Dr Sun Yat Sen Dan Kuomintang

0
762
views

Sewaktu Dinasti Qing mula menunjukkan kelemahan dalam mentadbir China muncul gerakan nasionalisme yang diterajui oleh Parti Kuomintang . Namun usaha awal untuk mewujudkan demokrasi di China pernah dijalankan oleh Kang Yu Wei dalam Reformasi 100 hari tetapi gerakan yang dilancarkan adalah bersifat sederhana. Beliau mencadangkan agar Maharaja berkongsi kuasa dengan Dewan Perwakilan dan mewujudkan monarki berpelembagaan di China.

Namun usaha ini telah digagalkan oleh konservatif China. Kuomintang diasaskan oleh Dr Sun Yat Sen dengan idea utamanya iaitu “Three People Principles” iaitu “The Principle of Nationalism,Principle of Democracy dan Priciple of People’s Livelihood”.

Parti Kuomintang berasal dari gerakan Tongmenghui, yang juga dikenali sebagai Kesatuan Liga Cina, Persekutuan Revolusi Cina, Persekutuan Rakyat Cina dan Persatuan Persepakatan Bersatu dan ia merupakan sebuah persatuan sulit dan pergerakan bawah tanah yang ditubuhkan oleh Sun Yat-sen, Song Jiaoren, dan beberapa orang lagi di Tokyo, Jepun, pada 20 Ogos 1905 dan mempunyai keahlian seramai 400 orang. Pertubuhan ini juga mempunyai lidah rasminya iaitu Min Pao (Akhbar Rakyat) .

Tujuan Tongmenghui ialah:

I. Menggulingkan dinasti Manchu (Qing)
II. Pembentukan sebuah republik
III. Pembahagian Semula Tanah
IV. Mendapatkan simpati kuasa-kuasa besar kepada perjuangan pemberontakan itu dan
V. Menguasai kerajaan apabila republik dibentuk

Disebabkan faktor tersebut dan sikap tidak bersungguh-sungguh kerajaan Qing dan masalah candu serta rasuah yang berleluasa membuatkan rakyat China mula melakukan pemberontakan dan menyokong gerakan revolusi kerana merasakan bangsa China tidak lagi mempunyai kekuatan dalam apa jua bidang.

Satu dasar kebangsaan China diperlukan bagi menguatkan dan membebaskan negara China dari penjajahan kuasa Barat. Bersama-sama dengan penubuhan ini maka bermulalah demokrasi berparlimen di negara China dan menamatkan sistem monarki selama-lamanya. Didalam penggulingan kuasa itu KMT telah berjaya menguasai kekuasaan China namun kerajaan yang ditubuhkan ini tidak berkekalan apabila Yuan Shih Kai telah mengambil alih pemerintahan dengan menggunakan kuasa tentera dan melantik dirinya sebagai Maharaja China yang baru pada tahun 1915. Gerakan demokrasi yang dihajatkan oleh Dr. Sun Yat Sen tidak kesampaian dan harapannya untuk melakukan perubahan negara China musnah dalam sekelip mata.

Walaubagaimanapun terdapat pelbagai masalah dalam mewujudkan Republik ini. Sumber kewangan mereka yang diperolehi daripada orang-orang Cina seberang laut dan pinjaman-pinjaman asing telah kehabisan. Ia juga menghadapi masalah dengan para pemberontak yang berselisih faham . Sebahagian besar ahli KMT yang setia kepada prinsip penubuhan KMT telah melarikan diri ke Jepun bersama-sama Dr. Sun Yat Sen pada tahun 1914. Pada waktu ini rancangan Yuan Shih Kai untuk menjadi Maharaja yang baru telah ditentang oleh Parti Progresif yang dipimpin oleh Liang Chi Chao yang membawa kepada pengisytiharan Yunan sebagai wilayah merdeka dari Peking pada 25 Disember 1915 dan beberepa lagi wilayah lain.

Dengan itu Yuan Shih Kai terpaksa membatalkan niatnya dan mengumumkan bahawa bentuk republik yang sedia ada kekal dan masalah ini dapat diselesaikan setelah kematian Yuan Shih Kai pada tahun 1916. Namun beliau pulang semula ke Shanghai pada tahun 1917 dan telah menubuhkan semula KMT pada tahun 1919 dan beribu pejabat di Kwantung pada tahn 1920.
Kegagalan KMT.

Waqaf Saham

Akibat daripada masalah-masalah dalaman dan tekanan dari pihak luar serta kesan dari Perang Dunia 1. KMT telah gagal dalam usahanya menyatupadukan negara China. Pembaharuan yang dicanangkan lebih kepada mendokong kapitalisme Barat dan bukan usaha untuk meningkatkan taraf hidup petani yang rata-ratanya hidup dalam kemiskinan melampau. Kebuluran akibat banjir, dan tiada usaha oleh KMT untuk meningkatkan taraf ekonomi, pendidikan serta peningkatan cukai yang tinggi keatas rakyat membuatkan orang-orang Cina mula merasa tertekan dan marah. KMT juga terpaksa menghadapi penentangan dari Jepun, rejim Canton dan kemaraan komunis di selatan tengah China.

Masalah rasuah yang berleluasa juga menjadi penyebab kepada keruntuhan KMT di China disamping kegagalan China dalam Perjanjian Versailles pada tahun 1919, juga membuatkan orang- orang Cina tidak meyokong dasar demokrasi dan akhirnya memilih Parti Komunis China yang dianggap lebih memperjuangkan nasib mereka.

Sebahagian besar ahli KMT yang setia telah berpindah ke Taiwan dan ke seluruh negara Asia Tenggara. KMT masih lagi kekal memerintah Taiwan hingga ke hari ini dengan menjalankan dasar 1 parti 1 negara walaupun piliharaya umum diadakan.
Hubungan KMT dan Etnik Islam China
Dasar Kuomintang pada peringkat penubuhannya ialah menyatupadu kan semua orang-orang Cina tanpa mengira kaum, agama dan etnik mereka. Maka atas sebab itu, mereka mendapat sokongan penuh daripada etnik Hui dan Ma iaitu sebuah komuniti Islam di China.

Didalam sejarah KMT terdapat 3 orang etnik Ma pernah dilantik sebagai Gabenor Jeneral iaitu , Ma Qi, Ma Hongkui dan Ma Hongbin manakala Bai Chongxi, dari etnik Hui pula pernah dilantik sebagai Menteri Pertahanan Kebangsaan dan ia merupakan kedudukan tertinggi yang pernah dicapai oleh muslim China . Mereka pernah merancang untuk menubuhkan wilayah Islam China – Turkestan Timur sebanyak 2 kali antara tahun 1934-1949 .

Walaubagaimanapun terdapat sebilangan dari KMT Muslim yang telah menyertai PKC antaranya Ma Hongbin dan anaknya Ma Dunjing dari pasukan ke “Kor Muslim ke 81 ” begitu juga dengan Jeneral Ma Zhanshan dan sebahagian besar unit KMT Muslim Xinjiang juga telah menyertai PKC.

Walaubagaimanapun atas sumbangan dan jasa barisan tentera Islam yang pernah bersama-sama membantu KMT di Tanah Besar, pihak KMT Taiwan telah membiayai Persatuan Muslim Cina yang diasaskan oleh Ma Fuxiang . Pembinaan Masjid Agung Taipei juga dibiayai oleh KMT begitu juga pergerakan Yihewani yang mendapat sokongan sepenuhnya daripada KMT sehingga hari ini.

Di Malaysia, MCA merupakan sebuah parti yang mempunyai dasar dan asas KMT. MCA merupakan parti yang lahir selepas Perang Dunia Ke-2 dan terdiri daripada kumpulan Gelombang ke -2 Cina Nanyang. Kebanyakkan mereka ini datang dari keluarga yang sudah menjalankan perniagaan di alam Melayu sejak ribuan tahun dahulu dan tidak hairanlah sekirnya ahli-ahli MCA dianggap mempunya kedudukan yang tinggi dikalangan komuniti Cina.

CP Fritzgerald pernah mengandaikan bahawa didalam 30 tahun (tahun 1965) dari sekarang akan berlaku perubahan didalam sistem politik Cina sekiranya MCA tidak menjadi sebuah parti yang mampu menjaga kebajikan pengundinya. Generasi baru akan beralih arah kepada parti yang akan menggunakan slogan rakyat untuk rakyat seperti mana yang berlaku semasa Revolusi Budaya diadakan di China sekitar tahun 50an yang ditaja oleh PKC.

“Seni tertinggi perang adalah untuk menundukkan musuh tanpa berjuang.”

– Sun Tzu

Nota Editor: Artikel ini pernah ditulis oleh MHR untuk The Patriots pada tarikh 25.2.2015