Bangsa Aztec telah membangunkan sebuah empayar yang terbentuk daripada jalinan muafakat antara tiga bandar berdaulat. Tenochtitlan, Texcoco dan Tlacopan mencapai sebuah dominasi yang menarik perhatian kuasa luar.

Dalam zaman pengembaraan merentasi lautan, bangsa Aztec menerima seorang pendatang daripada Badajoz, Sepanyol bernama Vasco Núñez de Balboa.

Pengembara penting dalam sejarah Sepanyol.

Beliau sebenarnya ingin berlayar di Lautan Pasifik. Dalam persinggahan di Benua Amerika khususnya di tengah iaitu Mexico, bangsa Eropah melihat potensi ekonomi yang sangat mutlak di benua ini.

Eropah ketika itu berada dibawah pemerintahan Maharaja Charles V yang menguasai daripada Austria hingga Sepanyol.

Hubungan ekonomi antara Eropah dan Dunia Baru tidak bertahan lama, kerana keinginan tiba-tiba menguasai diplomasi.

Pada tahun 1510, Aztec dikuasai seorang maharaja bernama Moctezuma II yang menerima kunjungan penilik nasib Nezahualpili.

Nezahualpili meramal kejatuhan Aztec. Beliau pergi buat selamanya lima tahun kemudian, dengan lapan ramalan yang menjadi. Api besar, banjir, kilat dan manusia kepala dua merupakan antara ramalan Nezahualpili (Peńa, 2006).

Dan kejatuhan Aztec bermula pada tahun 1518, apabila Hernán Cortés menjadi antara orang penting dibawah pentadbiran iparnya iaitu Gabenor Cuba Diego Velázquez.

Gabenor yang menguasai Cuba bernama Diego Velázquez.

Cortés mempunyai hasrat untuk menyebarkan ajaran Kristian di rantau ini, yang terlalu mengikuti anutan Aztec. Aktiviti peny3mb3lihan manusia amalan Aztec dijadikan justifikasi Sepanyol untuk merancakkan pep3r4ngan.

Gambar lukisan peny3mb3lihan.

Dan seperti yang boleh dibayangkan, Cortés melihat Aztec sebagai sebuah bangsa yang ketinggalan zaman dari segi budaya dan teknologi. Jadi pedoman seakan-akan “master race” menjadi fitrah kemelut.

Cortés memimpin segerombolan orangnya untuk menggantikan arca-arca paganisme di sebuah kuil dengan salib dan patung Nabi Isa (as) dan Ibu Maryam.

Pendekatan Cortés menaikkan amarah orang asli. Tetapi mereka tidak mampu menandingi Sepanyol. Tewas, mereka bersetuju untuk membekalkan makanan dan wanita untuk digunakan Sepanyol.

Salah seorang dalam kalangan wanita ini ialah penterjemah bernama Malintzin yang dijadikan Dona Marina.

Beliau cekap bertutur dalam bahasa Aztec dan Maya, kemudian Sepanyol. kebolehan berbahasa mendapatkan Marina kedudukan tinggi dalam kalangan imperialisme Sepanyol yang jarang sekali dinikmati seorang wanita.

Marina juga menjalinkan hubungan sulit bersama Cortés, yang mana mereka dikurniakan seorang anak. Pengaruh politik memberikan Cortés kuasa diperlukan untuk mengetepikan iparnya, iaitu Velasquez.

Beliau mengaku dirinya hanya mengikut perintah Charles sahaja. Dan kepimpinan beliau sekalipun menc3rob0h sebenarnya suatu asas yang kaya dari segi disiplin dan teknologi.

Dengan berani beliau memb4k4r kapal-kapal sendiri untuk membenamkan sebarang hasrat untuk pulang dalam kalangan orangnya.

Jadi mereka perlu menetap di Mexico… dan mengikuti Cortés yang mahu menguasai Aztec pula. Kedatangan Cortés pula secara kebetulan menepati ramalan Aztec, bahawa dewa Quetzalcoatl bakal kembali ke Bumi.

Mereka sangka Cortés merupakan dewa tersebut. Warna kulit cerah dan menunggang kuda ialah dua perkara yang amat mempesonakan Aztec.

Moctezuma II pun menjemput Cortés dengan mesra, terkejut melihat bagaimana bangsa Sepanyol menunggang (menepati ramalan lelaki dua kepala – kepala penunggang, kepala kuda).

Tetapi bangsa Sepanyol mula men3mb4k dan membvnvh tanpa belas ihsan. Cortés memasuki kota Tenochtitlan untuk menj4r4h.

Moctezuma diambil sebagai t3bvsan p3r4ng. Dalam kalangan Aztec pun ada perpecahan, yang digunakan Cortés sebaik-baiknya (Szalay, 2017).

Suku Tlaxcala tidak berpuas hati dengan Tenochtitlan. Jadi mereka bersekutu dengan Cortés untuk menjatuhkan saudara sendiri.

Kemahiran Aztec dalam pert3mpur4n semuanya diketahui Cortés melalui Tlaxcala. Jadi berbekalkan s3nj4t4 hebat seperti m3ri4m dan sen4p4ng, Sepanyol menyapu Aztec bersih.

Salah seorang daripada anggota Cortés pula mengh1d4pi demam campak (Hernández, 2018). Anggota tersebut terbvnvh dan kemudian diambil Aztec.

Malang buat Aztec, demam campak mula menular dalam kalangan mereka yang tiada imuniti langsung. Lebih daripada tiga juta rakyat Aztec dianggarkan terbvnvh kerana demam ini, sekali gus memudahkan penj4r4han Cortés.

Nasib Moctezuma pula tidak diketahui. Ada yang cakap Sepanyol membvnvh baginda. Ada juga pihak berpendapat bahawa Aztec terlalu membencinya. Jadi mereka mer3j4m Moctezuma sampai m4t1.

RUJUKAN:

Hernández, B. (2018, Disember 18). (ditapiskan), germs and horses brought Cortes victory over the mighty Aztec empire. National Geographic.

Peña, J.M. (2006). Inherit the Dust from the Four Winds of Revilla: A 250-Year Historical Perspective with Emphasis on Ancient Guerrero, Its People and Its Land Grants. Xlibris Corporation. Halaman 36.

Szalay, J. (2017, September 29). Hernán Cortés: (ditapiskan) of the Aztecs. Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.