Usahawan Muslim Industries/Dinar100

Sebagai sebahagian dari usaha #GerakanEkonomi, kami sedang memulakan satu segmen Muslim Industries/Dinar100 di laman web ThePatriots dan MyTwoCents. Muslim Industries adalah sebuah segmen di portal The Patriots dan My Two Cents di mana kami paparkan satu usahawan/perniagaan/syarikat yang dimiliki usahawan Muslim.

Kami menyasarkan 300 usahawan/syarikat Muslim setiap tahun tetapi untuk penutup 2019 ini, kami menyasarkan sekurang-kurang 100 usahawan Muslim untuk diketengahkan.

Paparan itu termasuk:

  1. Artikel berkenaan latar belakang dan trivia menarik berkenaan usahawan, syarikat dan perniagaan, serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
  2. Video wawancara dan klip syarikat/produk/kilang selama 60 saat.
  3. Menaikkan banner dan poster syarikat/pernigaan di laman sesawang kami selama sebulan

Dinar100 pula adalah sebuah ‘award ceremony’ pada akhir tahun dan 10 syarikat yang terpilih akan kami masukkan ke dalam prospektus perniagaan yang akan kami hantar kepada pelabur-pelabur yang berminat di dalam dan juga luar negara.

Dinar100 akan dipengerusikan oleh 5 panel yang berpengaruh di dalam bidang perniagaan dan ekonomi. Barisan panel inilah yang akan menilai usahawan dan syarikat mana yang akan berpeluang cerah untuk dimajukan pada masa hadapan.

Usahawan yang berminat, mohon isikan borang INI. Pihak kami akan menghubungi anda.

KLIK SINI UNTUK DAFTAR