Ahli falsafah secara lazimnya dikenali sebagai golongan yang dihormati pelbagai masyarakat. Hal ini kerana mereka mempunyai hikmah dan sentiasa dirujuk oleh manusia yang mahukan panduan. Pada masa yang sama, kita juga ada Diogenes, ahli falsafah yang menggunakan troll sebagai alat untuk mengajar hikmah.

Diogenes berasal dari Sinope (utara Turki sekarang) dan merupakan anak tukang tempa syiling. Selepas bergaduh tentang menempa syiling dengan kadar logam berharga yang sedikit (debasement of currency), Diogenes telah dihalau keluar daripada Sinope dan berhijrah ke Athens.

Di Athens, Diogenes telah berguru dengan seorang ahli falsafah bernama Anthisthenes. Pada mulanya, Anthisthenes menolak cadangan Diogenes. Perkara ini tak mematahkan niat Diogenes sehingga beliau telah dipukul beberapa kali oleh Anthisthenes. Barulah selepas itu, Diogenes menjadi anak muridnya, dan tak lama selepas itu menjadi ahli falsafah Sinik terkenal melebihi pengasasnya, Anthisthenes.

Sebelum kita menerjah ke dalam kisah eksentrik Diogenes, kita kena faham dulu kenapa beliau berperangai sebegitu. Diogenes adalah antara pengasas teori falsafah bernama ‘sinikalisme’ atau dalam bahasa Inggerisnya, ‘cynicalism’. Falsafah yang menggunapakai sinis dan sindiran sebagai medium hikmah. Pengamal Sinik ni lebih kurang dengan pengamal Stoik.

Untuk memperoleh kehidupan yang bagus, kedua duanya menolak objek, harta dan kuasa. Perkara ini dapat dicapai oleh orang Stoik dengan mengambil sikap kurang hiraukan objek material manakala orang Sinik pula ‘memb0gelkan’ diri mereka daripada perihal keduniaan dan hidup dengan apa yang mereka rasa ‘semula jadi’.

Sebagai contoh, Diogenes hidup dalam bekas ar4k. Hartanya hanyalah pakaian, sebuah mangkuk dan juga bawang sebagai menunya setiap hari. Itupun mangkuk tersebut dihancurkannya setelah beliau melihat seorang kanak kanak minum air dengan tangan sendiri. Juga, Diogenes dikatakan membawa tanglung pada hari cerah dan apabila ditanya, Diogenes menjawab “Aku mahu mencari orang yang jujur, tapi setakat ini apa yang jumpa hanyalah penipu dan hipokrit.”

Diogenes juga pernah memakan, kencing dan berak di kawasan awam. Menurutnya, apa yang normal dibuat secara peribadi, adalah normal untuk dibuat di kawasan awam. Memakan di kawasan awam dianggap sebagai tak senonoh, tapi Diogenes menjawab ia adalah senonoh untuk makan ketika lapar.

Selepas golongan elit Athens menghinanya dengan mencampak tulang dan memanggil Diogenes sebagai anjing, beliau mengangkat sebelah kakinya dan mengencingi mereka. Apabila ditanya apakah minuman tersedap di dunia, Diogenes menjawab ia adalah ar4k, milik orang lain. Serupa macam orang kita yang cakap makanan tersedap ialah makanan yang dirembat daripada kawan.

Diogenes juga pernah troll Plato, antara ahli falsafah terpenting di Eropah. Plato mengatakan bahawa manusia itu hanyalah ‘biped (hidupan berkaki dua) tak berbulu’. Oleh itu, Diogenes menangkap seekor ayam, mencabut segala jenis bulu pelepah yang ada pada ayam tersebut dan dipersembahkan kepada Plato, “Saksikanlah, ini manusia!

Sejak daripada itu, pihak Akademi (tempat Plato mengajar) menambah baik frasa ‘biped tak berbulu’ kepada ‘biped tak berbulu berkuku rata’. Dalam kisah lain, Diogenes diceritakan telah memasuki rumah Plato dengan berkaki penuh lumpur dan memijak bantal Plato.

Masyarakat awam juga tak terlepas daripada kena troll dengan Diogenes. Dalam sebuah penulisan, Diogenes pernah melepak di sekitar rumah pelacuran dan mengganggu pelanggan yang kemari dengan berkata, “Pela4ur yang cantik itu ibarat madu yang diracun!” Pelanggan yang mahunya senyap dan yang insaf menyedekahkan duit kepadanya.

Setelah duit tersebut mencukupi, Diogenes pun masuk berhibur dalam rumah pel4curan. Dalam anekdot lain, Diogenes ternampak seorang anak pel4cur membaling batu ke kelompok awam. Beliau kemudiannya berkata, “Hati hati, nanti batu itu terkena kepala bapak kamu.”

Setelah sekian lama, Diogenes telah ditangkap oleh l4nun untuk dijual sebagai h4mba. Semasa dijual di pasar, h4mba-h4mba ini perlu menyebut kemahiran yang ada pada mereka. Diogenes pun berkata kemahirannya adalah mengajar nilai murni kepada manusia.

Salah seorang pembida yang berpakaian segak di situ telah menarik perhatian Diogenes dan beliau menyebut, “Jual aku kepadanya, dia perlukan seorang tuan!”. Pembida tersebut, Xeniades, menghargai jenaka Diogenes dan membawanya pulang ke Corinth sebagai guru kepada anaknya.

Di Corinth lah berlakunya pertembungan di antara Alexander dan Diogenes. Dalam sebuah anekdot, dikatakan Alexander The Great telah melawat Diogenes. Alexander yang mengenali Diogenes sebagai seorang ahli falsafah terkenal pun menyoalnya apa yang beliau mahukan. Diogenes yang tengah bersantai di bawah cahaya matahari itu pun menjawab, “Ya, kau ketepi sedikit. Aku tengah berjemur.”

Setelah mendapat jawapan sambil lewa oleh Diogenes, Alexander berkata, “Kalaulah beta ini bukan Alexander, pasti beta mahu menjadi seperti Diogenes.” Diogenes pun menjawab kembali, “Ya, kalaulah aku ni bukan Diogenes, aku pasti mahu menjadi seperti Diogenes.” Dalam cerita lain, Alexander terlihat Diogenes merungkai sampah sampah yang mempunyai tulang manusia. Apabila ditanya, Diogenes menjawab beliau tengah mencari tulang bapa Alexander tapi beliau tak mampu nak bezakan tulang tersebut dengan tulang tulang hamba lain.

Sekalipun Diogenes kuat troll masyarakat sekelilingnya, beliau tetap disayangi oleh mereka semua, termasuk di Athens dan Corinth. Walaupun tak diketahui kesahihannya, Diogenes dikatakan m4ti sama ada kerana ker4cunan makanan, digigit anjing gila ataupun kerana menahan nafas sampai m4ti.

Diogenes ada sebut sekiranya beliau m4ti, beliau mahu dirinya dicampak ke luar bandar dan biar dim4kan anjing. Apabila ditanya tak mengapakah jasadnya dibuat sebegitu, Diogenes menjawab beliau tak kisah asalkan ada k4yu untuk beliau pukul anjing tersebut. Orang awam pun jadi aneh. Macam mana m4yat yang tiada kesedaran boleh kawal badan untuk pukul anjing? Diogenes menjawab kembali, “Kalau kalian dah tahu aku tiada kesedaran selepas m4ti, dah tu buat apa aku nak kisah apa yang jadi pada badan aku selepas m4ti?”

Pendekatan Diogenes, walaupun agak kasar dan membangangkan, sebenarnya membuatkan ramai orang yang melihatnya terfikir sejenak. Dalam kes Alexander, Diogenes mengajar kita bahawa semua orang itu sama sahaja selepas m4ti. Diogenes juga mengajar kelompok terpelajar (merujuk kepada ahli falsafah) lebih suka berteori berbanding lakukannya secara praktikal. Hal ini menjelaskan sikap aneh Diogenes. Nilai paling penting yang boleh kita pelajari tentang Diogenes ialah, hiduplah dengan sederhana, jangan terlalu serious dan berjenakalah selalu.

RUJUKAN:

Diogenes Laërtius, vi. 6, 18, 21; Dio Chrysostom, Orations, viii. 1–4; Aelian, x. 16; Stobaeus, Florilegium, 13.19

Diogenes of Sinope “The Basics of Philosophy”. Archived from the original on 2012-05-05. Retrieved 2012-04-06. Retrieved November 13, 2011.

Laërtius & Hicks 1925, Ⅵ:32; Plutarch, Alexander, 14, On Exile, 15.

Laërtius & Hicks 1925, Ⅵ:37; Seneca, Epistles, 90.14.; Jerome, Adversus Jovinianum, 2.14.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.