Semua manusia dilahirkan sempurna dari segi fitrah. Tetapi nilai kesempurnaan ini sangat subjektif. Setakat paru-paru lemah sampai boleh kena asma masih lagi sempurna. Malah orang hilang upaya penglihatan yang bergantung selamanya pada tongkat pun masih sempurna. Konsep ini mudah dipakai untuk faham individu yang mengalami masalah kesuburan.

Kena faham awal-awal. Masalah kesuburan tidak melunturkan kejantanan atau kewanitaan seseorang. Kerana tangga kesuburan ini bertingkat-tingkat – ada yang boleh hamil cuma perlu bantuan saintifik seperti teknik tabung uji misalnya.

Teknik ini sangat mahal sebenarnya – dalam lingkungan AS$12,000 hingga AS$14,000 kalau di Amerika Syarikat (Conrad, 2021). Ada rawatan yang mencecah AS$30,000. Kena tengok pada keupayaan pesakit itu sendiri. Mahal macam mana sekalipun, ramai sanggup buat kerana mahu anak.

Pasangan Los Angeles siap terbang ke Albany, New York, kerana klinik sana lebih murah selepas ambil kira kos penerbangan dan penginapan (Leonhardt, 2019).

Proses IVF.

Gambaran ini sudah cukup untuk pembaca bayangkan keterdesakan keluarga. Prosesnya rumit tetapi boleh faham kalau tengok pada asas: 1) ovum dikeluarkan daripada ovari dan kemudian 2) ovum dipasangkan dengan sperma lelaki. Semua dibuat dalam makmal. Apabila dua benih disenyawakan, nutfah kemudian 3) dipindah balik masuk dalam rahim wanita yang 4) lahir macam biasa.

Persoalan sekarang: macam mana kalau ada tangan musibat yang sengaja tukar sperma? Kira tukar sampel air mani terus.

Pekung Akhirnya Terlondeh

Amerika Syarikat sebelum ini sangat ketinggalan dalam bab nasab. Banyak kes pembunuhan tidak selesai kerana identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti. Macam Malaysia senang sikit – ada cap jari dalam simpanan kerajaan (diambil semasa membuat kad pengenalan).

Ingin baca bagaimana Jepun cuba menjajah China dan Korea pada waktu silam? Beli buku terbaru The Patriots Kitab Tamadun Jepun di: http://bit.ly/KitabTamadunJepun

Jadi jumpa mayat, pasangkan saja cap jari mangsa guna rekod simpanan. Amerika Syarikat lain. Cap jari dianggap suci ala-ala “my body, my rights”. Tetapi kempen kesedaran sudah membetulkan perspektif dangkal ini.

Sebab itulah ramai pakat hantar maklumat DNA mereka untuk disimpan pihak ketiga macam Ancestry.com atau 23andMe. Katakanlah ada keluarga hilang anak di Minnesota. Tetapi di Texas, polis jumpa mayat yang sudah reput. Keluarga masih mencari (padahal polis sudah jumpa). Guna saja data untuk dipadankan. Dan individu juga boleh padankan dengan DNA ahli keluarga lain, jika ada, dalam sistem tersebut.

Tanpa disangka, kaedah ini melondehkan pekung seorang doktor jahat yang bernama Donald Cline. Doktor ini sebelum ini mengendalikan rawatan tabung uji. Keluarga bayar mahal supaya boleh hamil. Dan ramai wanita hamil selepas menjalani rawatan Dr. Cline.

Dr. Donald Cline

Walau bagaimanapun pada Ogos 2017, seorang wanita bernama Heather Woock mendapat mesej rantaian daripada ramai orang yang tidak dikenali. Semua mendakwa DNA mereka berpadanan dengan Woock, menurut 23andMe dan Ancestry.com. Kira Woock adalah kakak atau adik mereka. Mula-mula Woock fikir mereka sedang scam. Rupa-rupanya memang betul kerana ibu bapa mereka menjalani rawatan Dr. Cline.

Modus Operandi Donald Cline

Kerja Dr. Cline mudah saja. Air mani adalah kunci utama. Beliau membuang air mani suami. Dan beliau letak air mani sendiri. Jadi semua nutfah adalah anak Dr. Cline, mudah kata. Ada dalam kalangan wanita hamil guna sistem bank sperma. Mereka mahu anak tetapi malas berkahwin atau cari pasangan.

Sekadar petik ikut katalog dan hamil saja. Cuma mereka tidak dapat ciri-ciri mereka petik kerana anak semua muka macam Dr Cline (Zhang, 2019).

Masuk berita habis.

Siasatan mendapati Dr. Cline buat perangai antara tahun 1979 hingga 1986. Memang kena betul dengan tahun kelahiran Heather Woock (dan semua yang menghubungi beliau). Dr. Cline buka klinik pada tahun 1979, sangat kena kalau tengok balik garisan masa pada kertas siasatan.

Apa yang berlaku di sini adalah pecah amanah antara doktor dan pesakit. Para suami pakat terduduk tengok muka anak yang bukan anak benih sendiri. Mereka dikhianati. Yang paling sedih adalah macam mana mereka sedar mereka dikhianati. Ceritanya begini: Amerika Syarikat membudayakan hadiah “pembuktian” pada Hari Krismas, Hari Ibu dan Hari Bapa.

Ingin baca mengenai sejarah Islam di India? Beli buku terbaru The Patriots, Mughal: Mutiara Islam Di India di: http://bit.ly/PraTempahMughal

Anak-anak yang meningkat dewasa akan cetak Laporan Ujian DNA yang dihias kemas. Laporan ini diberi kepada ibu bapa mereka sebagai hadiah. Masalahnya, laporan mendedahkan ibu mereka adalah ibu kandung. Tetapi lelaki disangka bapa bukan bapa kandung. Kerana benih menjadikan mereka ditabur Dr. Cline.

RUJUKAN:

Conrad, M. (2021, September 28). How Much Does IVF Cost? Forbes.

Leonhardt, M. (2019, Ogos 13). Women are traveling far and wide for affordable IVF – here’s why it’s so expensive. CNBC.

Zhang, S. (2019, April). The Fertility Doctor’s Secret. The Atlantic.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply