Moving Forward As One

Dunia Kekurangan Pasir Untuk Bebuli Kaca Vaksin?!

3,520

Dunia sedang berdepan isu kekurangan pasir dengan hanya kurang daripada 1,000 lombong pasir dan batu kerikil masih beroperasi di Amerika Syarikat. Sekiranya keadaan ini berterusan, ia bakal mengundang isu kekurangan bebuli kaca, satu komponen penting untuk vaksin Covid-19.

Selepas air, pasir merupakan bahan mentah yang paling banyak digunakan oleh pelbagai industri di seluruh dunia. Antara barang yang dihasilkan daripada pasir ialah konkrit, asfalt, gelas dan silikon mikrocip. Industri pembinaan sahaja menggunakan 50 tan pasir setahun dan permintaan dijangka meningkat antara tahun ini hingga tahun depan berikutan permintaan lebih banyak bebuli kaca untuk vaksin Covid-19.

Tetapi pasir bukan satu-satunya bahan mentah yang berdepan kekurangan sumber. Pemain-pemain industri turut berdepan isu kekurangan bahan batu kerikil dan batu hancur diperlukan untuk aktiviti pembangunan dan pembuatan peralatan elektronik yang memerlukan skrin seperti telefon pintar dan komputer riba.

Bagi saintis Pascal Peduzzi dari Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNEP), isu kekurangan sumber ini bukan sesuatu yang mengejutkan. Ini kerana pemain-pemain industri ini merasakan bahan-bahan ini akan sentiasa wujud dan tidak pernah bahan-bahan ini akan habis pada akhirnya. Peduzzi menambah pemain-pemain industri harus mencari alternatif atau dunia akan berdepan isu bukan saja kekurangan sumber tetapi juga masalah perancangan tanah.

Mengikut laporan UNEP, 40-50 bilion tan pasir digunakan untuk sektor pembinaan setiap tahun. Bagi menggantikan pasir yang diambil, ia memerlukan semua sungai di bumi untuk menggantikannya selama dua tahun. Dan permintaan dijangka akan terus bertambah berikutan proses urbanisasi, pertambahan penduduk dan trend pembangunan infrastruktur.

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller pembunuhan bersiri? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

Walaupun gurun merangkumi satu pertiga daripada keseluruhan bumi, ia tidak boleh digunakan untuk tujuan perindustrian. Ini kerana ia terlalu halus dan bulat untuk digunakan sebagai bahan utama pembinaan. Ini memaksa perlombongan pasir dibuat di kawasan-kawasan yang mudah terjejas seperti sungai dan pesisir pantai di negara-negara tertentu seperti China dan India.

Perlombongan pasir sudah memberi kesan besar kepada ekosistem setempat. Dan pelbagai badan antarabangsa memberi amaran sekiranya keadaan ini berterusan, ia bakal mengundang musibah alam sekitar dan menggagalkan usaha mencapai kelestarian alam.

Bagi pengeluar-pengeluar vaksin, kekurangan pasir untuk menghasilkan bebuli kaca vaksin sememangnya dibimbangkan. Ini kerana tahun 2021 merupakan tahun di mana aktiviti vaksinasi dijalankan secara besar-besaran di seluruh dunia. Walaupun vaksin boleh dimaksudkan untuk bebuli kaca 10 dos, pengeluar-pengeluar vaksin masih memerlukan ratusan juta bebuli kaca untuk aktiviti vaksinasi.

Hanya tiga syarikat iaitu Corning, Schott dan Nipro Pharma Corporation yang menghasilkan bebuli kaca dan picagari. Untuk membina kilang baru memerlukan kos yang tinggi dan pengeluar-pengeluar harus bersaing dengan syarikat-syarikat pembinaan untuk mendapatkan pasir diperlukan untuk dua produk tersebut.

Dengan situasi pandemik Covid-19 masih belum berakhir, ketiga-tiga syarikat memilih bergabung tenaga bagi memenuhi permintaan. Bagi mereka, sebarang bentuk persaingan diketepikan bagi memastikan permintaan bebuli kaca vaksin dapat dipenuhi. Misalnya, Janssen, salah satu divisyen Johnson & Johnson sudah menempah 250 juta bebuli kaca dan sedang mempertimbang mendapatkan lagi 200 juta bebuli kaca.

RUJUKAN:

Avery, D. (2021). The world is running out of sand: Shortage could mean there won’t be enough to make glass vials for COVID vaccines. Daily Mail.

Ruangan komen telah ditutup.