Moving Forward As One

Dulu Sony Jual Periuk Nasi Eletrik, Tapi Gagal Teruk!

920

Playstation (PS) keluaran Sony pasti sangat dikenali dan sehingga ke hari ini tiada langsung konsol permainan video mampu menyaingi PS walaupun XBOX cuba mencabar.

Syarikat itu juga terkenal dengan beberapa alatan elektronik seperti televisyen dan siri tefelon pintar XPeria.

Malah hari ini, Sony tersenarai dalam ranking syarikat terbesar Jepun. Persoalannya sekarang bagaimanakah syarikat ini bermula dan adakah bermula dengan industri lain terlebih dahulu? Ayuh soroti artikel ini.

Kredit: Sony Europe

Semua bermula apabila seorang bekas leftenan tentera laut iaitu Akio Morita dan Masaru Ibuka menubuhkan Tokyo Tsushin Kogyo Kabushiki Kaisha (TTK) pada 1946.

TTK bermula dengan mengeluarkan serta menjual periuk nasi elektrik ke pasaran Jepun tetapi gagal begitu teruk. Syarikat itu hanya mampu mencatatkan keuntungan $300 sahaja berbanding modal yang dikeluarkan.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Berita baiknya selepas sahaja berakhir perang dunia pertama, ekonomi Jepun semakin pulih dan TTK mengambil kesempatan untuk menghasilkan produk baru.

Dengan modal yang ada, maka terciptalah pita rakaman berinspirasikan daripada produk Amerika yang mereka lihat di Japan Broadcasting Corporation.

Walau bagaimanapun, permintaan terhadap produk pita rakaman tersebut tetap rendah sehinggalah Ibuka secara tidak sengaja menemui sebuah buku kecil tentera Amerika Syarikat yang terkandung perihal pita rakaman.

Bermula dari situ, pita rakaman TTK mula mendapat permintaan tinggi sehingga diborong oleh Academy of Art di Tokyo.

Pita rakaman ini sekali lagi dikritik oleh pelanggan dan Ibuka telah membeli hak milik transistor daripada Western Electric bagi menghasilkan radio tanpa kabel. Pada tahun 1955, TTK telah mengeluarkan begitu banyak radio transistor.

Produk tersebut telah diberi nama Sony yang berasal daripada perkataan latin iaitu “sonus” bermaksud “suara”. Sejak itu, radio Sony terjual dengan begitu banyak di pasaran Jepun sehingga mendapat permintaan tinggi di Amerika Syarikat.

Jenama Sony yang semakin meningkat membuatkan Morita dan Ibuka menukar nama syarikat menjadi Sony Kabushiki Kaisha pada 1958. Tahun berikutnya, Sony telah membangunkan sebuah televisyen yang akan diperkenal pada 1960.

Dua tahun selepas itu, Sony telah bertindak menubuhkan anak syarikat Sony Chemicals untuk menghasilkan plastik bagi mengelakkan kebergantungan kepada perusahaan lain.

Era yang sama juga menyaksikan para jurutera Sony telah menghasilkan produk berasaskan transistor seperti radio AM/FM dan pita rakaman video.

Syarikat itu juga telah melebarkan sayapnya ke pasaran luar negara melalui anak syarikat Sony Overseas yang berpangkalan di Eropah. Jadi macam mana pula walkman boleh terhasil?

Kredit: The Verge

Pada tahun 1979, Morita telah mencipta walkman hasil rausyanfikir rakan kongsinya yang mahu mendengar muzik sambil berjalan di kaki lima. Jadi sebuah pita rakaman kecil dibikin dengan menggabungkannya bersama fon telinga kecil.

Pembangunan walkman hanya mengambil masa sekitar 5 bulan sahaja. Produk tersebut adalah antara legenda terulung Sony dan sehingga ke hari ini nama “walkman” digunapakai bagi menggambarkan peranti seumpama itu.

Bukan itu sahaja, syarikat itu juga sanggup mengambil risiko dengan memasuki pasaran konsol permainan video ketika Nintendo sedang memonopoli.

Sebenarnya, penglibatan Sony ini juga dibantu oleh Nintendo apabila kedua-dua syarikat berkolaborasi membangunkan konsol permainan video baru yang mengabungan grafik komputer dan CD-ROM Sony.

Walau bagaiamanapun, projek tersebut akhirnya dibatalkan pada 1992. Berbekalkan pengalaman daripada kerjasama Nintendo dulu, Sony tekad untuk membangunkan sendiri konsol permainan video.

Kredit: ArtStation

Dua tahun selepas itu, Sony telah menperkenalkan Playstation generasi pertama ke pasaran Jepun dan Amerika Syarikat. Tanpa dijangka, Playstation telah terjual beratus-ratus unit malah memegang 40 peratus daripada pasaran permainan video dunia.

Secara tidak langsung anak syarikat Sony yang mengendalikan Playstation iaitu Sony Computer Entertainment menyumbang 10 peratus pendapatan perusahaan.

Namun begitu di bahagian lain, Sony telah dilanda kerugian sebanyak $ 2.8 bilion melalui anak syarikat Sony Pictures Entertainment.

Kerugian tersebut langsung tidak mematahkan semangat Sony apabila syarikat itu telah membuat pakatan bersama Intel bagi memasuki pasaran komputer riba melalui VAIO.

Komputer riba ini mendapat sambutan yang menggalakkan walaupun agak perlahan di awal pengeluarannya. Syarikat itu teruskan lagi kerakusannya dengan memperkenalkan televisyen tipis pertama mereka pada 1996.

Bagi mengurangkan kerugian, syarikat itu telah bertindak memberhentikan 10 peratus tenaga kerjanya pada awal milenium. Malah, produk-produk yang kurang laku seperti televisyen analog telah diberhentikan pengeluarannya.

Sony mula fokus kepada produk digital dan Playstation yang memberikan banyak keuntungan kepada syarikat itu.

Kredit: Youtube

Kemuncaknya pada 2000 Sony telah merilis Playstation 2 yang menawarkan grafik lebih baik daripada kebanyakkan komputer.

Playstation 2 bukan sekadar konsol permainan video tetapi boleh juga berfungsi sebagai pemain DVD dan miliki kemampuan untuk bersambung dengan internet.

Dengan segala kelebihan yang ada, Playstation 2 telah terjual sebanyak 1 juta unit dalam tahun pertama kemunculannya. Kehadiran Playstation 2  juga bikin Sega kembali ke negeri cacing dan Nintendo masih lagi mampu bersaing walaupun agak semput sedikit.

Beberapa waktu kemudian, Microsoft melalui siri Xbox memasuki gelanggang bagi mencabar dominasi Sony dan Nintendo.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Hari ini semuanya sudah menjadi sejarah apabila Sony menjadi pemain unggul dalam pasaran konsol permainan video melalui Playstation 5. Buktinya, pra-tempah yang dibuka untuk Playstation 5 telah habis terjual dalam masa beberapa detik sahaja.

Jadi banyak pedoman yang usahawan boleh ambil daripada Sony terutamanya ketika awal penubuhan syarikat. Sony sendiri pernah gagal yang terus berusaha untuk hasilkan produk berkualiti tinggi. Kalau jatuh, bangun 1000 kali.

RUJUKAN:

Reference For Business. (2021). Sony Corporation – Company profile, information, business description, history, background information on Sony Corporation.

Ruangan komen telah ditutup.