Kemenangan Korea ke atas Jerman itu mengejutkan satu dunia. Kenapa Korea boleh menang, dan lebih penting, kenapa Korea MAHU menang?

Korea kalau menang pun kebarangkalian untuk mara ke pusingan yang seterusnya adalah tipis. Kalau dibandingkan, match tersebut lebih penting buat Jerman. Tapi Jerman tidak pula bersemangat seperti Korea.

Ye walaupun Jerman lebih power dari Korea dari segi bola dan dari segi teknologi, tapi ada satu benda yang lack dekat Jerman iaitu “fighting spirit”. Orang Jerman ni walaupun berdisiplin dan cekap tapi diorang cepat pancit, kalah dengan Rusia ketika WW2 pun kerana semangat dan morale jadi down.

Bab “fighting spirit” ni kalau orang Korea mengaku no. 2, tiada orang berani jadi no. 1. Korang tak nampak ke orang Korea ni siang malam duk sebut “hwaiting” (fighting)? Orang Korea ni basically menganggap hidup sebagai satu medan peperangan. Dari mana datang semangat itu?

Kalau korang boleh baca Korea, cuba baca tajuk berita akhbar Korea ni: ‘필사즉생 필생즉사’ 실천한 김영권의 투혼 (‘pilsa jeuksaeng pilsaeng jeuksa’ silcheonhan Kim Young Gwon-ui tuhon). Maksudnya: ” ‘pilsa jeuksaeng, pilsaeng jeuksa’ semangat perjuangan Kim Young Gwon”. Kim Youn Gwon ni yang menjaringkan gol pertama Korea pada minit ke-92.

‘Pilsa jeuksaeng, pilsaeng jeuksa’ (필사즉생 필생즉사) merupakan motto terkenal Admiral Yi Sun-shin (1545-1598), tokoh perang tersohor dalam sejarah Korea. Maksudnya ‘if you fight like you’re going to live, you will die; if you fight like you’re going to die, you will live’.

Yang lagi menarik, media Korea juga mencipta satu istilah khas bagi kemenangan Korea kali ini: 카잔대첩 (Kazan Daecheop). ‘Daecheop’ ni selalu digunakan untuk merujuk kepada kemenangan Korea dalam peperangan.

Dalam sejarah perang Korea, bangsa Korea tak banyak capai kemenangan, dan kebanyakan ‘daecheop’ ni dicapai oleh Admiral Yi terhadap Jepun: Hansando Daecheop (1592), Myeongnyang Daecheop (1597) dan Noryang Daecheop (1598). Di Myeongnyang, Admiral Yi berjaya menghancurkan armada Jepun (yang mempunyai 130 kapal perang) dengan hanya 13 kapal. Sebab Admiral Yi berjuang seolah-olah beliau “going to die”, maka keajaiban berlaku.

Rupa-rupanya Kim Young Gwon pun menjadikan motto Admiral Yi ni sebagai prinsip hidup. Sebab itu walaupun perlawanan hampir tamat, beliau masih bersemangat tinggi untuk menjaringkan gol bagi Korea demi mengharumkan nama negaranya.

Bagaimana semangat Admiral Yi ini dapat disuntikkan kepada orang muda macam Kim Young Gwon? Ye lah korang tak pelik ke kalau pemain bola sepak Malaysia tiba-tiba sebut Hang Tuah dan Tun Perak sebagai inspirasi diorang, tak rasa awkward gitu walaupun ia sesuatu yang terpuji?

Sebab kerajaan Korea dari dulu lagi ada inisiatif untuk promote tokoh sejarah seperti Admiral Yi. Waktu korang pergi Seoul mesti pernah nampak kan ada patung panglima besar depan Gwanghwamun? Itulah tugu Admiral Yi.

Sebelum ada tugu Sejong the Great yang didirikan pada tahun 2009, tugu Admiral Yi tu satu-satunya tugu yang ada di tengah-tengah bandar Seoul. Tujuan Presiden Park Chung-hee mendirikan tugu itu pada tahun 1968 adalah untuk mengingati orang Korea tentang semangat perjuangan Admiral Yi.

So everytime orang Korea rasa penat bekerja atau rasa hidup tak ada halatuju, semangat mereka akan datang balik kalau terlihat tugu Admiral Yi (macam babak dalam You’re The Best Lee Shoon-Shin). Dan prinsip ‘pilsa jeuksaeng’ juga diulang-ulang dalam drama, filem, novel tentang ketokohan Admiral Yi sehingga diketahui ramai.

Itulah contoh bagaimana sejarah memainkan fungsi dalam membina jati diri dan keperibadian yang positif. Kerana ada semangat ‘pilsa jeuksaeng’ ini, orang Korea mampu mencipta ‘Miracle of the Han River’, membina negara mereka dari negara miskin jadi negara termaju, dan dari negara ‘underdog’ dalam dunia bola sepak jadi ‘giant-slayer’.

So cukup-cukuplah persendakan orang Korea “budak K-Pop”. Mereka menghidupkan Admiral Yi dalam diri mereka dan mencipta keajaiban. Kita? Sibuk berpolemik pasal Hang Tuah tak wujud dan Hang Tuah loyalis buta, dan akhirnya hanya Uchux Raver tinggal sebagai teladan para belia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.