Tidak pelik apabila ramai kehilangan arah ekoran kes COVID-19 melibatkan seorang jururawat yang sudah disuntik vaksin Tozinameran buatan Pfizer.

Walau bagaimanapun, sesiapa yang tahu tentang vaksinologi tidak akan melatah dengan kes jururawat ini. Tunjang isu ini mudah difahami secara kronologi iaitu:

  1. Jururawat ini menerima Tozinameran pada 18 Disember.
  2. Beliau mula berasa menggigil, sakit otot dan lemah lesu pada 24 Disember. Kemudian beliau disahkan positif COVID-19.

Jadi enam hari selepas disuntik Tozinameran, beliau disahkan positif COVID-19. Di sini jelas masalahnya. Enam hari. Padahal golongan yang disyaki positif dikehendaki dikuarantinkan selama 14 hari.

Dr Christian Ramers menyatakan tempoh inkubasi COVID-19 ialah 10 hingga 14 hari (Schumaker, 2020). Jadi jururawat tersebut sudah dijangkiti COVID-19 apabila menerima Tozinameran.

Walau bagaimanapun, ada satu lagi scenario yang wajar dibincangkan. Bayangkan saja jururawat ini dijangkiti COVID-19 selepas menerima Tozinameran. Situasi ini pun tidak membuktikan apa-apa.

Hal ini demikian kerana Tozinameran tidak akan memberi imuniti dengan sekali suntikan Penerima vaksin memerlukan dua dos, dijarakkan selama tiga minggu untuk memastikan rantaian COVID-19 diputuskan (Palca, 2020).

Jadi memandangkan jururawat tersebut baru mendapat satu dos, beliau masih lagi belum ada imuniti daripada COVID-19.

Perkara asas ini sudah berkali-kali dijelaskan pihak berkuasa dan pengeluar vaksin. Dua dos untuk mengukuhkan imuniti.

Mungkin kisah jururawat ini boleh diambil sebagai peringatan. Selepas menerima satu dos, tidak bermakna badan sudah kebal.

Artikel juga boleh dibaca di laman kewangan dan ekonomi kami, The Outlook. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.