Ada seorang penumpang di atas kapal Titanic merupakan seorang pelakon filem bisu terkenal sekitar 1910an. Setelah terselamat dari nahas tersebut, beliau melakonkan semula pengalamannya ketika malam menyedihkan itu.

Dorothy Gibson merupakan salah seorang dari antara personaliti yang menaiki Titanic. Sebelum menjadi artis, Dorothy mula bekerja sebagai model di bawah Harrion Fiisher pada 1909  dan mukanya terpampang pada poskad, majalah dan iklan.

Sekitar Julai 1911, beliau mula bekerja sebagai pelakon di sebuah syarikat dari Perancis, Éclair dan sering diletakkan sebagai pelakon utama di dalam filem-filem komedi. Karier beliau mula melonjak naik selepas melakonkan watak Molly Pitcher di dalam sebuah filem yang bertemakan P3r4ang Saudara Amerika yang berjudul Hands Across The Sea.

Pada Mac 1912, setelah Dorothy  menghabiskan penggembaraan bagi beberapa buah filemnya, beliau mengambil keputusan untuk bercuti ke Eropah bersama ibunya. Setelah 6 minggu bercuti di Itali, Dorothy membeli tiket kelas pertama Titanic yang berharga 59 Pound (6 783 Pound pada 2020 = RM 36722) untuk pulang semula ke Amerika semasa mereka tiba di Paris.

Dorothy dan ibunya kemudian menaiki Titanic semasa kapal tersebut berlabuh di Pelabuhan Cherbourg. Pada malam kejadian, Dorothy dan ibunya sedang bermain pakau bersama dua pengurus bank dari  New York, William T Sloper dan Frederick K Seward.

Setelah selesai bermain dan pulang ke biliknya, Dorothy merasakan satu gegaran dan terdengar bunyi yang sangat nyilu. Dorothy kemudian mengejutkan ibunya yang sedang tidur di bilik. Apabila Dorothy dan ibunya tiba di Boat Deck, lantas mereka berdua menyelamatkan diri dengan menaiki bot keselamatan #7. Beliau turut mengajak William Sloper dan Frederick Seward untuk menyelamatkan diri mereka.

Selepas daripada  peristiwa itu, pihak produksi mencadangkan agar Dorothy melakonkan semula saat-saat kejadian malam itu. Dorothy melakonkan watak itu dengan memakai pakaian yang sama dipakai olehnya ketika malam kejadian.

Filem itu pun siap satu bulan kemudian dan dinamakan Saved From The Titanic. Filem ini merupakan filem pertama yang berkisarkan  Titanic. Rata-Rata pengkriitik filem memberikan pujian terhadap filem itu dan lakonannya.

Salah sebuah babak di dalam Saved From The Titanic

Tapi sayang, filem tersebut kini diisytiharkan musnah dan pupus kerana rel filem itu terb4k4r di dalam sebuah kebakaran di studio berkenaan. Dorothy dilaporkan mengalami tekanan mental setelah menghabiskan penggembaraan file mini

Dorothy kemudian mengambil keputusan untuk bersara dari bidang perfileman setelah berlakon di dalam filem itu. Dorothy bersara sebagai pelakon wanita bebas yang menerima gaji tertinggi pada ketika itu.  Dorothy kemudian memutuskan untuk menceburi Broadway.

Pada 1928, Dorothy telah berpindah ke Perancis bersama ibunya. Dorothy mula terdedah dengan ideologi F+++t kemudian bekerja sebagai pengintip bagi kerajaan Itali di Perancis. Menjelang p3r4ng, beliau bertukar arah dan menyokong pasukan pemb3r0ntak. Kegiatan beliau ini dapat dikesan dan akhirnya dit4ngk4p lalu dipenj4r4kan di San Vitolle, Milan.

Dorothy kemudian Berjaya melarikan diri dari p3nj4ra pada 1944. Dorothy kemudian me1ngg4l dunia akibat s3r4ngan jantung di kediamannya di Hotel Ritz, Paris. Dorothy kemudian dikebvmikan di sebuah perkvbvran lama di Saint Germaine En Laye yang terletak di pinggir Bandar Paris.

Kini satu-satunya filem yang dilakonkan oleh Dorothy yang terselamat ialah A Lucky Holdup. Filem ini ditayangkan ketika Dorothy menaiki Titanic. Berkenaan filem Saved From Titanic, hanya beberapa kepingan poster dan gambar belakang tabir sahaja yang tinggal.

Poster filem Saved From The Titanic

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.