Dr Masliza Prof Madya Malaysia Pertama Untuk Oxford

749

Setiap hari, ramai akan menanti dengan sabar kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham sama ada menerusi sidang media KKM atau kenyataan media yang relevan dengan sektor kesihatan.

Semalam, beliau mendedahkan pakar kardiologi, Dr Masliza Mahmod melakar sejarah sebagai wanita pertama Malaysia yang dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya bagi Perubatan Kardiovaskular di Universiti Oxford, United Kingdom baru-baru ini.

Dalam satu hantaran di Facebook, beliau mengucapkan tahniah kepada Dr Masliza atas kenaikan pangkatnya selain mengakui kebijaksanaan dan pencapaian hebat beliau sebagai pakar kardiologi.

“Beliau sememangnya seorang pakar kardiologi yang bijak dan meskipun berdepan pelbagai kesulitan serta cabaran, ketabahan dan minat mendalam beliau dalam penyelidikan klinikal menjadikannya seorang pakar kardiologi akademik yang ulung. Tiada apa yang boleh menghalang beliau untuk terus melangkah ke tahap lebih tinggi. Kita amat berbangga dengan pencapaian beliau,” katanya.

Menurut Jabatan Perubatan Radcliffe di Universiti Oxford, penyelidikan Dr Masliza memberi fokus kepada penggunaan pengimejan resonans magnetik kardiovaskular (CMR), teknik-teknik spektroskopi bagi pengesanan awal kelainan jantung dan mencari rawatan baharu untuk pesakit kardiomiopati, kegagalan jantung, penyakit injap aorta dan diabetes mellitus.

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/

Anak jati Batu Pahat, Johor berusia 47 tahun itu kini menganggotai Jawatankuasa Pemandu Pasukan Petugas Penyelidikan Kegagalan Jantung British Society of Cardiovascular Magnetic Resonance (BSCMR). Dr Masliza yang juga merupakan Ahli Royal College of Physicians (MRCP) dari London memiliki Ijazah Sarjana Perubatan Dalaman (MMed) dari Malaysia dan ijazah perubatan awal (MBChB) dari Universiti Otago, New Zealand.

RUJUKAN:

Bernama. (2020). Wanita Malaysia pertama dilantik profesor madya di Universiti Oxford. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/709697/wanita-malaysia-pertama-dilantik-profesor-madya-di-universiti-oxford

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.