Dua Wanita Paling Berjasa Di Sisi Ramses II

431

https://bit.ky/kombowww

Ramses II dianggap sebagai salah seorang firaun paling ternama dalam sejarah Mesir Purba. Namun siapa yang sangka, pemerintahannya yang unggul itu banyak berhutang jasa pada dua orang wanita setia yang sentiasa menemaninya di sisi, iaitu Tuya dan Nefertari; ibunda dan isteri pertama Ramses II.

Hayat mereka berdua memberi makna yang besar pada dirinya, m4ngk4tnya mereka pula membuatkan raja Mesir itu dirundung duka hingga sedikit-sebanyak menjejaskan pemerintahannya.

TUYA – IBUNDA MERANGKAP PENASIHAT RAMSES II

Tuya merupakan puteri kepada seorang pegawai t3nt3ra bernama Raia dan ibunya pula bernama Ruia, seorang pendeta wanita. Imej yang mengesahkan kewujudan beliau dapat dilihat pada m4k4mnya, QV80 yang terletak di Lembah Ratu-Ratu dan juga pada beberapa buah monumen dan ukiran relif. Kebiasaannya, beliau digambarkan berada di samping suami atau puteranya, seumpama tembok yang menyokong binaan sesebuah tugu.

Tuya banyak menuntut ilmu daripada Ratu Sitre, ibunda Seti, dan membesar sebagai seorang gadis yang cukup berpendidikan. Antara perkara yang dipelajarinya termasuklah ilmu bahasa, ilmu membaca, tradisi ritual, sistem keagamaan negara, sejarah bangsa, etika istana, dan kemahiran diplomasi.

Oleh kerana itu, ketika Seti ditabalkan sebagai firaun, Tuya sudah terlebih dahulu dipersiapkan untuk menyandang gelaran dan memainkan peranan sebagai Isteri Unggul Firaun.

Tugu Tuya dari Vatican

Bersama suaminya, Tuya mendidik Ramses II dengan sebaik mungkin dan beliau terus menatang puteranya itu dengan penuh prihatin, walau setelah pemergian Seti. Asuhan dan bimbingan nasihat Tuya ternyata berkesan apabila Ramses II berjaya menempa nama sebagai firaun yang tersohor dalam sejarah Mesir Purba.

Pencapaian-pencapaian yang dikecapi oleh beliau kebanyakannya diabadikan menerusi pembinaan kuil monumental dan sebahagian monumen tersebut turut merekodkan nama Tuya sebagai ibunda yang banyak menumpahkan jasa kepada Ramses II.

Tatkala Tuya m4ngk4t pada tahun ke-22 pemerintahan Ramses, berlaku perubahan yang agak signifikan dalam pentadbiran empayar. Sebelum pemergian ibunya, dasar pemerintahan Ramses II banyak memiripi dasar Seti, cuma tentunya dengan jauh lebih baik.

Namun seiring peredaran waktu, Ramses kian menumpukan perhatian pada hal-ehwal dalaman dan tidak lagi melibatkan diri dalam kempen penaklvkan. Sejarahwan mengandaikan bahawa perubahan tersebut berlaku disebabkan oleh kem4ngk4tan ibunya, Tuya, yang banyak memberikan bimbingan kepada beliau.

Lukisan dinding yang menggambarkan wajah Ratu Nefertari

NEFERTARI – CINTA HATI PERTAMA RAMSES II

Nefertari dan Ramses saling berkenalan pada usia yang sangat muda. Kisah cinta mereka berdua dianggap sebagai suatu yang di luar norma kebiasaan kerabat diraja. Menurut rekod sejarah, Nefertari mempunyai kaitan dengan dinasti Amarna dan bahkan berkongsi d4r4h yang sama dengan Nefertiti.

Tentu sekali, latar belakang sebegini mengindikasikan betapa beraninya Ramses untuk mencintai seorang puteri dari keluarga Akhenaten, keluarga yang dipandang sebagai reformis agama sekaligus seteru kepada para pendeta Amun.

Bersama Nefertari, Ramses mengecapi kehidupan bahagia dan makanya, pemergian isteri pertamanya itu memberi kesan yang mendalam pada beliau. Pada m4k4m Nefertari, terdapat satu inskripsi penuh emosi yang diukir atas titah perintah Ramses.

Prasasti tersebut memerihalkan dialog antara Nefertari dengan seorang dewi, sebagaimana berikut, “[…] Turunlah, hai ibunda Nut, depakan dirimu pada tubuhku supaya dikau dapat menempatkanku di celahan bintang-bintang abadi yang menyinari kewujudanmu, yang mana dengan demikian, aku tidak akan m4t1 […]”. Kemudian, seruan Nefertari itu disahut oleh si dewi, “[…] Aku depakan tubuhku pada tubuhmu hai puteriku, Osiris, isteri unggul si raja, ratu Dua Buana, Nefertari si kekasih Mut, atas nama Nut, Ra sendiri akan menyucikan kamu. Ibundamu Nut amat bersenang hati untuk memimpin tangan kamu menyusuri ufuk langit dan membawa kamu menemui dewa terulung.

Nefertari menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun ke-25 pemerintahan Ramses dan kedudukannya sebagai Isteri Unggul Firaun diambil-alih oleh Isetnofret. Walaupun pemergian cinta pertamanya itu amat meruntunkan hati beliau, Ramses tidaklah membiarkan kehidupannya diselubungi duka dan sepi.

Bersama Isetnofret dan gundik-gundiknya yang ramai, beliau dikurniakan lebih 200 orang anak. Sememangnya, pemerintahan Ramses II terus unggul walau sesudah kem4t1an Nefertari.

Namun, sejarahwan mendapati wujud perbezaan ketara dalam pemerintahan Ramses semasa era pra-kematian Nefertari dan pasca-kem4t1an Nefertari.  Tentu sekali, kehilangan dua orang wanita penting di sisi Ramses memberikan kesan yang besar pada diri dan pemerintahannya.

Mumia Ramses II

RUJUKAN:

Wu Mingren. (6 Oktober 2018). The Tatars: The Golden Horde, People from Hell, or Something Else? Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/tatars-0010804

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.