Moving Forward As One

Disebalik Simbol Mata Horus

2,658

PayLater by Grab

Mata Horus, atau turut disebut sebagai Wadjet, merupakan salah satu simbol yang sinonim dengan tamadun Mesir Purba. Menurut kepercayaan mereka, simbol ini kononnya berupaya memberi perlindungan, kesembuhan, dan usia yang berpanjangan. Dek kerana itu, ia dijadikan sebagai tangkal dan agak mengejutkan, amalan ini masih dihidupkan hingga ke hari ini dalam sebilangan masyarakat Mediterranean.

Asal-usul simbol Wadjet bermula daripada mitos Seth dan Osiris. Dalam legenda Mesir Purba, Osiris dilihat sebagai raja Mesir. Takhtanya bagaimanapun diincari oleh adiknya sendiri, Seth. Hasil permainan helah, Seth berhasil membu.nuh abangnya lalu meram.pas takhta.

Namun, isteri Osiris yang bernama Isis berupaya menghidupkan semula suaminya dengan mantera tertentu. Persemendaan antara keduanya lantas melahirkan Horus, sambil Osiris pula menjadi penguasa Alam Kema.tian.

Saat Horus tumbuh dewasa, beliau menanam tekad untuk melunaskan kesumat terhadap Seth yang bertanggungjawab di atas kema.tian bapanya. Perta.rungan demi perta.rungan menyusul, dengan kemenangan berpihak kepada Horus.

Kemenangan ini bagaimanapun mengor.bankan sebelah matanya. Menurut satu versi legenda, ia dicungkil oleh Seth yang membelahnya menjadi enam bahagian sebelum ia dilempar. Versi lain pula menceritakan yang Horus sendiri mencungkil matanya sebagai simbolik kor.ban untuk mengembalikan bapanya dari alam kema.tian.

Sebelah mata Horus yang hilang ini kemudiannya dikembalikan oleh salah satu dari dua dewa utama Mesir; iaitu Hathor si isteri Horus atau Thoth si dewa kebijaksanaan. Babak penyembuhan ini boleh dikatakan saling tidak tumpah seperti kisah Ganesha mendapat kepala gajah dalam legenda Hindu.

Disebabkan wujud elemen kesaktian dalam kesembuhan mata Horus, masyarakat Mesir Purba memuja simbol Wadjet sebagai azimat penyembuh. Ia dijadikan sebagai tangkal yang diperbuat daripada pelbagai jenis bahan, termasuklah emas, lapis lazuli, dan batu karnelia – untuk dipakai oleh mereka yang hidup dan yang telah menin.ggal dunia.

Simbol tersebut juga signifikan kerana ia diterapkan dengan nilai matematika. Seperti yang disebutkan di atas, simbol Wadjet mempunyai enam bahagian. Setiap bahagian diberikan bilangan pecahan seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah. Secara kelompok, bilangan-bilangan pecahan ini dikenali sebagai pecahan Haqet. Ia digunakan sebagai unit ukuran untuk pelbagai barangan, seperti bijirin dan gandum.

Keenam-enam bahagian pada simbol Wadjet juga dikaitkan dengan enam deria; bahagian hujung kanan mata dikaitkan deria bau, bahagian hujung kiri mata dikaitkan dengan deria pendengaran, anak mata dikaitkan dengan deria penglihatan, ekor berpintal dikaitkan dengan deria rasa, alur mata dikaitkan dengan deria sentuhan, dan akhir sekali kening dikaitkan dengan deria keenam.

Sebilangan penyelidik bahkan mengaitkan simbol Mata Horus ini dengan anatomi otak manusia, sekali gus mengandaikan kebijaksanaan masyarakat Mesir Purba yang di luar jangkaan kita.

Simbol ini masih hidup sehingga ke hari ini. Di negara-negara Mediterranean, golongan nelayan kebiasaannya akan meletakkan simbol ini pada bot dan perahu masing-masing, kononnya sebagai perlindungan. Begitu juga dengan barangan kemas seperti cincin, subang, dan kerongsang.

Rumusnya, Mata Horus atau Wadjet sinonim dengan elemen kesembuhan, keilmuan, kekuasaan, dan khayalan. Sesetengah tempat mengenali simbol ini dengan nama Mata Luzzu (Eye of Luzzu).

TERJEMAHAN
Wu Mingren. (18 November 2018). Eye of Horus: The True Meaning of an Ancient, Powerful Symbol. Ancient Origins.

Ruangan komen telah ditutup.