Adatlah sekiranya manusia itu jatuh sakit, maka dia digalakkan berubat dengan orang yang pakar seperti digariskan oleh Rasulullah s.a.w. Semasa Zaman Keemasan Islam, ramai figura perubatan lelaki hebat seperti Ibnu Sina dan al-Zahrawi memberi sumbangan dalam bidang berkenaan. Tetapi tidak ramai tahu, ada wanita sudah bergelar tabib terkenal pada zaman sama.

Jadi, mengapa nama mereka jarang kedengaran? Kebanyakan sejarawan jarang merekodkan kisah mereka sekaligus menyebabkan kisah dan pencapaian mereka hilang ditelan zaman. Tetapi yang pasti, wanita sudah diketahui terlibat dalam dunia perubatan sejak permulaan Islam lagi.

Wanita sudah mula berkhidmat sebagai tabib dan menguruskan khemah yang berfungsi sebagai hospital ten.te.ra. Selain merawat kecederaan, mereka turut melakukan pembedahan kecil, memo.to.ng anggota tubuh berpenyakit, menghentikan penda.ra.han dan menyapu ubat pada lu.ka yang dialami pesakit.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Salah seorang sahabat wanita yang terkenal dalam hal ini ialah Rufaydah al-Aslamiyah r.a. Beliau menjadi pakar dalam bidang berkenaan selepas mempelajarinya daripada bapanya yang juga seorang doktor terkenal ketika itu, Saad al-Aslami r.a. Selain itu, Rufaydah juga pernah meriwayatkan beberapa hadis di mana ia diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Iman an-Nasa’i dan Imam Abu Daud.

Disebabkan kepakarannya dalam bidang berkenaan, bukan sekali Rufaydah diamanahkan oleh Rasulullah s.a.w untuk menguruskan khemah perubatan. Contoh mudah ialah semasa Pe.ra.ng al-Ahzab atau Khandak. Semasa kempen berlangsung, Rufaydah menguruskan hospital ten.te.ra di beberapa buah khemah dan Masjid Nabawi.

Antara sahabat Nabi s.a.w yang mendapat rawatan di situ ialah pemimpin kaum Ansar, Saad bin Muaz r.a. Rufaydah membantu mengeluarkan anak pa.n.ah yang tertu.s.uk pada lengannya. Saad terus dirawat di situ sehingga tamat kempen Khandak dan pengepungan ke atas Bani Quraizah sebelum wafat pada usia 36 tahun.

Atas sebab itulah, sebahagian peruntukan ghanimah (harta rampasan pe.ra.ng) turut diberi kepada Rufaydah. Menerusi pengagihan ini, ia merupakan satu pengiktirafan bahawa peranannya sebagai doktor ten.te.ra sama penting dengan ten.te.ra yang berjuang di medan hadapan.

Jika tidak terlibat dalam sebarang kempen, Rufaydah berkhidmat sebagai pekerja sosial dan turut melatih wanita-wanita lain di Madinah dalam bidang penjagaan kesihatan. Ramai melihatnya sebagai seorang yang baik, ada empati dan bijak mengatur tugas. Menerusi peranannya sebagai pekerja sosial, beliau memastikan mana-mana individu yang terkesan akibat masalah sosial yang dicetuskan sesebuah penyakit diberi bantuan segera.

Selain Rufaydah r.a, seorang lagi figura penting perubatan dalam era ini ialah al-Syifa’/Ummu Sulaiman atau nama sebenarnya Laila bin Abdullah al-Quraisyi al-Adawiyah r.a. Pada masa di mana buta huruf berleluasa, beliau merupakan antara yang terpelajar dan diiktiraf sebagai guru wanita pertama pada era Rasulullah s.a.w.

Disebabkan kemahirannya berupaya mencegah kecederaan akibat gi.gi.tan semut, baginda mengesyorkan al-Syifa’ untuk mengajar wanita-wanita Madinah cara untuk merawat. Di samping itu, beliau juga merupakan guru kepada isteri Nabi s.a.w merangkap puteri Umar bin al-Khattab r.a, Hafsah r.a. Hafsah bukan sekadar diajar menulis tetapi turut diajar merawat penyakit kulit (berkemungkinan ekzema dengan simptom sama seperti gi.gi.tan semut).

Semasa era Umar r.a sebagai khalifah kedua Khulafa’ Al-Rashidin, al-Syifa’ dilantik sebagai pemeriksa pasar Madinah. Jawatan ini sama dengan jawatan pegawai kesihatan dan keselamatan hari ini. Menerusi perlantikan itu, al-Syifa’ juga mencipta rekod sebagai Muslimah pertama yang menduduki pentadbiran kerajaan secara formal.

Selain mereka berdua, Nasibah binti Kaab r.a turut sama turun sebagai jururawat medan. Beliau bersama ahli keluarganya mengikuti rombongan yang diketuai Mus’ab bin Umair r.a semasa Perjanjian Aqabah Kedua.

Semasa Pe.ra.ng Uhud, beliau bukan sekadar merawat as.k.ar-as.k.ar Islam yang cedera. Malah, Nasibah turut muncul di medan Uhud dan bertarung bak singa betina bagi melindungi Rasulullah s.a.w. Dalam sabdanya, baginda menyatakan beliau bertarung habis-habisan sehingga mengalami kecederaan pada bahagian leher.

Nasibah meneruskan khidmatnya sebagai jururawat medan sehingga kempen pe.ra.ng di Yamamah menentang Musailamah al-Kazzab. Mengikut riwayat, beliau mengalami kecederaan teruk pada bahagian tangan yang memaksa tangannya dipo.to.ng. Selepas tamat kempen, lu.ka itu dirawat oleh Nasibah sendiri semasa mereka pulang ke Madinah.

Semasa era Bani Umayyah, salah seorang jururawat pe.ra.ng yang terkenal ialah cucu Rasulullah s.a.w iaitu Zainab binti Ali r.a. Setiap kali kempen pepe.ra.ngan berlangsung, beliau turun membantu ten.te.ra-ten.te.ra Islam yang cedera. Di Iran, jasanya diiktiraf setiap kali sambutan Hari Jururawat Sedunia diadakan.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Mengikut rekod sejarah, Zainab merupakan sebahagian daripada rombongan abangnya, Husin bin Ali r.a yang bergerak ke Karbala sebelum mereka dise.ra.ng di Karbala pada tahun 680. Apabila beliau dibawa di hadapan khalifah ketika itu, Yazid bin Muawiyah dan puteranya Muawiyah II, Zainab mendedahkan apa yang berlaku dan meminta agar mereka dilepaskan. Murka dengan tindakan ten.te.ra baginda menyerang rombongan cucu Rasulullah s.a.w itu, Yazid mengarahkan semua ahli rombongan Husin r.a yang terselamat dibebaskan dan diberi pampasan untuk harta mereka yang dira.mp.as.

Semasa era Emiriah Bani Umayyah dan taifa-taifa di Andalusia, terdapat beberapa figura wanita terkenal dalam dunia perubatan. Pertama, anak perempuan dan dua cucu perempuan Ibnu Zuhr merupakan pakar obstetrik dengan kedua-dua cucunya juga merupakan doktor peribadi isteri pemerintah ketika itu. Sementara puteri-puteri al-Zahrawi meneruskan legasi beliau sebagai pakar perubatan selepas diajar olehnya.

Di Anatolia sekitar abad ke-15, nama-nama pakar perubatan wanita tidak disebut. Tetapi sesiapa yang meneliti ensiklopedia Cerrahiyyetu’l-Haniyye yang dikarang Serefeddin Sabuncuoglu mendapati ada lukisan menyerupai pakar bedah wanita sedang membuat prosedur obstetrik dan ginekologi. Tidak seperti di Barat di mana pengamal perubatan wanita dipinggirkan, Serefeddin tidak berdepan masalah bekerja dengan mereka.

RUJUKAN:

Husain, Marium dan al-Ghazal, Sharif Kaf. (2021). Muslim Female Physicians and Healthcare Providers in Islamic History. Muslim Heritage. Diambil dari https://muslimheritage.com/muslim-female-physicians/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.