Moving Forward As One

Doktor Veterinar Malaysia: Peluang Kerjaya Lumayan Sebagai Doktor Haiwan

2,591

Profesion doktor veterinar di Malaysia adalah unik serta merupakan salah satu bidang kedoktoran yang mempunyai permintaan yang tinggi.

Jika doktor merawat pesakit, doktor veterinar juga merawat pesakit, tetapi pesakit dari kalangan haiwan. Yang berbeza hanyalah jenis pesakit sahaja.

Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu skop profesion ini. Sekiranya anda pencinta haiwan dan berminat untuk menceburi kerjaya dalam bidang ini, artikel ini mendedahkan tentang peluang pekerjaan serta laluan akademik yang anda perlu lalui.

Kerjaya Doktor Haiwan: Info Asas

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, mari kita lihat perkara-perkara asas yang anda perlu tahu tentang vaterianarian ataupun dikenali juga sebagai doktor haiwan ini.

Seperti doktor biasa, doktor veterinar juga melakukan pembedahan terhadap haiwan, sonografi, rawatan kanser dan lain-lain dan tidak hanya bekerja di klinik haiwan.

Selain klinik haiwan, doktor haiwan boleh mendapatkan pekerjaan di zoo, makmal haiwan, ladang serta industri ternakan.

Bukan itu sahaja, doktor veterinar tidak merawat hanya satu jenis haiwan. Mereka merawat pelbagai spesies haiwan. Antaranya adalah jenis “feline”, “ovine” dan sebagainya.

Menjadi doktor haiwan juga mempunyai cabaran kerana doktor haiwan berdepan dengan pesakit yang tidak boleh bercakap dan hanya mendapat keseluruhan maklumat dari penjaga mereka.

Oleh itu, doktor haiwan akan mengambil lebih masa untuk memeriksa fizikal pesakit mereka untuk mengetahui jenis penyakit yang dihidapi mereka.

Tambahan lagi, gaji doktor veterinar ini juga setanding dengan pekerjaan-pekerjaan professional di luar sana.

Mari kita lihat sebab-sebab kenapa anda perlu memilih doktor veterinar sebagai kerjaya anda.

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Memilih Veterinar Sebagai Kerjaya Anda

  • Peluang Pekerjaan Yang Luas dan Menjamin Masa Depan

Kerjaya doktor haiwan ini bukan bermakna anda hanya akan membuka klinik haiwan. Sebenarnya terdapat pelbagai peluang pekerjaan yang anda boleh ceburi.

Antara bidang-bidang yang anda boleh ceburi adalah badan polisi dan penasihat seperti Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Jabatan Perkhidmatan Vaterinar (JPV).

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyertai Royal Customs, Royal Malaysian Police serta Royal Malaysian Armed Forces sekiranya anda berminat.

Tambahan lagi, terdapat bidang-bidang seperti exotic dan hidupan liar praktis, ekuin praktis dan ladang-ladang haiwan serta bidang akademik yang anda boleh pilih.

  • Kerjaya Yang Mulia Kerana Menyayangi Haiwan

Haiwan juga merupakan makhluk yang boleh merasai kesakitan dan perlu dirawat sekiranya mempunyai penyakit.

Tidak kira apa jenis haiwan, doktor haiwan akan tetap merawat haiwan tersebut tanpa diskriminasi walaupun akan ada masyarakat yang memandang serong.

Haiwan-haiwan yang dirawat anda pasti berterima kasih kepada anda walaupun mereka tidak boleh berkata-kata. Menolong dan memelihara haiwan merupakan satu sifat yang mulia.

  • Negara Memerlukan Ramai Doktor Veterinar

Selain itu, antara sebab kenapa anda harus memilih doktor haiwan sebagai pekerjaan anda adalah kerana Malaysia memerlukan lebih ramai doktor vaterinar.

Terdapat seramai 2,300 doktor haiwan yang berdaftar di Malaysia. Namun, masih lagi ada keperluan untuk menampung jumlah tersebut.

Tambahan lagi, di dalam industri ternakan, doktor haiwan memainkan peranan yang sangat penting dan akan membantu sektor perubatan yang membabitkan haiwan peliharaan.

  • Dihormati Ramai

Tahukah anda bahawa doktor vaterinar merupakan salah satu pekerjaan yang dihormati ramai terutamanya di negara maju?

Selain itu juga, doktor-doktor haiwan jugalah yang menghalang penyakit-penyakit zoonotik daripada merebak.

Walaupun mereka lebih terdedah kepada penyakit tersebut, mereka tetap memelihara keselamatan manusia dan juga haiwan terlebih dahulu.

  • Dapat Menyambung Pelajaran Di Dalam Negara dan Luar Negara

Sekiranya anda berminat untuk menceburi bidang vaterinar ini, anda berpeluang untuk melanjutkan pengajian anda di dalam dan juga luar negara.

Anda boleh menyambung pelajaran anda di Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaysia Kelantan.

Jika anda ingin menyambung pelajaran anda luar negara,antara universiti yang terbaik adalah Institut Pertanian Bogor (IPB), University of Sydney dan Bangladesh Agricultural University.

  • Laluan Untuk Menceburi Doktor Veterinar Di Malaysia

Di Malaysia, seperti yang kita tahu, untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, anda haruslah mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

SPM ini lah yang akan menentukan jurusan yang anda boleh menceburi kursus-kursus yang anda minati.

Untuk menceburi bidang vaterinar, terdapat beberapa langkah dan perjalanan yang anda perlu tempuhi seperti rajah di bawah.

Anda haruslah mendapatkan skor yang terbaik di dalam SPM ataupun Asasi/STPM/Matrikulasi/Diploma untuk menceburi veterinar course ini.

Untuk memasuk Asasi Pertanian di UPM, anda haruslah mendapatkan sekurang-kurang nya gred B bagi subject Matematik, Biologi, Kimia, Fizik, dan Matematik Tambahan.

Tambahan lagi anda perlu mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ bagi subject Bahasa Inggeris.

Selain itu, untuk memasuki Asasi Sains UML-Mara anda perlu mendapat sekurangnya 5 Kepujian (Gred C) dan satu (1) Lulus Bersyarat (Gred D) dari tiga mata pelajaran.

Subject tersebut adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan mana-mana 3 daripada mata pelajaran Sains Tulen, Matematik Tambahan, Geografi dan Sains Pertanian.

Anda akan ditawarkan program-program tersebut setelah anda berjaya memenuhi syarat-syarat tersebut dan melepasi temuduga yang dijalankan.

Bukan itu sahaja, jurusan Vaterinar ini tidak ditawarkan di mana-mana universiti swasta. Oleh sebab itu, ramai yang mengambil inisiatif untuk menyambung pelajaran di luar negara.

Kesimpulannya, bukan mudah untuk menceburi bidang vaterinar ini. Namun begitu, anda pastu berpuas hati apabila anda telah berjaya menjadi doktor haiwan seperti yang diidam-idamkan.

Sekiranya anda tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara dalam bidang ini, anda boleh cuba untuk menghubungi Zara Zakiah Education Sdn Bhd.

Zara Zakiah Education Sdn Bhd adalah sebuah syarikat bumiputera muslim yang terkenal dalam menguruskan pelajar ke luar negara.

Zara Zakiah Education Sdn Bhd juga sangat komited dan profesional dalam menguruskan proses penghantaran anak-anak Malaysia ke luar negara untuk menyambung pelajaran.

Namun begitu, pihak Zara Zakiah Sdn Bhd tidak menyediakan sebarang biasiswa atau pinjaman untuk pelajar dan hanya bertanggungjawab untuk menguruskan pelajar ke luar negara.

Selain itu, terdapat perkhidmatan-perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Zara Zakiah Sdn Bhd iaitu:

  • Penyediaan dokumen sokongan untuk pengeluaran KWSP atau EPF untuk pengajian anak-anak.
  • Lawatan ibubapa semasa penghantaran pelajar ke negara yang di tuju.
  • Penyediaan dokumen sokongan untuk memohon bantuan kewangan, biasiswa ataupun pinjaman dari mana-mana pihak.

Zara Zakiah Sdn Bhd telah membantu menguruskan lebih dari 600 orang pelajar Malaysia di seluruh dunia untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.

Kenapa Memilih Zara Zakiah?

  • Penyediaan Pelajar yang Komprehensif
  • Membantu dari segi dokumentasi untuk pinjaman pendidikan.
  • Mengiringi pelajar sehingga selesai pendaftaran
  • Menyediakan tempat penginapan bagi pelajar sepanjang 1 tahun pengajian.
  • Mengadakan program orientasi pelajar baru bersama pelajar senior di luar negara.
  • Mempersiapkan pelajar dari segi mental dan fizikal.
  • Mempunyai wakil syarikat di setiap dengara yang dihantar sebagai support system.
  • Mempunyai pengendalian yang sistematik dan professional.
  • Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun.

Sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pelajaran anda di luar negara, anda boleh menghubungi Zara Zakiah sekarang kerana Kemasukan November/Disember 2020 telah dibuka.

Klik Sini Untuk Menghubungi Kami

Ruangan komen telah ditutup.