Moving Forward As One

Drama Mouse: Betul Ke Manusia Dilahirkan Dengan Gen Psikopat?

1,662

PayLater by Grab

“Mereka kata, saya dilahirkan sebagai raksasa. Hari itu saya berdoa kepada Tuhan, agar saya tidak menjadi raksasa.” (Jung Jaehoon, 10 tahun).

Drama Mouse telah melabuhkan tirainya pada 19 Mei yang lalu, dengan pengakhiran yang cukup memuaskan hati semua penontonnya. Drama bergenre thriller, misteri dan sains fiksyen ini menampilkan pendokong utamanya, Lee Seunggi dan Lee Hee Joon yang memegang watak polis yang terlibat dalam misteri dan penyiasatan kes pemb*n*han bersiri. Ia bukanlah drama tipikal biasa dalam genre thriller kerana setiap episod mempunyai kesinambungan dengan episod-episod yang lain.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Malah, drama ini yang mempunyai 20 episod kesemuanya turut menyiarkan beberapa episod istimewa yang lain, iaitu Mouse: Restart yang memaparkan pembikinan pada bahagian pertama drama, Mouse: Predator I dan II yang memaparkan kisah khas daripada perspektif si pemb*n*h, Mouse: Theatrical yang mengumpulkan babak-babak penting menjadi versi filem serta Mouse: The Last, iaitu wawancara akhir bersama para pelakonnya.

Mouse adalah sebuah drama hasil tulisan Choi Ran, yang telah menulis drama Black dan God’s Gift: 14 Days yang mana kedua-duanya juga bergenre thriller dan misteri. Drama ini sebenarnya diinspirasikan daripada sebuah kisah benar yang berlaku di Incheon, Korea Selatan pada sekitar tahun 2017. Kisah pemb*n*han pelajar sekolah rendah di Incheon ini dilakukan oleh seorang remaja berusia 17 tahun bersama seorang lagi rakan komplotnya yang berusia 18 tahun. Mereka telah dituduh menculik dan memb*n*h seorang pelajar sekolah rendah berusia 8 tahun dan akhirnya dijatuhi h4kuman penjara 20 tahun.

Apa yang membuatkan orang awam terkejut serta marah daripada kes pemb*n*han ini adalah si pemb*n*h yang langsung tidak menunjukkan rasa bersalah dan menyesal walaupun telah dikenakan h4kuman. Ibu mangsa mahu agar si pemb*n*h ini turut merasai betapa sedih dan perit hidup mereka setelah peristiwa pemb*n*han anak perempuan mereka.

Choi Ran juga memperoleh idea untuk memaparkan sisi seorang pemb*n*h bersiri setelah mendengar kuliah daripada Dr Pyo Chang Won, seorang profiler jenayah terkenal di Korea Selatan. Dr Pyo sendiri telah membuat kemunculan khas dalam episod akhir drama ini dalam babaknya bersama Lee Seunggi.

Reviu ringkas

Pada bahagian awal drama ini, dengan latar masa sekitar tahun 1995, kita ditunjukkan dengan kisah seorang doktor pakar bedah otak bernama Han Seojun yang sebenarnya seorang pemb*n*h bersiri atau digelar sebagai Head Hunter. Di sebalik semua pemb*n*han yang dilakukannya, Han Seojun adalah seorang doktor yang berjaya dengan kehidupan normal serta mempunyai isteri yang akan melahirkan anak mereka tidak lama lagi. Dia ditangkap selepas seorang budak lelaki (Goo Moo Chi) yang terselamat mengecam wajahnya setelah keluarganya dib*nuh. Malah, isterinya  sendiri nampak bagaimana dia menyembunyikan bukti pemb*n*hannya pada malam tersebut.

Pada masa yang sama juga, pihak kerajaan mahu menguatkuasakan undang-undang untuk menggugurkan bayi dalam kandungan yang dikesan mempunyai DNA psikopat bagi mengelakkan kejadian pemb*n*han bersiri seperti yang dilakukan oleh Head Hunter. Pengesanan DNA pula akan dijalankan oleh seorang pakar genetik, Dr Daniel Lee, yang juga merupakan sahabat kepada Han Seojun sebelum dia ditangkap polis. Namun usul itu telah ditolak dalam undian yang dijalankan.

Isteri Han Seojun yang hamil telah menjalani sendiri ujian DNA untuk anaknya dan keputusan menunjukkan bahawa anaknya mempunyai DNA psikopat sepertimana bapanya. Isterinya begitu kecewa dan bertemu dengan seorang wanita hamil lain yang juga mempunyai nasib sepertinya. Tetapi wanita itu tidak mahu menggugurkan bayinya dan mahu dia hidup seperti manusia normal yang lain.

Itu hanyalah permulaan kisah, dan episod seterusnya memaparkan kehidupan tahun 2020 seorang pegawai polis muda bernama Jung Ba Reum (Lee Seunggi) yang baik hati dan sentiasa bersedia membantu para penduduk di kawasan Gudong. Wataknya digambarkan sebagai orang yang sedikit lurus, suka tersenyum dan disayangi ramai ibu di kawasan tersebut, termasuklah seorang nenek bersama cucu perempuannya, iaitu Bong Yi.  Dan, kita ditunjukkan juga watak seorang doktor muda, Sung Yohan (Kwon Hwawoon) yang dingin dan penuh misteri. Kedua-dua watak inilah yang menggerakkan jalan cerita keseluruhan Mouse, bersama watak Goo Moo Chi (Lee Hee Jun) iaitu budak yang menjadi saksi pemb*n*han keluarganya dan kini menjadi detektif, seorang penerbit rancangan televisyen, Choi Hong Ju (Kyung Soojin) dan Bong Yi (Park Juhyun), gadis muda yang turut menjadi mangsa setelah neneknya dib.n.h.

Kisah pemb*n*han bersiri bermula dengan kes b*n*h seorang jurulatih tinju, yang juga merupakan adik lelaki kepada salah seorang mangsa Head Hunter lebih 20 tahun yang lalu. Mangsa telah ditumbuk hingga patah tulang, dib4kar dan jarinya dipatahkan untuk dihalakan ke arah tanda salib di luar bangunan dia berada. Kes ini diikuti dengan beberapa kes lain sehinggalah si pemb*n*h memanggil Moo Chi untuk mencari jawapan tentang siapa dirinya dan motif dia memb*n*h kesemua mangsa.

Namun, ia membawa kepada satu lagi tragedi yang mana abang Moo Chi sendiri, seorang paderi telah dib*n*h kejam di dalam gereja, serta kehilangan misteri seorang budak lelaki yang turut diculik oleh si pemb*nuh. Suspek utama dikatakan Sung Yohan, dan ia akhirnya membawa kepada insiden Yohan menyerang Ba Reum dan Yohan sendiri ditemb4k oleh Moo Chi.

Babak kedua-dua Ba Reum dan Yohan yang cedera parah inilah yang membawa kepada kisah seterusnya tentang siapakah pemb4n4h yang sebenar, kaitan antara mereka berdua serta rahsia di sebalik kejadian pemb4n4han yang berlaku. Setiap satu daripada watak ini mempunyai rahsia mereka yang tersendiri, malah setiap episod dalam drama ini sebenarnya memberikan satu demi satu kepingan teka teki untuk kita selesaikan. Dan akhirnya, kepingan-kepingan ini bercantum dengan jawapan yang diperoleh dalam episod terakhir.

Kupasan isu dalam Mouse

Apa sebenarnya yang cuba dipaparkan dalam Mouse ini? Berbeza dengan drama thriller yang lain, Mouse cuba membincangkan beberapa isu penting, termasuklah elemen sains fiksyen yang ditunjukkan melalui ujian genetik DNA psikopat dan pembedahan otak yang penuh kontroversi. Selain daripada memaparkan sisi kecelaruan identiti seorang pemb.n.h, penulis Mouse juga mahu meletakkan isu penyesalan sebagai tunjang utama kepada kisah ini. Ia adalah bertitik tolak daripada kisah benar di Incheon dan bagaimana pesalah tersebut yang enggan menunjukkan penyesalan meskipun telah dijatuhkan huk4man atas perbuatannya.

Gen psikopat

Ramai pakar berpendapat bahawa idea ‘gen penjen4yah’ ini adalah sesuatu yang tidak masuk akal, namun mereka tidak menolak adanya kemungkinan kelakuan psikopat seseorang itu berpunca daripada genetiknya. Dalam hal ini, kajian berkaitan genetik tingkahlaku ini adalah sesuatu yang kontroversi bukan hanya kerana perselisihan dari sudut sains, malah implikasinya terhadap sosial dan undang-undang.

Kisah ini ada kaitannya dengan satu insiden di Itali pada tahun 2009, di mana mahkamah rayuan Itali telah mengurangkan hukuman selama satu tahun ke atas pemb4n4h yang telah dijatuhkan hukuman, dengan alasan bahawa dia mempunyai gen versi MAOA (monoamine oxidase-A) yang dikaitkan dengan tingkahlaku gan4s. Ia menjadi kontroversi kerana faktor genetik telah diambil kira untuk meringankan hukuman pesalah dan seterusnya menimbulkan kerisauan komuniti kerana para pesalah ini akan kekal berada dalam masyarakat dan mungkin mengulangi perbuatan mereka.

Inilah isu yang cuba dipaparkan dalam Mouse apabila pihak kerajaan cuba menguatkuasakan undang-undang pengguguran bayi yang dikesan dengan gen penjenayah. Walaupun pada awal drama undang-undang ini telah ditolak, namun dalam episod akhir, ia akhirnya diterima hasil undian daripada masyarakat. Ia suatu isu kontroversi yang seolah-olah mahu menghapuskan bayi yang dikesan dengan gen penjenayah tanpa memberi peluang untuk mereka membesar dan menerima didikan secara semulajadi walaupun dengan gen yang berbeza.

Fractured identity syndrome

Sejak bertahun-tahun lamanya, pakar krimininologi membuat kajian tentang apakah yang menjadi pendorong utama lalu menyebabkan seseorang itu berkecenderungan untuk memb4n4h. Dalam drama Mouse ini, Jaehoon digambarkan sebagai seorang budak yang sering ditakuti oleh kawan-kawan sebayanya kerana sikapnya yang berbeza daripada kanak-kanak lain. Ini kerana sejak kecil dia diberitahu bahawa dia lain daripada yang lain dan tidak sama seperti orang normal.

Kesan pandangan orang sekeliling serta ibu bapanya sendiri menjadikan Jaehoon benci dengan semua orang. Sikapnya yang pelik juga semakin ketara iaitu memb4nuh haiwan dan mencederakan diri sendiri kerana tidak tahan dengan pandangan orang sekeliling. Selepas insiden yang menyebabkan seluruh keluarganya dib4n4h, Jaehoon menulis di dalam diarinya bahawa dia ingin menjadi budak yang paling baik dan menukar namanya sendiri.

Melihat kepada situasi Jaehoon dalam drama ini, perubahan ini adalah permulaan yang kepada fractured identity yang dialaminya. Keretakan dalam identiti. Berdasarkan kajian, pada awal usia perkembangan seseorang yang mempunyai kecenderungan untuk memb4n4h ini, mereka sama seperti orang normal yang lain. Apa yang berlaku, kebiasaannya, apabila mereka semakin meningkat remaja, terdapat insiden sosial atau siri kejadian lain yang mungkin mengubah atau meretakkan (fracturing) identiti mereka.

Istilah ‘retak’ (fracture) itu sendiri bukanlah bermaksud kepelbagaian identiti (multiple personalities), tetapi fracture merujuk kepada pecahan kecil dalam personaliti. Ia bermakna identiti asalnya masih wujud, namun ada pecahan kecil dalam identiti tersebut yang turut menguasai mereka. Paling utama, pecahan ini sebenarnya tidak dapat dilihat oleh orang lain, dan hanya dirasai serta diketahui oleh diri mereka sendiri sahaja. Dalam dunia luar, mereka adalah orang normal yang bekerja dan mempunyai kehidupan seperti biasa. Seperti mana yang dikatakan oleh Ted Bundy, “sebahagian daripada diri saya sentiasa tersembunyi,” dan dia merupakan contoh seorang pemb4n4h bersiri yang mengalami fractured identity ini.

Dalam drama Mouse, Jaehoon telah mengubah nama dan identitinya kepada Ba Reum dan membesar menjadi lelaki yang baik hati pada luarannya meskipun masih lagi berkecenderungan untuk memb44uh (ditunjukkan dengan dirinya yang memb4n4h haiwan sebelum menjadi pemb4n4h bersiri). Seperti mana ciri seorang psikopat, Jaehoon/ Ba Reum juga kurang empati serta tidak tahu untuk merasai kesedihan dan ketakutan, dan apa yang dilakukannya untuk menunjukkan perasaan itu hanyalah meniru apa yang dilihat di sekelilingnya.

Penyesalan dan kemaafan

Tunjang utama dalam drama ini adalah bagaimana penulisnya menterjemahkan sisi pemb*n*h kej4m yang berubah menjadi manusia baru setelah menjalani pembedahan pemindahan otak yang penuh kontroversi. Secara realitinya, pembedahan ini sebenarnya tidak diterima dari segi perubatan dan moral.

Akibat pembedahan yang dilaluinya, dia melupakan sisi personalitinya yang jah4t, dan percaya bahawa dirinya adalah baik sepertimana cebisan memori yang masih ada dalam ingatannya. Apabila ingatannya kembali, penyesalan dan rasa bersalah yang dialaminya bukan kepalang. Malah, Ba Reum berkali-kali cuba untuk memb4n4h diri kerana tidak sanggup menanggung rasa bersalah yang dihadapinya, terutamanya terhadap orang-orang yang menyayangi dia seperti Moo Chi dan Bong Yi.

Dalam hal ini, kita mungkin tertanya-tanya bagaimana seorang psikopat yang asalnya tidak mempunyai empati, sedih dan marah boleh mengalami amukan emosi sebegitu setelah ingatannya kembali? Penulisnya di sini mahu menunjukkan bahawa terdapat pelbagai jalan untuk seseorang merasa insaf serta menyesal. Apa yang penting selain daripada hukuman undang-undang yang dijatuhkan terhadap seseorang penjen4yah, adalah rasa penyesalan dari hati mereka. Menyesal, taubat dan berjanji untuk tidak mengulanginya. Seperti mana yang disebut oleh Goo Moo Chi dalam babak-babak terakhir drama ini:

“Ada seorang raksasa yang tidak dapat diselamatkan. Tetapi, Tuhan telah menganugerahkan dia dengan perasaan. Dan akhirnya, dia meninggal dalam kesakitan dan penuh penderitaan setelah bertaubat atas semua kesalahannya. Adakah Tuhan mahu menghukumnya? Atau mahu menyelamatkannya?”

Jung Ba Reum juga telah menyerah diri kepada pihak polis, tidak membuat rayuan untuk hukuman yang dikenakan ke atasnya dan memohon maaf kepada keluarga mangsa. Mungkin, inilah yang ingin dizahirkan oleh penulis kesan daripada kisah benar di Incheon, gambaran seorang penjenayah yang benar-benar bertaubat atas perbuatannya.

Bagi pihak keluarga mangsa b4n4h, seperti watak Moo Chi dan Bong Yi, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk menerima permohonan maaf daripada orang yang telah memb4n4h ahli keluarga mereka. Namun, seperti paparan watak seorang ibu dalam drama ini, mereka sebagai mangsa perlu melepaskan rasa marah agar tidak selamanya terbelenggu dengan dendam. Memaafkan dan menerima ketentuan takdir. Agar hidup boleh menjadi tenang semula.

Kesimpulan

Secara peribadinya, drama Mouse ini merupakan antara drama thriller terbaik, dan sebaris dengan drama thriller terkenal yang lain seperti Tunnel, Signal dan Voice. Sisi hitam seorang penjen4yah, nilai kemanusiaan serta elemen sains fiksyen diadun dengan baik dan seterusnya berjaya menjentik hati penonton.

Lee Seunggi yang pertama kalinya membawakan watak antagonis, cemerlang sebagai Jung Ba Reum yang kej4m sebagai pemb4nuh bersiri dan kemudiannya berubah menjadi seorang yang penuh emosi setelah mengalami kecederaan. Malah, kemunculan Kwon Hwawoon sebagai Sung Yohan juga mencuri tumpuan dengan watak seorang doktor yang dingin dan penuh misteri.

 

Bagaimana pengakhiran drama ini? Sejujurnya, sebagai penonton, aku rasa, ini adalah penamat terbaik bagi sebuah drama thriller. Sisi penyesalan, taubat dan kemaafan yang diterima oleh si penjenayah pada hujung nyawanya merupakan fokus utama yang ingin disampaikan oleh penulis buat para penonton.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Malah, pada babak terakhir drama ini, apabila Ba Reum memasuki gereja dan melihat kembali dirinya yang masih kanak-kanak, ia adalah momen penting yang menunjukkan bagaimana dia ingin berdamai dengan dirinya sendiri. Hidupnya tidak sama seperti manusia lain, dia membenci orang sekeliling, dan pernah berdoa agar tidak menjadi raksasa jahat yang memusnahkan. Dan, di akhirnya, Tuhan telah menjawab doanya. Benarlah, pintu untuk bertaubat sentiasa terbuka, selagi manusia masih bernyawa. Berpulang dengan tenang Jung Ba Reum.

“Tuhan mendengar doa-doa kita. Awak bukan lagi seorang raksasa.” (Jung Jaehoon/Jung Ba Reum, 26 tahun).

RUJUKAN:

Holmes, S. T., Tewksbury, R., & Holmes, R. M. (1999). Fractured Identity Syndrome : A new theory of serial m.rd.r. Journal of Contemporary Criminal Justice, 15(3), 262–272.

Hunter, P. (2010). The psycho gene. EMBO Reports, 11(9), 667–669.

James, V. (2019). Denying the Darkness: Exploring the Discourses of Neutralization of Bundy, Gacy, and Dahmer. Societies, 9(2), 46. https://doi.org/10.3390/soc9020046

Ruangan komen telah ditutup.