skate yang dikhaskan untuk skateboard untuk tahan lebih lama.Ia memang mahal tetapi boleh tahan lama. Bak kata pepatah , Alah membeli Menang memakai. Gambar di bawah ialah grip tape saya. Dah teruk sangat kan?


6. BUSHINGS DAN PIVOT CUP

Bushings ini adalah salah satu komponen paling penting dalam skateboard. Ia sejenis plastik yang menjadi “penahan” impak ketika membuat aksi di tempat yang tinggi dan menahan daripada truck rosak cepat atau pecah. Ia disediakan pelbagai jenis Bushings. Sama ada keras, sederhana atau lembut, terpulang pada anda nak guna yang mana.

Malah Bushing ini menjaga “King-pin” Truck yang ada di dalam Bushing. King Pin ini yang memegang antara Truck dan Tayar skate supaya tidak terpisah. Oatah King Pin, rosak lah Truck. Di belakang Bushing ada satu kawasan lubang kecil yang ditutupi Plastik ialah Pivot Cup. Ia sebahagian dari Bushing juga dan fungsinya untuk menahan bahagian hujung truck bergeser di bawah truck ketika skater membelok atau melakukan aksi.

Gambar Kiri: – kalau anda nampak sejenis plastik keras bewarna hitam itu adalah Bushings. Di bahagian atas Bushings yang ada nat itu ialah King Pin. Gambar kanan pula ialah bahagian belakang Bushing di mana ada satu lubang kecik yang memegang bahagian depan truck. Itu adalah Pivot Cup. Pivot cup saya bewarna hitam.

7. TOOLS 

Zaman sekarang ni dah mudah, skate tools sudah disediakan. Ia merangkumi pembuka Bolt tayar, Skru dan Nat Skateboard. Selalunya skaters akan menggunakan Tools ini untuk mengetatkan King Pin atau melonggarkan King Pin. Skateboarding ini ada 3 cara bermain dan ia ikut keselesaan anda. Loose, di mana jika Kingpin loose, anda akan lebih banyak membelok namun ia mudah kena “wheelbite” ( istilah di mana tayar tersentuh deck dan mengakibatkan skate deck berhenti).

Normal, ia antara loose dan tight. Ramai skateboarder menggunakan cara ini. Saya juga lebih minat cara ini kerana saya boleh membelok dan juga dapat mengelak daripada “wheelbite”.

Tight pula ia selalunya digunakan oleh skater vert (akan diceritakan pada bab akan datang) dan ia agak susah untuk membelok dan amat susah nak kena wheelbite nampun ada kemungkinan besar kingpin akan mudah patah jika terlalu tight. Di gambar yang dikongsikan, terdapat dua jenis tools sekarang ini, satu tools berbentuk huruf “T” dan satu lagi berbentuk huruf “Y”.

Kepada yang berminat mahu berjinak-jinak dalam sukan ini, terutama dari sekitar kawasan Kuala Lumpur, terdapat sebuah kedai bernama Skateshope di Times Square yang menyediakan set lengkap dalam RM 250-300. Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.