Di Malaysia sejak dari tahun 2006 hingga 2015, sebanyak 29,698 kes rogol dilaporkan.

Sejak dari tahun 2013 hingga 2015, peratusan mangsa yang paling ramai dirogol mengikut jangkaan umur adalah dalam 13 hingga 15 tahun. Perogol atau suspek yang terlibat dilaporkan sebanyak 84% adalah berumur 18 tahun ke atas.

Dalam kalangan suspek, kalau ikut kes 2014 dan 2015 seramai 587 perogol adalah ahli keluarga sendiri. Peratusan yang paling tinggi adalah dalam kalangan teman lelaki dan kenalan. Paling sikit adalah daripada orang yang tak dikenali.

Kenapa rogol boleh berlaku?

Aku tak mahu dah sebut-sebut wanita kena tutup aurat, lelaki kena tundukkan pandangan. Benda ini sudah jelas dan masing-masing kena mainkan peranan.

Tapi ada faktor lain yang boleh kita ambil tahu.

Masa tahun 2012, Georgia State University ada buat bancian ke atas 12,000 orang kenapa rogol dan serangan seks boleh berlaku. Kajian mereka ini diterbitkan di Psychology of Violence.

Ini yang mereka dapat.

Sebanyak 37% maklum balas mendapati rogol ini berlaku kerana justifikasi pemahaman bahawa apabila perempuan kata tidak, bermakna dia mahukannya.

Kemudian, rogol juga berlaku sebab perogol jadikan kelemahan mangsa sebagai tiket mereka boleh buat seks. Orang kata ‘victim blaming’.

Ikut definisi rogol ini, adalah memasukkan zakar tanpa kerelaan dan kebenaran. Maka, tak kiralah dah kahwin ke belum, kalau mereka sama-sama rela, itu tak dikira rogol.

Jadi, perogol ini akan kata mangsa sukarela nak buat seks dengan dia. Perogol akan kata mangsa tak betul-betul menolak secara fizikal kalau dia benar-benar tak mahukan seks.

Kemudian, selain dua sebab ini, perogol mempunyai pandangan yang negatif terhadap wanita. Pandangan negatif ini datang daripada kisah silam perogol ini dilayan teruk oleh wanita.

Aku rasa kes lelaki rogol anak dia 600 kali ini, mungkin ada bersangkut paut dengan layanan isterinya terhadap dia. Jadi, dia lepaskan kemarahan itu ke atas anaknya. Ini yang ahli psikologi panggil sebagai ‘hostile sexism’.

Kemudian, ketagihan. Ini datang daripada biologi perogol itu sendiri yang mungkin selalu tengok filem-filem lucah. Alasan dia merogol itu dia akan kata tak tahan la apa semua.

Rogol juga berlaku kerana perogol anggap wanita sebagai objek seks. Benda ini pun bukan benda baru dan sudah jadi kebiasaan.

Akhir sekali adalah sosioseksualiti. Sosioseksualiti adalah budaya seks bebas. Seks yang dilakukan tak kira kita kenal ataupun tidak orang tersebut, dan tidak ada intimasi.

Rogol juga berlaku dalam kerangka sosial begitu kerana anggapan seks bebas sebagai norma dan matlamat dalam sosial.

Daripada kajian ini, mereka dapati, perogol tak semestinya mempunyai satu motif seperti yang disenaraikan. Kadangkala perogol mempunyai beberapa motif.

Tema dan motif-motif inilah yang perlu diambil berat daripada duk canang wanita kena tutup aurat dan lelaki kena tunduk pandangan. Sebab skopnya lebih daripada dua benda itu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Leave A Reply