Moving Forward As One

Dipenjarakan 24 Bulan Kerana Cuba Rasuah Ayam Goreng

563

Kalau cakap pasal ayam goreng, dua benda saja muncul dalam minda. KFC atau Ayam Seringgit. Kedua-duanya ada darjat dalam masyarakat. Cuma KFC bertapak jauh lagi lama. Itu saja bezanya.

Anak muda zaman sekarang tidak tahu darjat seketul ayam KFC zaman dulu. Serupa sebiji durian pun ada. Segalanya boleh berputik di restoran KFC. Haruman ayam goreng boleh merangsangkan minda untuk jawab soalan tugasan universiti.

Di restoran KFC, sebuah organisasi boleh diasaskan.

Dan di restoran KFC juga, sekuntum cinta boleh mekar. Kalau tengok zaman dulu, bangau-bangau bercinta sambil kongsi ayam sama tanpa peduli pasal virus sentuhan apatah lagi dosa.

Betapa hebatnya darjat ayam goreng. Tetapi itu kalau di Malaysia. Di luar negara, ayam ada darjat tidak kurang hebat. Amerika Syarikat makan 222,000 ekor ayam sehari. Kira hebatlah. Romania pula ada cara tersendiri, mungkin jauh lagi hebat.

Memperkenalkan Politik Romania

Mungkin ada yang hairan – apa kena mengena ayam dengan politik? Baca dulu.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Romania adalah sebuah negara yang merdeka daripada cεηgkαmαn komunisme. Politik republik hari ini menggunakan sistem berpresiden yang mempunyai seorang perdana menteri.

Namun Romania turut menggunakan sebuah sistem legislatif yang dianggotai wakil-wakil rakyat.

Salah seorang wakil rakyat ini adalah Florin Popescu yang memulakan karier politik sebagai ketua majlis di Daerah Dambovita.

Popescu kemudian bertanding dan menang dalam pilihan raya. Beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen. Dan pada tahun 2012, beliau perlu mempertahan kedudukannya dalam bidangkuasa legislatif.

Bagi Makan Pun Salah

Demam pilihan raya kadangkala perlu ubat. Dan biasanya, ubat demam adalah duit. Banyak negara menggunakan kaedah ini. Dekat-dekat pilihan raya, tiba-tiba bantuan wang meningkat. Ada yang naik berganda siap.

Tengok-tengok kalah juga. Kalah teruk pula. Tetapi di Romania, wang tidak menjadi pertaruhan. Florin Popescu memulakan kempennya dengan mengagih ayam goreng.

Ayam goreng yang dihulurkan bukan sedikit. Kalau fikir balik, sedekah 100 kilogram ayam goreng kira logiklah. Andai kata berat seekor dalam dua kilogram, bolehlah dapat sekitar 600 ketul. Tetapi Popescu berjiwa besar (gurau).

Beliau tidak mahu rakyatnya lapar. Jadi beliau mengeluarkan belanja hampir AS$120,000 untuk membeli ayam punyalah banyak. Popescu mungkin borong sampai 60,000 kilogram…. semuanya digoreng dan diagih dengan menggunakan beberapa van.

Patutnya beliau cadang saja idea-idea baru untuk merangsangkan minat pengundi. Ini tidak. Bagi ayam, dapat bala. Popecu kemudian berdepan dengan tuduhan mahkamah, kerana cuba membeli undi dengan cara rαsµαh halal.

Tidak pasti ada orang gelak atau tidak semasa tuduhannya dibaca dalam mahkamah.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Mahkamah Bucharest akhirnya menjatuhi hµkµmαn penjαrα selama 24 bulan (Matthews, 2016). Itu kiranya sekali bangang. Popescu malangnya dibangangkan dua kali. Sudah tahu takkan boleh menang dalam mahkamah, beliau pergi memfailkan rayuan pula. Namun perbuatannya menunjukkan perangai politik di Romania. Memang perkara biasa rupanya. Ahli politik selalu sedekah minyak dan tepung di kawasan pinggir bandar (Associated Press, 2016).

Kalau biasa, kenapa Popescu kena? Entah. Caranya salah barangkali. Apabila ditanya, Popescu berkata, “walaupun bunga ros itu harum, rasanya pahit. Itulah politik.”  

RUJUKAN:

Associated Press. (2016, Mac 17). Romania: court affirms (ditapiskan) term for chicken (ditapiskan).

Matthews, A. (2016, Mac 18). Romanian member of parliament nicknamed ‘the Chicken Baron’ is facing (ditapiskan) after he tried to (ditapiskan) voters with 60 tonnes of fried food. Daily Mail.

Ruangan komen telah ditutup.