Dinasti Qin: Pembina Terracota Dan Maharaja Pertama China

471

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Dinasti Qin merupakan dinasti diraja pertama dalam sejarah China. Ia juga merupakan dinasti yang paling singkat memerintah, berlangsung hanya selama 15 tahun iaitu tahun 221-206SM. Apapun, signifikasi dinasti sama sekali tidak dapat dinafikan, terutama apabila pemerintah legendanya menggerakkan penyatuan China ke bawah satu pemerintahan, merintis foundasi Tembok Besar China dan mengarahkan pembinaan Tent3ra Terracotta

RAJA QIN

Pengasas dinasti ini adalah Qin Shi Huang, raja Qin, salah sebah negara yang wujud pada zaman Negara-Negara Berp3rang. Pada tempoh masa tersebut, China terbahagi kepada beberapa buah negara berkuasa dan negara Qin, di bawah kepimpinan Qin Shi Huang, berjaya men4kluki kesemua negara lain sekaligus membawa kepada penubuhan Dinasti Qin. Walaupun Qin Shi Huang pernah menyatakan hasratnya agar dinastinya itu memerintah China selama 10 000 generasi (secara simbolik bermaksud selama-lamanya), Dinasti Qin hanya dapat bertahan tidak sampai dua dekad. Apapun, impak dinasti ini cukup besar sampaikan ia dapat dirasakan sehingga ke hari ini.

Qin Shi Huang, Maharaja Pertama China

PENYATUAN CHINA OLEH QIN

Zaman yang mendahului zaman pemerintahan Dinasti Qin dikenali sebagai zaman Negara-Negara Berp3rang. Zaman ini hadir sebagai susulan tumbangnya Dinasti Zhou. Lantaran Zhou tidak lagi berupaya mengawal empayar, kuasa-kuasa wilayah pun lahir. Menjelang zaman Negara-Negara Berp3rang, China terbahagi kepada tujuh buah negara utama – iaitu Chu, Han, Qi, Qin, Wei, Yan dan Zhao. Era ini berakhir pada tahun 221SM, iaitu apabila negara Qin berjaya menewaskan kesemua negara lain sekaligus menyatukan China di bawah pemerintahan satu dinasti.

Peta perkembangan Qin

FAKTOR QIN BERUPAYA MENGUNGGULI NEGARA-NEGARA LAIN

Terdapat sejumlah faktor yang menyumbang kepada kejayaan negara Qin. Salah satunya adalah kedudukan geografinya yang strategik. Dengan terletak di wilayah Shaanxi, negara Qin secara semula jadi dilindungi gunung-ganang dan gaung yang menghindarkannya daripada ancaman timur. Ia juga dengan mudah dapat mengakses ke dataran China Utara menerusi Sungai Kuning. Kawasan yang dikuasai oleh Qin kaya dengan sumber semula jadi dan para pemerintahnya berupaya meraih lebih banyak sumber dengan memperluaskan sempadan, suatu tindakan ketent3raan yang dapat mereka lakukan tanpa risau terhadap tindak-balas pantas negara musuh.

Tambahan lagi, para pemerintah negara Qin berjaya mengukuhkan kuasa pusat. Hal ini membolehkan mereka melaksanakan sistem undang-undang yang ketat di seluruh wilayah kekuasaannya. Mereka juga membahagikan negara kepada beberapa buah wilayah dan daerah yang setiap satunya ditadbir oleh pegawai lantikan raja. Keadaan ini meningkatkan keefisienan pentadbiran Qin berbanding negara-negara lain.

Selain itu, keampuhan pasukan tent3ra Qin di samping kepakaran mereka dalam mengendalikan pedati menyumbang kepada kejayaan mereka di medan p3rang. Tidak cukup begitu, pemerintah Qin terkenal dengan kekejaman, suatu ciri yang diwakili oleh Qin Shi Huang, pemerintah Qin yang berjaya menyatukan China.

Patung maharaja Qin, China

KUASA QIN SHI HUANG YANG TIADA TANDINGAN

Sebelum menjadi maharaja pertama Dinasti Qin dan China, Qin Shi Huang dikenali sebagai Ying Zheng dan pada waktu itu, beliau hanya bergelar Raja Qin. Beliau menaiki takhta pada tahun 246SM pada usia 13 tahun, selepas ayahandanya mangkat. Memandangkan usianya yang muda, urusan-urusan negara dikendalikan oleh Lu Buwei, pemangku dan ketua penasihat negara Qin. Pada suatu tahap, Lu Buwei didapati tidak amanah dalam tugas dan beliau dibuang negeri pada tahun 235SM, yang kemudiannya beliau bertindak membvnuh diri. Hal ini membenarkan Ying Zheng menyandang kuasa penuh ke atas negara Qin. Kempen terakhirnya untuk menyatukan China dimulakan sekitar tahun 230SM dan berakhir pada tahun 221SM, apabila negara Qi akhirnya berjaya dit4kluki.

Qin Shi Huang mangkat pada tahun 210SM. Beliau bukan hanya berjaya membentuk pasukan tent3ra yang gagah perkasa sehingga berupaya menundukkan pasukan-pasukan tent3ra dari negara lain. Malahan, beliau turut membina pasukan tent3ra yang besar untuk mengikutinya ke alam sesudah m4ti – iaitu Tent3ra Terracotta.

Dianggarkan bahawa seramai 700 000 orang pekerja terlibat dalam pembinaan makam Qin Shi Huang dan Tent3ra Terracotta. Beliau meraih reputasi tersendiri sebagai seorang maharaja tirani memandangkan undang-undang dan hukvmannya yang keras menyaksikan seramai ratusan ribu, kalau bukan jutaan manusia dik3rah sebagai hamba bagi menjayakan projek pembinaan yang diperintahkan olehnya. Antara lain termasuklah pembinaan Tembok Besar.

Takhta Maharaja Qin kemudiannya disandang oleh puteranya, Qin Er Shi yang memerintah hanya selama tiga tahun sebelum beliau dipaksa bvnuh diri oleh Zhao Gao, pegawai paling berkuasa dalam Empayar Qin. Pemerintah terakhir dinasti tersebut adalah Ziying, yang memerintah bukan sebagai Maharaja China, sebaliknya hanya sebagai Raja Qin. Pemerintahannya berlangsung hanya selama sebulan setengah sebelum beliau ditundukkan oleh Liu Bang, pengasas Dinasti Han.

Tentera Terracotta di Makam Qin Shi Huang

LEGASI DINASTI QIN

Walaupun Dinasti Qin hanya berkuasa selama 15 tahun, pada hakikatnya ia memiliki legasi yang berpanjangan dalam sejarah China. Kebanyakannya adalah legasi Qin Shi Huang. Misalnya, pada zaman dinasti inilah penyelarasan sistem tulisan China berjaya dilakukan. Sistem tulisan ini menggantikan pelbagai sistem tulisan daerah dan ia masih digunakan sehingga kini. Di samping itu, dinasti ini juga menyelaraskan ukuran berat dan panjang serta syiling gangsa di seluruh China, yang mana hal ini membantu memudahkan urusan perdagangan.

Tembok Besar China, berhampiran Simatai

Satu lagi legasi penting Dinasti Qin adalah sumbangannya yang mempromosikan Legalisme, satu aliran pemikiran yang penting dalam falsafah China. Pada ketika falsafah Confucianisme yang lebih bersifat kemanusiaan menjadi pilihan dinasti-dinasti terdahulu, pengaruh Legalisme terus meresap dalam kalangan masyarakat semasa zaman pemerintahan Dinasti Qin. Tidak ketinggalan, pada zaman Dinasti Qin ini jugalah pembinaan Tembok Besar China dimulakan.

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (12 Mei 2018). The Wonders and the Terr0rs of the Qin Dynasty. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-important-events/wonders-and-terr0rs-qin-dynasty-0010037

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.