Pada pagi Selasa 29 Mei 1973, pagi subuh yang merentap jiwa jiwa yang mengenali P. Ramlee. Corong corong radio berkumandang pada jam 7.30 pagi; P.Ramlee meninggal dunia. Maka berhimpun para karyawan, sasterawan, bintang filem , ahli politik, wartawan, sahabat handai serta peminat seni tanahair membanjiri banglo No. 22, Jalan Dedap Taman Furlong, Setapak Kuala Lumpur.

Hujan renyai membasahi

Akhbar 30 Mei 1973:

Padamnya Sebuah Pelita – Utusan Melayu
Ramlee Dies – Malay Mail
P.Ramlee dies of Heart Attack – The Star
Bapak Filem Melayu Sudah Hilang – S. Sudarmadji
Kehilangan sukar diganti – Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein

Sebelum akhbar tempatan dan pemimpin negara mengeluarkan kenyataan dan membuat liputan berita ini, muncul seorang wanita kecil susuk tubuhnya dari Kedah. Beliau pertama sekali mengesahkan kejadian ini. Bagaikan mimpi, beliau bertemu insan ini hanya dicorong radio dan akhbar. Sekali sekala melihat di pawagam berikutan tuntutan kerja yang sibuk.

Datin Dr. Salmah Ismail merupakan DOKTOR WANITA MELAYU PERTAMA Negara. Berkelulusan King Edward VII College of Medicine, Singapura. Beliau merupakan Pegawai perubatan senior yang mempunyai 25 tahun pengalaman, bertugas di Hospital Kuala Lumpur. Pada pagi itu beliau bertugas di unit Kecemasan & Trauma. Menerima panggilan untuk merawat pesakit yang akan turun dari Ambulan pada bila bila masa.

“Lelaki dewasa, tiada denyutan jantung, bantuan segera” – mesej yang disampaikan-

Hari ini lain, beliau menyentuh sendiri sekujur tubuh di katil besi, sedikit buih di mulutnya, tidak memberi sebarang respon. Diminta jururawat dan pembantu perubatan memberi bantuan pernafasan. Tiada respon. Beliau memeriksa secara terperinci, segala ilmu yang ada digunakan untuk membuat kepastian. Hari ini lain, tidak seperti sekujur tubuh lain perlu  beliau sahkan kematian. Hari ini lain, ini tubuh P. Ramlee.

—-

Waktu Kematian – 5.30 pagi
Sebab : Sakit Jantong ( Heart Attack)
Orang yang memberitahu sebab kematian : Datin Dr. Salmah Binti Ismail – Pegawai Perubatan Hospital Besar Kuala Lumpur.

—-

Surat kematian dikeluarkan jam 11.35pagi
– 29 Mei 1973.
Pegawai Perubatan HKL.

Jenazah P.Ramlee dibawa pulang dan disembahyangkan di Masjid Jamek, Kampung Baru. Akhirnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas tepat jam 5.30 petang.

Ironinya Ramlee bertemu Salmah Ismail dipengakhiranya, nama yang sama dengan isteri beliau Biduanita Saloma. Bukan sahaja terhenti di hari kematian beliau, malah Datin (kini Tan Sri) Dr. Salmah binti Ismail meninggal dunia pada 21 Julai 2014 pada usia 95 tahun, juga dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang.

Suratan atau kebetulan 2 Tokoh Melayu dipertemukan semula? Tokoh Kedoktoran Wanita Bertemu Seniman Agung? Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang beriman. Alfatihah.

Latar Belakang Tan Sri Dr Salmah Ismail

Beliau dilahirkan di Alor Star, Kedah pada 19 Disember 1918

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan di Kampung Bahru Girls’ School dan kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sultanah Asma Alor Star, Kedah. Beliau telah lulus dan memperolehi Junior Cambridge pada tahun 1934 dan Senior Cambridge pada tahun 1935. Beliau merupakan calon murid perempuan Melayu tunggal dan pertama di Kedah yang lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan cemerlang. Dengan kelulusan yang amat baik beliau dapat melanjutkan pelajaran ke King Edward VII College of Medicine di Singapura pada tahun 1936 dengan mendapat Biasiswa Kerajaan Negeri Kedah. Beliau dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan pada tahun 1947.

Kerjaya

i. Doktor Pelatih di Hospital Besar Kuala Lumpur

ii. Pegawai Perubatan di Negeri Kedah (1950-1960)

iii. Pegawai Perubatan di Negeri Selangor (1961-1967)

iv. Pemilik klinik persendirian di Kuala Lumpur dan rangkaian Klinik Salma (1967)

v. Pengerusi Salma-Bakar Sdn. Bhd.

vi. Pengarah Specialist Mediklinik Sdn. Bhd

Pencapaian

Menempa sejarah sebagai wanita Melayu pertama yang berjaya memperolehi kelayakan Doktor di seluruh Malaya pada waktu itu. Pencapaian ini dianggap sangat cemerlang dikala masyarakat Melayu masih lagi dibaluti adat resam dan tradisi lama yang melarang anak-anak perempuan belajar hingga ke peringkat yang begitu tinggi.

Berita kejayaan beliau tersiar dalam akhbar The Straits Times pada 24 Disember 1947.

RUJUKAN:

Tan Sri Dr. Salmah Ismail – Anugerah Tokoh Melayu Gemilang,

Temubual Saloma Arkib Negara

Kenangan Abadi P.Ramlee – RamliIsmaill


First Malay Woman Doctor – New Straits Times -1947

Era Azman

Repair Gambar Lama


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hidir Ali Razali seorang peminat tentang sejarah perfileman Melayu klasik. Beliau telah memulakan pengkajian dan mendalami perkembangan sejarah berkaitan sejak 25 tahun yang lalu.

Comments are closed.