Beberapa hari lepas, kita menyaksikan Napolis mengatasi Liverpool. Kemenangan ini bukan hanya kerana kerana kekuatan pertahanan dan kelajuan serang balas mereka semata-mata, tetapi ada sejarah disebaliknya.

Napoli ini jika di Itali, ia seolah pasukan kerdil yang komuniti liga Serie A tak berapa percaya kemampuannya. Napoli bahkan sering juga dipandang sebagai picisan oleh pasukan-pasukan elit dari Utara Itali.

Tetapi puncanya bukan kerana bolasepak semata-mata. Bandar Naples sendiri dan penduduknya, iaitu ‘Neapolitan’ adalah mangsa marginalisasi terancang di Itali sejak lama dahulu. Mereka telah sekian lama dijadikan bahan lelucon dan jenaka rasis kerana identiti bandar itu sendiri.

Ia bandar yang prinsip asalnya mengumpulkan ramai imigran-imigran asing yang menetap di Naples menjadi warganya. Mereka adalah waris pelaut dan awak-awak kapal yang berlabuh di pelabuhannya iaitu “Porto Di Napoli”. Sekalipun bandar Naples ini penting dan bersejarah, ia pernah wujud sebagai bandar yang tinggi kadar jenayahnya dan kotor pula persekitarannya, membentuk sebahagian dari identiti unik Naples ini sendiri.

Namun pelabuhan Napoli inilah yang seawal abad ke-13 telah menerima kedatangan orang Yahudi yang dihalau dari Katolik Sepanyol. Ia juga menjadi antara bandar terawal melindungi pelarian Muslim dari Syria dan kini satu bandar bersoladiriti menyokong keberadaan pelarian Syria paling ramai di Itali. Datuk Bandar Naples malah melarang kapal selam Amerika yang terlibat dalam serangan di Syria dari berlabuh di pelabuhan mereka.

Naples hingga hari ini meraikan kepelbagaian bangsa dan agama di sebalik majoriti negaranya yang lemas dalam warisan fasisme pasca Perang Dunia Kedua.

Jadi, sama seperti aiskrim perisa “Neapolitan” (ya, dinamakan sempena kepelbagaian identiti bandar Naples), ia dihuni oleh penduduk dari pelbagai warna dan identiti yang menemukan sinar penyatuan dalam bolasepak, iaitu pasukan Napoli.

Kelab Napoli bahkan memberi banyak sebab mengapa mereka dipilih oleh pemain-pemain seperti Maradona yang digelar “Tuhan Bandar Naples, menarik minat Amadou Diawara atau sehingga hari ini, pemain pertahanan Muslim mereka, dikatakan kedua terbaik selepas Van Dijk iaitu Kalidou Koulibaly.

Setiap pemain asing dari luar Itali yang bermain dengan Napoli ini ada kisah serupa. Sekalipun digelar dengan pelbagai gelaran yang buruk berbaur perkauman yang teruk, kesan tabiat fasis rakyat Itali yang diwariskan oleh Mussolini, mereka tetap datang ke Naples, begitu bersemangat bermain untuk Napoli kerana mahu membuktikan sesuatu.

Napoli sudah masak menjadi pasukan “outcast”. Mereka jemu menjadi mangsa buli perkauman dan agama. Bosan dijadikan mangsa peminggiran dan pandangan enteng pasukan-pasukan besar dari Utara Itali. Jelek diketepikan dalam pembangunan sosiobudaya dan ekonomi Itali. Mereka bahkan tidak mahu menjadi Itali, sebaliknya mahu terus kekal menjadi Napoli dengan identiti dan watak sendiri.

Jika diteliti, kisah Napoli dan bandar Naples, baik identiti warga dan pelabuhannya sama seperti kisah rakyat Liverpool yang tidak mahu mengaku Inggeris sebaliknya kekal sebagai Scouser, menghimpunkan penduduknya di bawah panji-panji satu pasukan (atau dua) bolasepak.

Seperti Liverpool, Napoli memang kuat semangatnya mahu membuktikan mereka mampu sekalipun dipandang sebelah mata. Juventus sekalipun pernah tersungkur menyembah mereka.

Akhirnya, San Paolo turut menjadi saksi bahawa mereka juga mampu menundukkan Juara Eropah, pasukan rakyat dari tanah Inggeris, Liverpool.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.