Universiti Bologna, Itali dikatakan memiliki Taurat tertua di dunia.
Kitab tersebut berbentuk lembaran disimpan di perpustakaan universiti tetapi dengan label yang berbeza.
Asalnya, kitab tu ditulis pada helaian kulit biri-biri dan dilabel “Scroll No.2,” mulanya dianggarkan berusia beberapa ratus tahun.
Ujian karbon menunjukkan teks pada lembaran tu mungkin dah ditulis lebih daripada 850 tahun lalu!
Mauro Perani, pakar bahasa Ibrani di Universiti Bologna kata lembaran ni ialah koleksi lengkap Taurat tertua yang diketahuinya dan sangat bernilai.
Profesor Perani buat beberapa kajian lanjutan dan beliau perasan yang huruf dalam lembaran ni sama dengan huruf dari tradisi Babylonia, yang sangat tua.
Keadaan lembaran Taurat berada dalam keadaan sangat baik. Lembaran Taurat ni ditemui beberapa kali dan tarikh tertua dari abad ke-7. Dalam tradisi Yahudi, lembaran Taurat tidak bertarikh.
Oleh: Azizul Farhan
Mari singkap helaian sejarah Yahudi dan Bani Israil di dalam KITAB TAMADUN YAHUDI. Dapatkan di Shopee kami dengan diskaun menarik sempena JUALAN PASCA PBAKL: https://bit.ly/3MkDT6b
Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply