Dalam apa-apa jenis manfaat, mesti akan ada segelintir penentang yang tidak bersetuju. Program vaksinasi tidak terkecuali. Golongan penentang sebenarnya minoriti sahaja.

Namun jika bersuara dalam jumlah yang banyak, mestilah mereka nampak ramai. Tambah pula ada seorang dua doktor yang menentang usaha vaksinasi. Hari ini ada seorang doktor yang wajar dibawa ke hadapan.

Nama beliau ialah Stephen Karanja, seorang pakar obstretik dan ginekologi (bidang kehamilan) di Kenya. Dan beliau baru sahaja meninggal dunia, selepas didapati positif COVID-19.

Karanja amat menentang usaha vaksinasi. Bukan vaksin COVID-19 sahaja dikecamnya. Sejak 2014 lagi, suara beliau membawa arus anti-vaksin dengan latar belakang profesional mungkin cukup untuk menutup mulut penyokong imunisasi dalam kalangan marhaen.

Karanja pernah menentang program vaksinasi tetanus, dengan tuduhan sangat dangkal. Kononnya kerajaan sedang cuba memandulkan wanita (BBC, 2014).

Tuduhan ini dibuat dengan menggunakan platform beliau sebagai pengerusi dalam Pertubuhan Doktor Kristian Katolik Kenya (KCDA).

Karanja dan KCDA kembali lima tahun kemudian, menentang pengagihan vaksin HPV yang terbukti berjaya mengurangkan risi.ko kan.ser serviks. Karanja menggunakan satu lagi hujah dangkal, kononnya vaksin HPV boleh meningkatkan syah.wat anak gadis (CGTN, 2019).

Jadi semua boleh faham: seorang doktor dalam organisasi keagamaan memang boleh mempengaruhi pemikiran masyarakat. Sekalipun seorang pakar kehamilan, perspektif “doktor tetap doktor” memainkan peranan.

Program Vaksinasi COVID-19

COVID-19 tiba di Nairobi pada 12 Mac 2020. 13 bulan kemudian, Kenya mencatatkan 160,000+ kes dengan jumlah kema.tian melebihi 2,700 orang.

Kerajaan Uhuru Kenyatta menggunakan kaedah sama seperti negara-negara lain: 1) teknik pencegahan dan 2) pakej rangsangan ekonomi.

Namun semua ini tidak cukup, kerana mereka agak ketinggalan dalam giliran vaksin. Pada ketika negara-negara utama seperti Amerika Syarikat dan Israel sudah mengurangkan kadar kebolehjang.kitan (dengan vaksin), Kenya baru bermula… itu pun dengan 100,000 dos didermakan India (Kyobutungi, 2021).

5 masih nekad menentang usaha vaksinasi. Kali ini, beliau terpaksa bergerak sendirian kerana Gereja Katolik sendiri mengiktiraf vaksin COVID-19. Tanpa gereja sekalipun, suara Karanja masih kuat dan bergema.

Pada 3 Mac, Karanja menulis, “ada banyak ubat yang terbukti berkesan dalam merawat COVID-19. Kita tau yang (program) vaksinasi untuk penya.kit ini tidak diperlukan.” Selain musykil terhadap tujuan program vaksinasi, Karanja juga pergi sana sini untuk mencadangkan rawatan alternatif.

Antara rawatan dicadang Karanja ialah penyedutan wap (steam inhalation). Untuk pengetahuan semua, rawatan ini selalu digunakan untuk membuka rongga hidung… tetapi dalam keadaan selsema biasa sekalipun, ia tidak membµnµh kuman (Cafasso, 2019).

Cadangan profesional yang ada pun berhujah bahawa penyedutan wap hanya mencegah jang.kitan kerana mungkin meros.akkan lapisan virus (Mandal, 2020). Malah rawatan ini juga mempunyai risi.ko lec.uran. Tidak berkesan dan merba.haya, “rawatan” ini bukan rawatan pun.

Kemudian Karanja bercakap pasal tablet hydroxychloroquine pula, yang digunakan untuk merawat malaria.

Berdasarkan dapatan saintifik, hydroxychloroquine sebenarnya 1) tidak mengurangkan kadar kema.tian, 2) tidak mengurangkan kadar jang.kitan dan 3) meninggalkan kesan sampingan. Jadi dakwaan Karanja dengan hydroxychloroquine pun tidak tepat.

Akhirnya, penentang vaksin ini tumpas pada peny.akit yang beliau kata boleh dirawat dengan wap dan hydroxycholoroquine (Onyango, 2021).

Kema.tian beliau harus menjadi pengajaran untuk semua, bahawa penentang sains hanya mendedahkan diri sendiri pada gejala penya.kit yang merbah.aya. Dengan erti kata lain, jangan jadi macam Stephen Karanja.

RUJUKAN:

BBC. (2014, Oktober 13). Kenya Catholic Church tetanus vaccine fears ‘unfounded’.

Cafasso, J. (2019, Mac 7). Steam Inhalation: What Are the Benefits? Healthline.

CGTN. (2019, Ogos 21). Kenyan government to roll out free cervical cancer vaccination.

Kyobutungi, C. (2021, April 9). Kenya’s COVID-19 vaccine rollout has got off to a slow start: the gaps, and how to fix them. The Conversation.

Mandal, A. (2020, November 30). Steam inhalation therapy found to inactivate SARS-Cov-2 virions. News Medical.

Onyango, E. (2021, Mei 2). Stephen Karanja: Kenyan anti-vaccine doctor (ditapiskan) from Covid-19. BBC.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.