Doktor Yang Menelan Bakteria Demi Eksperimen

613

Kita selalu dengar mengenai penyakit yang dipanggil dalam masyarakat kita sebagai gastrik. Sudah tentu, terminologi tersebut tidak tepat memandangkan perkataan gastrik yang diambil daripada bahasa Amerika Latin yang moden bermaksud perut. Terminologi yang betul adalah gastritis, iaitu perkataan -itis itu bermaksud keradangan. 

Pada awalnya, pesakit gastritis yang berpanjangan boleh menybakan mereka mendapat apa yang kita panggil sebagai ulcer. Terdapat dua jenis ulcer berkaitan dengan masalah ini, iaitu gastric ulcer dan juga duodenal ulcer. Memandangkan penyakit ini mempunyai rawatan yang lebih kurang sama, maka doktor menamakannya sebagai peptic ulcer disease (PUD).

Terdapat banyak sebab bagaimana penyakit ini terjadi, dan pada tahun 1970-an, para doktor setuju menyenaraikan beberapa sebab mengapa seseorang itu emndapat PUD, seperti merokok, mengambil minuman keras, stress dan juga sedikit faktor pemakanan dan gaya hidup.

Gambar – Fun with Microbiology

Pada tahun 1979, seorang saintis bernama Dr Robin Warren, iaitu seorang pakar dalam bidang patologi di Australia. Mengikutnya, dalam biopsi beberapa orang pesakit yang mempunyai masalah PUD ini, beliau mendapati terdapat banyak bakteria yang berbentuk seperti helix atau koma. Beliau kemudiannya berjumpa dengan seorang lagi saintis bernama Dr Barry Marshal untuk mengesahkan apakah fungsi bakteria ini yang berada dalam badan manusia, dan apakah kaitannya dengan PUD.

Bakteria ini diberi nama sebagai Helicobacter pylori, dan gambar di bawah menunjukkan gambar yang diambil oleh mikroskop elektron yang menunjukkan rupa sebenar bakteria ini dengan lebih jelas.

Gambar mikroskop elektron bakteria H. pylori – Prof Yutaka Tsutsumi

Penemuan mereka ini walau bagaimanapun dianggap mengarut dan tidak diterima oleh ramai saintis lain kerana:

  • Mereka menganggap PUD ini berlaku di dalam perut yang steril, tanpa bakteria lain.
  • Bagaimana bakteria boleh hidup di dalam perut manusia sedangkan asid yang dirembes di dalam perut manusia itu mempunyai pH yang sangat rendah dan menjadikan kawasan tersebut tidak mungkin untuk didiami oleh bakteria atau apa jenis hidupan sekalipun.

Pada tahun 1984, Dr Robin Marshal menjadi amat yakin bahawa sememangnya bakteria H. pylori inilah merupakan salah satu punca bagaimana seseorang pesakit mendapat ulser. Beliau menjadi kecewa kerana ramai saintis lain tidak bersetuju dengannya. Jadi, sebagai langkah untuk meyakinkan orang ramai serta menghentikan sifat mereka yang sering memperlekehkannya, Dr Marshal menelan bakteria ini dengan sengaja.

Gambar – Exetergutclinic

Apa yang berlaku selepas itu adalah Dr Marshall sendiri mengalami banyak gejala penyakit seperti muntah-muntah, ketidakhadaman dan sakit pada bahagian ulu hatinya. Dengan mudah, para doktor perubatan membuat diagnosis gastritis padanya. Daripada situ, mereka berdua mulai menceritakan mekanisma bagaimana bakteria ini boleh selamat daripada kawaasan asid di sekelilingnya.

Gambar – Microscope Master

Bakteria ini mampu meneutralkan asid di dalam perut melalui satu jenis enzim bernama Urease yang menyebabkan urea di dalam perut seseorang itu terpecah menjadi karbon dioksida dan Ammonia. Ammonia akan meneutralkan asid hidroklorik di dalam perut seseorang itu menjadi ammonium dan ion klorida, meneyelamatkan bakteria ini daripada dicernakan oleh asid.

Bukan itu sahaja, beberapa enzim lain yang dihasilkan oleh bakteria ini mampu menyebabkan seseorang itu mendapat PUD dengan pelbagai mekanisma dan cara penghakisan lapisan mukosa dalam perut seseorang itu. Kesan kerosakkan dalam perut yang berpanjangan ini akan menyebabkan risiko seseorang untuk mendapat kanser pada perut meningkat berkali-kali ganda.

Gambar – MDedge

Kedua-dua saintis ini juga menemui cara rawatan yang sesuai melalui antibiotik dan juga ubat untuk merendahkan pengeluaran asid dalam perut pesakit. Penemuan ini berjaya mengurangkan kes-kes kanser di bahagian perut, dan atas sebab penemuan ini, mereka berdua berjaya mendapat anugerah Nobel di dalam Physiology of Medicine in 2005.

Kajian demi kajian juga dibuat dan ada yang menyimpulkan bahawa bakteria ini mampu mengurangkan risiko untuk seseorang itu mendapat kanser esofagus, tetapi saya tidak ingin mengulas hal tersebut kerana bimbang akan salah faham daripada pembaca.

Gambar – (Barry J Marshall (kiri) dan J Robin Warren (kanan) – The Nobel Prize Logo

Jadi, daripada sini kita boleh pelajari dan bersyukur akan perbuatan Dr Marshall yang menelan kuman tersebut kerana membolehkan para doktor untuk memberikan rawatan kepada pesakit-pesakit yang mengalami PUD.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.