Pada tahun 1915, pemerintah Emp4yar Uthmaniyyah yang sudah berada di bawah kawalan CUP secara proksi memutuskan untuk memperkenalkan T3hcir Law, satu undang-undang darurat yang menyebabkan berlakunya proses pengusiran secara besar-besaran masyarakat etnik Armenia.

Undang-undang ini telah diluluskan oleh Parlimen Uthmaniyyah pada 27 Mei 1915, ia dianggap sebagai undang-undang yang ‘menghalalkan’ agenda deportasi atau mengusir penduduk Armenia yang merupakan etnik minoriti dari wilayah-wilayah yang diduduki Emp4yar Uthmaniyyah.

Kempen penempatan semula penduduk Armenia ini mengakibatkan kem*tian sekitar antara 800,000 hingga lebih dari 1.8 juta orang awam dalam tragedi yang mencalar imej Turki selama seabad lebih ini.

Pengusiran dan pemb*ntaian yang dilaksanakan oleh Uthmaniyyah ini melibatkan sebilangan besar penduduk etnik Armenia dari wilayah-wilayah yang berhampiran dengan titik pertembungan dan sempadan Uthmaniyyah-Russia. Ini mengakibatkan berlakunya satu tragedi yang dikenali sebagai Armenian Genoc*de.

GAMBARAN RINGKAS KESELURUHAN

Armenian Genoc*de adalah gerakan pembersihan etnik secara sistem*tik terhadap 1.5 juta orang Armenia yang dilaksanakan oleh pemerintah Uthmaniyyah.

Kebanyakan yang disasarkan adalah orang Armenia yang merupakan warganegara Emp4yar Uthmaniyyah atau negara penggantinya iaitu Republik Turki.

Tarikh yang dipersetujui semua pihak secara konvensional dianggap mula berlaku pada 24 April 1915 kerana ia merupakan hari di mana pihak berkuasa Uthmaniyyah secara paksa telah mengumpul, menahan, dan mengusir sekitar 235 hingga 270 golongan intelek dan pemimpin tempatan masyarakat Armenia dari Istanbul ke Ankara.

Majoriti mereka yang ditahan ini akhirnya dibun*h. Perintah pada peringkat awal diarahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Talaat Pasha dan jumlah keseluruhan untuk tarikh awal ini seramai  2,345.

Pembun*han beramai-ramai itu dilakukan semasa dan selepas Per*ng Dunia Pertama, ia dilaksanakan melalui dua fasa iaitu pembun*han secara besar-besaran terhadap populasi kaum lelaki yang sihat tubuh badan melalui kaedah pembun*han beramai-ramai atau akur kepada perintah wajib tentera untuk menjadi buruh secara paksa, lalu diikuti dengan pengusiran kaum wanita, kanak-kanak, orang tua,  dan orang yang lemah dalam satu perjalanan m*ut yang dikenali sebagai “De*th March to Syrian Desert”.

Dalam perjalanan m*ut itu mereka akan dihambat oleh paukan pengawal tentera dan dibiarkan dalam keadaan tiada makanan atau air, bahkan ada yang menjadi mangsa rompakan, peme*kosaan, dan pemb*ntaian secara berkala.

Kumpulan etnik pribumi dan masyarakat Kristian yang lain seperti orang Assyria dan Yunani warga Uthmaniyyah turut menjadi sasaran penghapusan etnik oleh pemerintah Uthmaniyyah dalam peristiwa Assyrian & Greek Genoc*de, ia dianggap oleh sejarawan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan dasar pemb*ntaian yang sama. Sebilangan besar diaspora komuniti Armenia di seluruh dunia merupakan kesan dari pembun*han tersebut.

KRISIS DAN SALAH FAHAM ISTILAH

Raphael Lemkin menjelaskan secara tegas tentang penghapusan yang dilakukan terhadap etnik Armenia dan memberi satu definisi tindakan penghapusan kaum secara sistem*tik dan telah lama dirancang dalam konteks undang-undang lalu ia mewujudkan perkataan “genoc*de” pada tahun 1943.

Armenian Genoc*de turut diiktiraf sebagai salah satu peristiwa pemb*ntaian yang terawal pernah berlaku di zaman moden, tuduhan terhadap Uthmaniyyah ini disertakan dengan kajian berterusan dan bukti catatan dokumen tentera secara terperinci yang sekaligus menjelaskan bahawa peristiwa ini telah dirancang awal sebelum pelaksanaannya.

Ia menjadi kes pemb*ntaian kedua yang paling banyak dikaji selepas peristiwa Hol*caust semasa Per*ng Dunia Kedua.

Kerajaan Republik Turki yang menggantikan Emp4yar Uthmaniyyah, konsisten menafikan istilah “genoc*de” sebagai istilah yang tepat atas pelbagai alasan untuk peristiwa pembun*han beramai-ramai orang Armenia yang bermula di bawah pemerintahan Uthmaniyyah pada tahun 1915.

Mereka telah berulang kali diseru untuk turut serta bersama-sama dengan 29 negara lain yang secara rasminya mengakui istilah “genoc*de” bertepatan dengan kejadian pembun*han beramai-ramai, ia turut dipersetujui oleh ramai golongan yang kebanyakannya para sarjana dan sejarawan genoc*de.

PERSIAPAN DAN PERMULAAN

Menjelang tahun 1914, pihak berkuasa Uthmaniyyah telah memulakan cetusan propaganda dengan matlamat untuk menunjukkan bahawa etnik Armenia yang tinggal didalam wilayah Emp4yar Uthmaniyyah sebagai ancaman terhadap keselamatan negara.

Seorang pegawai tentera laut Uthmaniyyah di Pejabat Per*ng mener*ngkan perancangan tersebut :

Bagi menghalalkan jenayah besar ini, sumber dan bahan propaganda yang diperlukan telah dipersiapkan secara menyeluruh di kota Istanbul. Contoh propaganda yang pernah disebarkan adalah seperti :

“Orang Armenia bersekutu dengan pihak musuh. Mereka akan melancarkan pemberontakan di Istanbul, membun*h para pemimpin Ittihad dan akan meraih kejayaan setelah membuka selat Dardanelles.”

Pada malam 23-24 April 1915, yang dikenali sebagai Red Sunday, pemerintah Uthmaniyyah mengumpul dan menahan sekitar 250 orang para intelek Armenia dan pemimpin masyarakat tempatan di ibukota Uthmaniyyah, Istanbul, kemudian mereka yang berada di pusat-pusat tahanan yang lain dipindahkan ke dua lagi pusat tahanan berhampiran Ankara.

Tepat pada tarikh ini juga lah berlakunya peristiwa pendaratan pasukan Sekutu di Gallipoli setelah cubaan tentera laut Sekutu untuk melepasi selat Dardanelles menuju ke Istanbul telah gagal pada bulan Februari dan Mac 1915.

Pada tanggal 29 Mei 1915, Jawatankuasa Pusat pentadbiran CUP meluluskan Undang-Undang Deportasi Sementara (Tehcir Law), ia memberi hak dan kebenaran terhadap pemerintah dan tentera Uthmaniyyah untuk mengusir sesiapa sahaja yang “dirasakan” menjadi ancaman terhadap keamanan nasional.

Dengan pelaksanaan Undang-Undang Tehcir, ia meningkatkan statistik penindasan, penyitaan harta dan tanah Armenia serta penyemb*lihan orang Armenia. Semua itu terjadi selepas pelaksanaan undang-undang tersebut, lalu menyebabkan kemarahan ramai pihak dari barat.

SAKSI DAN KRITIKAN SEMASA

Walaupun rakan-rakan sekutu Emp4yar Uthmaniyyah ketika per*ng tidak banyak menyatakan protes, banyak dokumen sejarah dari arkib Jerman dan Austria membuktikan ketakutan saksi-saksi terhadap pembun*han dan kebuluran orang Armenia yang berlaku secara besar-besaran itu.

Di Amerika Syarikat, The New York Times melaporkan hampir setiap hari mengenai pembun*han besar-besaran rakyat Armenia, menggambarkan proses itu sebagai “sistematik”, “dihalalkan” dan “diatur oleh pemerintah.” Theodore Roosevelt kemudian menganggap ia sebagai “jenayah per*ng yang terbesar.”

Orang Armenia dipaksa berarak keluar dengan berjalan kaki melalui bandar Deir ez-Zor di Syria dan padang pasir sekitarnya. Tidak ada bukti langsung bahawa Uthmaniyyah menyediakan kemudahan dan bekalan yang banyak diperlukan oleh ratusan ribu penduduk Armenia yang dipaksa berarak menuju ke gurun di Syria samada sebelum atau sesudahnya.

Menjelang bulan Ogos 1915, The New York Times mengulangi laporan yang tidak diisukan tentang “jalanan dan Euphrate dipenuhi dengan m*yat orang yang diusir, dan mereka yang terselamat tetap ditakdirkan m*ti. Ini adalah rancangan untuk membersihkan seluruh orang Armenia.”

Pihak berkuasa Uthmaniyyah melaksanakannya dalam keadaan mereka benar-benar menyedari bahawa dengan meninggalkan orang-orang Armenia yang diusir ke gurun dan padang pasir, mereka telah menghantar orang-orang itu menuju kem*tian.

Peme*kosaan adalah satu lagi bahagian penting dalam gen0sid. Komander tentera menyuruh orang-orang mereka untuk “melakukan apa sahaja yang mereka mahu terhadap wanita,” ia mengakibatkan berlakunya pend*raan seksual secara meluas.

Wanita-wanita yang diusir dihantar dalam keadaan telanjang ke Damsyik dan dijual sebagai hamba di beberapa kawasan, termasuk Mosul jika menurut laporan konsulat Jerman di sana.

Eitan Belkind adalah seorang anggota Nili (organisasi perisikan Yahudi yang bekerjasama dengan British) yang menyusup masuk ke dalam angkatan tentera Uthmaniyyah sebagai pegawai dan ditugaskan di markas Mustafa Kemal Pasha. Beliau mengakui telah menyaksikan pembakaran 5,000 orang Armenia.

Leftenan Hasan Maruf dari tentera Uthmaniyyah mener*ngkan bagaimana penduduk sebuah kampung dikumpulkan dan dibakar beramai-ramai. Afidavit sebanyak 12 mukasurat terhadap Komander Tentera Ketiga Vehib itu, bertarikh 5 Disember 1918, dinyatakan dalam siri perbicaraan Trabzon (29 Mac 1919) turut termasuk dalam senarai kes Dakwaan Utama. Ia melaporkan peristiwa pembakaran besar-besaran para penduduk seluruh desa berhampiran Muş:

“Kaedah paling cepat untuk menghapuskan kaum wanita dan kanak-kanak yang ditahan di pelbagai kem konsentrasi adalah dengan membakar mereka.”  Vahakn Dadrian dalam penulisannya menjelaskan bahawa seramai 80,000 orang Armenia di 90 buah kampung di seber*ng dataran Muş dibakar di dalam kandang menggunakan rumput kering.

Walaupun tidak ada kesepakatan secara umum mengenai berapa jumlah tepat orang Armenia yang kehilangan nyawa mereka semasa Armenian Genoc*de, terdapat persetujuan di kalangan sejarawan barat bahawa lebih dari 500,000 orang Armenia m*ti antara tahun 1914 dan 1918. Anggaran lain yang berbeza pula adalah di antara 800,000 hingga 1,500,000.

KONTROVERSI DAN PENAFIAN

Menurut Kemal Çiçek, ketua Kumpulan Penyelidik Armenia dari Persatuan Sejarah Turki, di Turki masih tidak ada tesis rasmi mengenai isu Armenia. Pendirian rasmi Republik Turki adalah bahawa kem*tian orang Armenia semasa “penempatan semula” atau “pengusiran” tidak boleh dianggap sebagai “genoc*de” atau pembun*han beramai-ramai, jadi ia meninggalkan persoalan tentang satu tragedi dengan teori yang berlainan:

  • Pembun*han itu berlaku tetapi samada secara tidak disengajakan atau telah diatur secara sistematik
  • Pembun*han itu dibenarkan kerana orang Armenia menimbulkan ancaman berikutan mereka berpotensi simpati terhadap Rusia atas dasar perkongsian budaya yang sama.
  • Orang Armenia hanya m*ti kerana kelaparan.
  • Mendakwa orang Armenia melakukan pengkhianatan melalui parti-parti politik dan pertubuhan tertentu yang dilabel sebagai “Gengster Armenia.”

Sebagai tindak balas terhadap penafian berterusan oleh kerajaan Republik Turki, ramai aktivis dari komuniti Armenia telah mendesak supaya pemerintah-pemerintah seluruh dunia mengiktiraf secara formal terhadap jenayah pembun*han beramai-ramai etnik Armenia.

Dua puluh sembilan negara dan empat puluh tiga negeri-negeri Amerika Syarikat telah membentuk resolusi yang mengakui Armenian Genoc*de sebagai peristiwa sejarah secara bona fide (tulen).

Pada 4 Mac 2010, panel kongres Amerika Syarikat memutuskan bahawa kejadian itu memang sebuah tindakan gen0sid; dalam beberapa minit kemudian kerajaan Turki mengeluarkan kenyataan yang mengkritik “resolusi ini telah menuduh negara Turki melakukan kejah4tan yang tidak pernah dilakukan.”

Armenian Genoc*de banyak disokong oleh organisasi pengkaji gen0sid antarabangsa. International Association of Genoc*de Scholars, yang terdiri daripada pakar terkemuka seluruh dunia melibatkan kajian tentang peristiwa-peristiwa pembun*han beramai-ramai, sebulat suara meluluskan resolusi rasmi yang mengesahkan kesahihan peristiwa Armenian Genoc*de.

Armenian Genoc*de telah berlaku sebelum istilah “genoc*de” diwujudkan. Antara perkataan dan frasa berbahasa Inggeris yang sering digunakan oleh catatan kontemporari untuk mener*ngkan kejadian tersebut antaranya ialah “mass*cres,” “atr*cities,” “annih*lation,” “hol*caust,” “the murd*r of a nation,” “race ext*rmination,” dan “a cr!me against humanity.”

PASCA PERISTIWA

Berikutan perpecahan Emp4yar Rusia selepas Per*ng Dunia Pertama, Armenia dengan mudahnya menjadi sebuah republik bebas dari tahun 1918 hingga 1920. Pada akhir tahun 1920, komunis mula memerintah setelah ser*ngan ke atas Armenia dilakukan oleh Red Army dari Kesatuan Soviet.

Dan pada tahun 1922, Armenia menjadi sebahagian daripada SFSR Transcaucasian untuk Kesatuan Soviet, kemudian membentuk Republik Sosialis Soviet Armenia (1936 hingga 21 September 1991). Pada tahun 1991, Armenia mengisytiharkan kemerdekaan dari USSR setelah kejatuhan Soviet dan menubuhkan Republik Armenia kedua.

Diaspora Armenia moden sebahagian besarnya terbentuk setelah Per*ng Dunia Pertama sebagai kesan dari pemb*ntaian etnik Armenia. Selepas kejatuhan Emp4yar Uthmaniyyah, kerajaan nasionalis Turki yang dipimpin oleh Mustafa Kemal Atatürk mengambil wilayah Armenia Barat.

Akibat dari Pembun*han Armenia, kira-kira setengah juta orang Armenia terpaksa melarikan diri ke beberapa bahagian yang berlainan di seluruh dunia dan mewujudkan komuniti Armenia baru yang jauh dari tanahair asal mereka.

Melalui perkahwinan dan kelahiran, jumlah diaspora orang Armenia yang menelusuri keturunan mereka dengan orang-orang Armenia yang terselamat dan melarikan diri dari Armenia Barat kini mencecah jutaan.

Semenjak kejatuhan Kesatuan Soviet, kira-kira satu juta orang Armenia menyertai dan bergabung dengan diaspora yang lain, dan sebahagian besarnya berpunca oleh perkembangan ekonomi yang teruk di Armenia.

RUJUKAN:

FACING HISTORY – Introducing The Armenian Genoc*de : https://www.facinghistory.org/resource-library/video/introducing-armenian-gen0cide


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.