Doggerland adalah tanah yang telah ditenggelam di kawasan North Sea, menghubungkan kepulauan Britain ke tanah besar Eropah. Tanah ini tenggelam akibat kenaikan paras laut sekitar 6500 – 6200 SM. Kajian geologi menunjukkan Doggerland sememangnya menghubungkan pantai timur Britain ke Belanda, pantai barat Jerman dan Semenanjung Jutland.

Garisan merah menunjukkan wujudnya pulau bernama Dogger Bank pada Zaman Ais

Tanah tersebut dinamakan sebagai Doggerland pada tahun 1900-an, mengambil nama Dogger Bank, beting pasir di North Sea. Nama Dogger pula adalah nama bot pemancing Belanda yang biasa belayar pada abad ke-17 Masihi. Doggerland berkemungkinan dulu adalah kawasan yang kaya dengan penempatan manusia pada fasa Mesolitik.

Ketika pertengahan fasa Pleistocene (sekitar 2.5 juta tahun hingga 11,700 tahun lalu), kepulauan Britain adalah sebahagian dari Eropah yang digelar sebagai ‘Semenanjung Eropah’. Tiba musim pencairan glasier Anglian pada 450,000 tahun lalu, ia membentuk tasik glasier di ketiga-tiga kawasan Sungai Rhine, Scheldt, dan Thames.

Limpahan berterusan dari ketiga-tiga tasik glasier itu membentuk sebuah aliran baru menghubungkan Sungai Thames (Britain) dengan Sungai Rhine dan Scheldt (Eropah), iaitu Sungai Channel. Sungai inilah yang berpotensi memisahkan Britain dari Eropah Ketika berlaku peristiwa kenaikan paras laut, walaupun sesetengah saintis berpendapat musim glasier seterusnya sekitar 340,000 – 240,000 tahun menyebabkan Britain terpisah.

Semasa berlaku pembentukan glasier iaitu Last Glacial Maximum, sekitar 18,000 tahun dahulu, North Sea dan kepualauan British diliputi oleh ais glasier dan paras air laut Ketika itu turun sebanyak 120 meter. Pada 12,000 SM kemudian, cuaca semakin panas dan North Sea dan Sungai Channel semakin melebar, namun tanah Britain masih berhubung dengan Eropah. 10,000 SM kemudian, Doggerland terbentuk dengan tanah mempunyai lagun, paya bakau masin, tanah berlumpur, pantai, sungai, dan tasik.

Peta teori menunjukkan kehadiran Doggerland yang pernah menyatukan kepulauan Britain dan Eropah.

Tanah yang subur di pertengahan antara Britain dan Eropah ini menjadi kawasan pemburuan dan memancing yang efektif bagi manusia yang wujud pada fasa Mesolitik. Pada Zaman Ais, Eropah mengalami pencairan ais glasier terakhir, menjadikan paras air laut meningkat dan Doggerland yang kaya dengan sumber pemburuan telah tenggelam, manakala Britain terpisah terus dari Eropah pada 6500 SM. Tinggal pulau bernama Dogger Bank, saki baki Doggerland yang timbul sehingga ia tenggelam pada 5000 SM.

Terdapat teori baharu tentang tenggelamnya Doggerland iaitu Doggerland tenggelam disebabkan berlakunya sebuah megatsunami atau tsunami gergasi pada 6200 SM. Megatsunami berlaku di Britain disebabkan oleh aktiviti kelongsoran tanah Norway bernama Storegga Slide. Kelongsoran ini menyebabkan gegaran berlaku di lautan, menyebabkan tsunami gergasi berlaku menenggelamkan tanah yang pernah diduduki oleh manusia Mesolitik. Megatsunami ini juga penyebab kepada pemisahan Britain dari Eropah.

Pengetahuan tentang Doggerland sebenarnya tidak diketahui oleh para saintis sehinggalah pada akhir abad ke-19 Masihi, H. G. Wells, penulis Eropah yang prolifik menulis tentang kewujudan Doggerland dalam kisahnya ‘A Story of the Stone Age’ pada 1897. Tahun 1913, ahli paleobiologi (pengkaji flora dan fauna kuno) bernama Clement Reid mengkaji fosil tumbuhan, haiwan, dan batu api yang diambil dari Dogger Bank yang tenggelam. Kajian tersebut menunjukkan bahawa kesemua sampel ini wujud pada fasa Neolitik.

Peta yang dihasilkan oleh pengkaji University of Birmingham dalam Projek North Sea Palaeolandscapes.

Tahun 1990-an, ahli arkeologi bernama Bryony Coles yang bertanggungjawab menamakan ‘Doggerland’ mereka sebuah peta Doggerland. Peta tersebut direka mengikut analisis seismic yang diperoleh dari eksplorasi cari gali minyak di North Sea. Sekitar tahun 2003 dan 2007, University of Birmingham melaksanakan North Sea Palaeolandscapes Project, yang diketuai oleh pengkaji Vince Gaffney dan Ken Thomson, bertujuan untuk memetakan 23,000 kilometer persegi kawasan North Sea bagi membentuk peta Doggerland yang lebih jelas. Gambar (3) menunjukkan peta Doggerland yang direka oleh pihak university tersebut.

Bagaimana dengan kehadiran manusia Mesolitik yang menetap di Doggerland? Adakah benar mereka menetap di situ? Terdapat cebisan tengkorak manusia Neanderthal bertarikh 40,000 tahun dulu ditemui di pantai Zeeland, Belanda. Ia menunjukkan kebarangkalian terdapat pemancing ikan pernah menetap di luar Belanda sehingga North Sea, lebih tepat Doggerland. Sehingga kini, para saintis Eropah masih berusaha memetakan Doggerland serta mencari sebarang penemuan artifak serta tulang temulang manusia Mesolitik yang mampu mengukuhkan sejarah penempatan manusia di Doggerland.

Mungkinkah Doggerland adalah salah satu versi benua Atlantis yang tenggelam?

RUJUKAN:

Coles, B. J. (1998). “Doggerland: a Speculative Survey”. Proceedings of the Prehistoric Society. 64: 45–81

Gaffney, Vincent; Fitch, Simon; Smith, David (2009). Europe’s Lost World: The Rediscovery of Doggerland. Council for British Archaeology.

Spinney, Laura (December 2012). Robert Clark (photog.); Alexander Maleev (illus.). “The Lost World of Doggerland”. National Geographic. 222 (6): 132–143. Retrieved 03 May 2020.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.