Dolfin Malaysia – Kru Kapal Selam Kita Bukan Calang-Calang

2,450

Sebelum memulakan penulisan, saya ingin memaklumkan terutamanya kepada kalangan bebalis fanatik politik, bukan Saudi sahaja yang yakin dengan keupayaan Angkatan Kapal Selam TLDM, malah Sultan Perak sendiri berkenan dan telah bertitah bahawa baginda yakin dan berpuas hati dengan keupayaan kapal selam dan kru kita. Baginda telah mencemar duli turut sama menyertai rondaan dengan KD Tun Razak tahun lepas.

Sultan Nazrin yang menyampaikan titah. Bukan sebarangan orang. Sultan Perak tu. So, terpulanglah kepada kamu semua, nak percaya page politik bangsat yang tak habis-habis memfitnah TLDM atau titah baginda Sultan Perak yang keluar dari lidah baginda sendiri. Your choice.

2 Scorpene yakni KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak, kita tak kan ke mana kalau tiada kalangan kru yang terampil.

Ya, mereka merupakan a few good men yang bukan jenis suka bullshit atau layan bullcrap. Mereka sudah lali dengan tuduhan orang-orang politik dan zombi politik bangsat yang masih tak habis-habis berseranah dengan ratib kapal selam tak menyelam.

Mereka adalah kru kapal selam kita. Orang-orang yang tersemat di dada insignia dolfin yang bukan boleh dipakaikan kepada sembarangan orang.

Mereka inilah pejuang barisan paling hadapan Malaysia, menyusup secara senyap dan halimunan di balik kegelapan dan kedalaman lautan menjejak serta memburu musuh di bawah permukaan dan di atas permukaan.

Mereka bukan sebarangan manusia. Jiwa mereka kental dan kekompetenan mereka sangat tinggi.

Jadi, tidak hairanlah bilamana kru kapal selam kita yang menjadi teras Angkatan Kapal Selam menjadi sosok yang disegani, seteru dan dihormati sahabat.

Bukanlah sesuatu yang aneh bilamana Arab Saudi mahu kita menjadi tenaga pengajar bagi melatih kru kapal selam mereka sendiri nanti kerana kesiagaan tahap tertinggi AKS memang terampil.

Apabila kenyataan mengenai kerjasama latihan ketenteraan dan pengendalian kapal selam antara Malaysia dengan Saudi dimaklumkan kepada umum, ia menjadi bahan jenaka pihak politik dangkal dan kalangan penyembah mereka yang low class mentalitynya.

Mereka mencanang cerita kapal selam tak menyelam, kemudian diswafoto Agosta70 yang menjadi muzium, kononnya kita beli kapal selam sekerap.

Muzium yang sering dikaitkan dengan propaganda kapal selam yang tidak boleh menyelam

Biasalah masa tu nak dekat pilihan raya, penyembah politik bodoh akan kitar semula cerita kapal selam yang pada mereka kononnya penuh skandal, dibeli dengan harga terlalu mahal dan membazir dan diulang tayang foto muzium kapal selam.

Namun, kita tahu mereka ialah golongan rakyat yang tak terasuh minda dan didoktrinasi dengan politik kebencian.

Kenapa Saudi yakin dengan kita?

Ia bukan kerja dan keyakinan yang dibina sehari dua. Kru KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak adalah kalangan kru yang sangat terampil disiplin mereka, sangat tinggi tahap kesiagaan dan paling digeruni keupayaan mereka.

Bukan menjadi satu rahsia apabila kali pertama kru KD Tunku Abdul Rahman melakukan latihan pertempuran SUBASWEX mereka. Hal ini menunjukkan kelincahan dan kepintaran mengendalikan kapal selam dalam situasi kombat dan berhadapan SSN Rubis yang merupakan kapal selam berkuasa nuklear. Sepanjang latihan simulasi kombat, KD Tunku Abdul Rahman tanpa gagal mengunci kedudukan SSN Rubis sebilangan masa sepanjang latihan berbanding KD Tunku Abdul Rahman yang lima kali dikesan sekejap ada sekejap hilang kedudukannya.

Ya, ia hanya latihan tetapi sebagai negara yang pertama kali mengendalikan kapal selam, ia adalah kejayaan cemerlang.

Selama 10 000 jam atau kini hampir 8 tahun kedua-dua kapal selam kita berkhidmat dengan TLDM dan latihan kesiagaan adalah kemestian yang wajib.

Latihan bersama kapal perang TLDM dilakukan setiap tahun, iaitu latihan penembakan torpedo dan peluru berpandu dilaksanakan dengan jayanya pada tahun 2014, 2015 dan 2016. Tidak dikira lagi dengan latihan kecemasan dengan DSV Mega Bakti, latihan silang dengan angkatan kapal selam Australia dan latihan latihan kekompetenan dan ujian yang sentiasa dilaksanakan ke atas kru – Bermula daripada latihan simulasi kombat, latihan pengungsian dari kawasan cetek, ujian ketahanan fizikal dan stamina serta puluhan lagi ujian bertulis yang perlu dihadapi.

Ya, institusi Angkatan Kapal Selam TLDM bukanlah bahan picisan yang boleh dipandang enteng dan dijadikan bahan jenaka politik. Mereka menyabung dengan tekanan lautan yang membunuh, ruangan dalaman kapal yang sempit dan memburu dan mengintip pergerakan seteru kita di Laut China Selatan.

Apabila saya mengatakan AKS bukan calang-calang pasukan, saya tidak berjenaka.

Pusat Latihan Kapal Selam di Teluk Sepanggar telah melahirkan puluhan kru kapal selam yang berkaliber serta ia menjadi pusat menajamkan kemahiran kombat, pengurusan sistem, kemahiran pengendalian sistem senjata dan sonar dan lain-lain kemahiran dengan mengekalkan standard yang tinggi dalam kalangan pegawai dan anggota setiap masa. Ya, kita melatih sendiri kru kita dengan kelengkapan dan simulator ultra moden yang tidak terdapat di rantau ini. Semuanya dilakukan dalam jangka masa lapan tahun.

Saudi tahu kita boleh mengajarkan ilmu peperangan dan seni menyelinap di bawah permukaan dengan adanya kemudahan yang ultra moden seperti simulator pusat informasi kombat, simulator hakiki menyelamat daripada kedalaman, simulator hakiki kebakaran dan kawalan kerosakan selain kelas-kelas kajian taktikal dan peperangan kapal selam yang ekstensif.

Bilamana bangsat politik masih ditakuk lama sejak tahun 2008 lagi dengan  meratib kapal selam tak boleh menyelam, Angkatan Kapal Selam TLDM terus memacu lebih banyak kecemerlangan, bermula daripada kejayaan latihan penembakan hingga mencatat 10 000 jam tempoh operasi. Ia merupakan pembuktian yang kru kapal selam dan aset yang dikendalikan bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng – Sehinggakan Vietnam membuat langkah balas turut membuat perolehan kapal selam dari Rusia manakala Singapura terkocoh-kocoh baru nak beli kapal selam first hand pada tahun 2020.

Kalau cikai, tak de la kedua-dua negara tu melompat macam puyuh gelabah.

Tetapi orang kita mana nak mengakui kehebatan dan keupayaan pasukan keselamatan kita. Sudah menjadi lumrah di Malaysia, rakyat sendiri menjadi pengutuk utama dan warga asing yang menjadi tukang kutip permata dan berlian yang berharga untuk jadikan ia milik mereka.

Ditambah lagi dengan kedangkalan tahap pemikiran yang terlalu didoktrinasikan dengan politik bangsat yang menyemai kebencian.

Anda sedang membaca sebahagian daripada buku Malaysia Military Power II. Berminat nak dapatkan buku ini? Sila wassap www.wasap.my/60195812791 untuk membuat pembelian.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.