“Apabila umat Islam menyambut hari raya bererti menyambut hari lahir saya juga,” demikian seloroh P.Ramlee berkata kepada seorang wartawan dalam satu temubual di rumahnya di Jalan Dedap, Kuala Lumpur.

Secara umum mengetahui P.Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1929. Tetapi berlaku kesilapan dan ketidaktepatan jika tarikh itu dipadankan dengan tarikh 1 Syawal pada tahun itu mengikut kalendar Islam. Ini kerana P.Ramlee pernah mendakwa bahawa beliau dilahirkan pada pagi 1 Syawal ketika umat Islam sedang bertakbir hari raya. Apabila diselidik maka benarlah tarikh 1 Syawal 1346 itu jatuh pada hari Jumaat, 23 Mac 1928. Tetapi di dalam kad pengenalan P.Ramlee tetap tercatat 22 Mac 1929 sebagai tarikh lahirnya.

Siapa yang boleh lupa dengan lagu Dendang Perantau nyanyian dan ciptaan P.Ramlee yang akan berkumandang setiap kali Aidilfitri menjelang pada setiap tahun. P.Ramlee telah sebati menjadi sebahagian daripada suasana hari raya di tanah air kita sehingga kini. Suasana hari raya rasanya tidak lengkap tanpa berkumandangnya lagu Dendang Perantau nyanyian P.Ramlee. Lagu itu dicipta oleh P.Ramlee dalam tahun 1950-an manakala liriknya dikarang oleh S.Sudarmaji.

Tetapi tahukah anda lagu Dendang Perantau sebenarnya mempunyai dua versi. Versi pertama dinyanyikan oleh P.Ramlee dengan iringan okestra dan telah dirakamkan ke piring hitam 78rpm. Pada tahun 1966 P.Ramlee merakamkan semula lagu berkenaan dan memberi nafas baharu dengan menyuntik sedikit elemen Pop Yeh Yeh dalam lagu tersebut kemudian telah dirakamkan dalam bentuk EP 45rpm.

P.Ramlee mempunyai tiga buah lagi lagu hari raya hasil ciptaannya iaitu Suara Takbir dan Selamat Hari Raya yang dipopularkan oleh Ahmad Jais. Manusia Miskin Kaya merupakan lagu hari raya pertama ciptaan P.Ramlee yang dinyanyikan oleh Nona Asiah pada awal tahun 1950-an yang dijadikan OST untuk filem Siapa Salah terbitan 1953.

RUJUKAN:

Gagak Di-Rimba – Abdullah Hussain
Erti Yang Sakti – Tun Ahmad Sarji
Tiada Kata Secantik Bahasa – Jamil Sulong
Irama Sanubari – Ahmad Fauzee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hidir Ali Razali seorang peminat tentang sejarah perfileman Melayu klasik. Beliau telah memulakan pengkajian dan mendalami perkembangan sejarah berkaitan sejak 25 tahun yang lalu.

Comments are closed.