Saya memang suka karya cintan-cintun.

Jadi saya kurang bersetuju dengan pengkritik seni dan pengkritik budaya yang suka melabelkan karya cinta sebagai benda yang tidak berfaedah.Cerita cinta pun boleh jadi kritikan sosial dan pencetus pemikiran kalau dibuat secara kreatif, tanpa terikat dengan cliche kahwin paksa atau ‘dulunya benci, sekarang jadi suka’.

K-Drama kegemaran saya sepanjang zaman ialah ‘Secret Garden’ (2010) yang dibintangi oleh Hyun Bin dan Ha Ji-won.

Hyun Bin memegang watak Kim Joo-won, seorang anak orang kaya atau ‘chaebol prince’. Ha Ji-won memegang watak Gil Ra-im, seorang gadis ‘tomboy’ yang yatim, miskin dan bekerja sebagai ‘stuntwoman’.

Tapi jalan ceritanya bukanlah cerita klise ala Cinderella. Tema cerita ini adalah mengenai konflik antara dua darjat sosial akibat perbezaan ‘worldview’ kelas kaya dan kelas marhaen.

Kim Joo-won jatuh cinta terhadap Gil Ra-im, tapi Ra-im secara subconscious benci dekat lelaki kaya macam dia.

Jadi, apabila Joo-won cuba ‘patronize’ Ra-im, misalnya belanja semua crew perfileman (rakan sekerja Ra-im) makan untuk tunjukkan dia ‘generous’, Ra-im bukan saja tak menghargai malah jadi makin benci kerana anggap tindakan Joo-won itu menghina karakter dia.

Dan disebaliknya, Joo-won pun tak dapat memahami keadaan Ra-im yang serba kekurangan.

Apabila Ra-im menghadiri ‘date’ pertama mereka, Joo-won memarahi Ra-im kerana membawa beg yang sudah koyak. Joo-won anggap gaya selekeh Ra-im sebagai tanda tidak menghormatinya.

Sehingga satu hari mereka tertukar roh, maka mereka terpaksa menyelami kehidupan masing-masing.

Dan baru dengan itu mereka mula memahami dilema dan kesusahan hidup masing-masing dan membina empati sesama.

Perspektif mereka berubah selepas berdiri di kasut masing-masing. Joo-won memahami kesusahan dan dilema golongan orang miskin, Ra-im pun memahami beban hidup sebagai pewaris keluarga kaya.

Nampak macam cerita cinta, tapi ia membawa mesej sosial yang jelas, bukan sekadar berfokus pada cinta. ‘Underlying message’ ialah konflik kelas yang semakin serius di masyarakat Korea Selatan.

Dan cara persembahan cinta pun cukup luar biasa. Banyak babak-babak telah jadi ‘legend’: babak ‘sit up’, babak Joo-won ‘confess’ terhadap Ra-im, dan paling penting sekali babak Joo-won menulis surat kepada Ra-im yang telah koma.

10 kali saya tengok, 10 kali saya menetes air mata.

Jadi, bukan drama cinta yang bermasalah. Yang bermasalah ialah drama cinta yang tidak kreatif.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Leave A Reply