Warga marhaen tidak semestinya arif terutamanya dalam bidang saintifik. Mereka barangkali menelan saja apa yang didengar. Pada ketika para doktor dipandang hina seperti boneka dajjal – pada ketika golongan farmasi dikutuk sebagai anjing kapitalis – agak-agak apa yang akan berlaku?

Sebab itu ada pepatah orang tua: 30 minit di kedai kopi boleh merµntµhkan masjid (rumahtangga) 30 tahun. Pepatah ini sangat universal sebenarnya. Satu kiriman mesej berantai di WhatsApp mungkin ambil masa 10 minit untuk dikarang.

Tetapi satu mesej itu sudah cukup untuk menandingi 10 tahun pengajian perubatan. Semua kerana pembodohan segelintir yang menjejaskan kepintaran marhaen.

Baru-baru ini Pusat Rαcµn Negara melaporkan dua kes kerαcµnan akibat penyαlαhgµnααn ivermectin.

Seorang warga 35 tahun mengalami gejala sesak nafas berpanjangan selama lima hari, manakala seorang warga emas tidak sedar diri selepas mengambil 15 biji ivermectin sekali gus (Azaman, 2021).

Dan pelopor ivermectin boleh cakap: “vaksin pun ada kesan sampingan juga!”

Pertembungan Fikrah Antara Sains dan Pseudosains

Ada beza ketara antara kesan sampingan vaksinasi untuk dibandingkan dengan kes kerαcµnan ivermectin. Pertama sekali, vaksin tidak menjejaskan kesihatan orang ramai melainkan dalam golongan yang mempunyai masalah imuniti.

Dan pemberian vaksin pula dibuat mengikut sukatan. Ada satu kejadian terpencil di Itali, apabila seorang wanita diberikan enam dos Comirnaty pada satu masa (Matranga, 2021).

Kejadian ini berlaku kerana jururawat terbabit menyangka kandungan vaksin dalam botol sudah dicairkan (Rettner, 2021). Jadi wanita Itali tersebut menerima “enam dos” sekali gus (patutnya, satu dos sahaja).

Tetapi wanita tersebut masih hidup sampai hari ini.

Ini tidak bermakna badan menjadi kebal segalanya selepas menerima vaksin. Malah penerima vaksin pun boleh mαti pada bila-bila masa. Kerana mαti itu pasti. Tiada vaksin boleh melindungi daripada takdir ini. Ajαl menghampiri dalam setiap saat yang berlalu. Cuma jelas perbezaan antara “kesan sampingan” vaksin dan kesan sampingan ivermectin.

Jutaan orang menerima vaksin. Kesan sampingan seperti demam adalah perkara biasa. Kejadian serαngαn jantung bukan sama sekali berpunca daripada vaksin. Malaysia dari dulu lagi bergelut dengan masalah jantung.

Malah pεnγακit jantung dianggap pembµnµh nombor satu negara (Umadevan, 2020). Alih-alih apabila ada yang meninggal dunia tahun ini semua pakat acah-acah ambil kisah katanya salah vaksin. Dasar penunggang.

Bαhαyα Ivermectin Yang Tidak Wajar Digunakan

Ivermectin bukan tidak berguna dalam urusan harian. Cuma kegunaannya bukan sama sekali untuk merawat COVID-19, apatah lagi mencegah. Ubat ini dikeluarkan sebuah syarikat bernama Merck hasil gandingan antara Satoshi Omura dan William Campbell untuk merawat cacing dalam tikus (Laing, et al., 2017).

Dalam menangani COVID-19 pula, ivermectin dipetik dengan dakwaan tiada sokongan sains sebagai penawar jangkitan. Lalu ramai penunggang yang menafikan hakikat kehebatan vaksin pun terus menjaja tentangnya.

Masalahnya, Merck sendiri menokhtahkan bahawa:

  1. Kajian praklinikal tidak menunjukkan asas bahawa ivermectin merawat COVID-19.
  2. Tiada bukti munasabah tentang aktiviti dan keberkesanan klinikal dalam rawatan COVID-19.
  3. Kekurangan data keselamatan (tentang ivermectin) amat membimbangkan.

Merck sendiri cakap jangan guna ivermectin. Tetapi golongan marhaen bukan bidang selamba menjaja bahawa ivermectin patut diberi peluang. Tidakkah gila namanya? Bukan kita tolak ivermectin bulat-bulat. Biar ada dapatan saintifik yang kukuh dulu, sepertimana vaksin diberi kelulusan.

Main sedap tuduh agenda kapitalis dan konspirasi Yahudi, tetapi kalian sendiri menjaja pendustaan tentang ivermectin. Dan orang yang tidak tahu menahu pun apa lagi – main telan sajalah.

RUJUKAN:

Azaman, A. (2021, Ogos 14). Dua kes kerαcµnan dikesan akibat ambil Ivermectin secara kendiri – KKM. Astro Awani.

Laing, R., et al. (2017). Ivermectin – Old Drugs, New Tricks? Trends Parasitology. 33 (6): 463-472.

Matranga, A. (2021, Mei 11). Distracted nurse gives woman 6 doses of COVID vaccine in a single shot. CBS News.

Rettner, R. (2021, Mei 12). Woman gets 6 doses of COVID-19 vaccine at once. Live Science.

Umadevan, D. (2020, September 28). What is a Heart Attack? Columbia Asia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.