Doki-Doki Literature Club: Bagaimana Game Seram Psikologi Ini Menjadi Popular?

216

Game ini menjadi popular kerana beberapa perkara;

1. Tajuk ‘doki-doki’ dan kaver-nya memberikan persepsi yang indah dan bunga-bunga. Kita akan jangka ia kisah cinta seorang watak lelaki yang disukai oleh 4 orang perempuan.

2. Impresi dan jangkaan ini sudah ditanam siap-siap dalam minda separa-sedar pemain. Mereka akan jangka indah-indah saja.

Watak perempuan yang kena tolak pun, kita tak rasa apa sangat. Yelah, ini sekadar permainan saja.

3. Tambahan lagi, game jenis macam ini sudah banyak. Jadi, sangkaan (expectation) tentang dua perkara di atas akan lebih tinggi.

4. Masa kita mula bermain, 3 perkara di atas ditanam lebih dalam dengan lebih kuat lagi dalam diri pemain. Suasana indah. Gadis-gadis comel. Pergi sekolah. Tulis puisi untuk memikat.

5. Pemain akan mula terkejut sewaktu salah satu watak perempuan ini bunuh diri di tali gantung di biliknya.

Masa ini, pemain akan mula terganggu psikologinya. Latar belakang yang indah dan cerah, mula menjadi serabut dan ‘mess-up’.

Ditambah pula surat-surat ‘dark’ selepas kematian tersebut.

6. Bahagian seterusnya yang buatkan game ini menarik. Sewaktu mayat gadis itu ditemui di tali gantung, game itu akan mula berinteraksi dengan kita melalui notepad.

Ini yang buatkan kita semakin ‘mess-up’. Haha

Aku tak pasti, sebab aku jarang main game macam ini. Biasanya, game akan berinteraksi dengan avatar dan watak kita.

Tapi game ini berinteraksi secara terus dengan kita melalui notepad. Akan berlaku ‘glitch’ pada game itu. Kau cubalah buat apa-apa pun, kau takkan dapat buat apa yang kau nak.

Kau kena teruskan juga main game itu dengan perasaan ‘creepy’ dan ‘mess-up’.

Macam Jumanji-lah. Kau kena habiskan dengan pelbagai malapetaka yang bakal menimpa kau.

7. Watak antagonis dalam game itu akan berinteraksi secara terus dengan kau. Dengan kau, bukan dengan watak utama yang kau mainkan.

Dia berinteraksi dengan cara yang buatkan kau akan jadi semakin ‘mess-up’, ‘seram’, ‘creepy’.

Benda ini jadi sebab awal-awal game kau dah tanam siap-siap yang game ini game kehidupan percintaan biasa-biasa. Bila jangkaan itu berubah, kau jadi terganggu.

8. Aku tak main game ini. Aku tengok video orang main saja. Itu pun keesokannya, bayang-bayang betapa ‘kacau-nya’ game ini ganggu aku.

Aku disarankan untuk main atau tengok game ini. Jadi, aku memang tak jangka indah-indah-lah bila kawan aku sebut ‘mess-up’ dan ‘menyeramkan’. Itupun aku rasa terganggu. Hahah!

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.