Selepas Qin Shi Huang menyatukan China pada tahun 221SM, penasihatnya, Li Si mencadangkan membendung sebarang bentuk perkembangan intelektual untuk menyatukan pemikiran dan politik.

Menurut Li Si, terdapat tiga jenis buku yang sangat berbahaya pada masa itu. Lebih tepat berbahaya dari sudut politik, iaitu puisi, sejarah dan falsafah.

Buku-buku puisi dan sejarah mengandungi kisah-kisah pemimpin lama yang telus dan adil. Li Si percaya, kalau masyarakat membaca buku-buku ini, mereka akan cuba membandingkan bentuk pemerintahan zaman dahulu dan zaman mereka duduki. Kemudian, mereka takkan berpuas hati dengan pemerintah kini.

Li Si juga mencadangkan buku-buku sejarah yang bukan hasil daripada tafsiran empayar, akan dibakar.

Sebab pengharaman pelbagai buku falsafah pula kerana falsafah-falsafah yang dibawa sering bercanggah dengan idea yang dibawa oleh empayar iaitu totalitarian.

Li Si mengeluarkan cadangan kepada maharaja supaya sesiapa yang memiliki buku-buku sejarah, puisi dan falsafah, diarahkan memberikan buku-buku tersebut kepada empayar untuk tujuan pembakaran.

Sesiapa yang berani menimbulkan perbincangan atau wacana berkenaan subjek-subjek tersebut, akan dihukum bvnuh.

Sesiapa yang menggunakan sejarah untuk mengkritik kerajaan sekarang, keluarganya akan dihukum bvnuh.

Mana-mana pegawai kerajaan yang melihat perintah-perintah ini dicabul, tapi gagal untuk menghalangnya, akan dihukum bersalah.

Sesiapa yang gagal membakar buku-buku yang dimaksudkan dalam tempoh 30 hari akan dihantar untuk terlibat dalam pembinaan Great Wall.

Buku-buku yang dikecualikan adalah buku-buku perubatan, agama, pertanian dan perhutanan, Sesiapa yang berminat dengan undang-undang, belajar daripada kerajaan sendiri.

Menurut Memorial Li Si, terdapat juga buku-buku puisi, falsafah dan sejarah yang tidak seragam dengan agenda empayar turut dipelihara juga. Tapi cuma dia bawah kelolaan empayar dan tidak didedahkan oleh masyarakat.

Peristiwa ini telah menyebabkan China kehilangan ilmu-ilmu falsafah dari ‘Hundred Schools of Thought’. Selain daripada membakar buku, empayar juga telah tanam hidup-hidup ilmuan dan sarjana.

Empayar Qin tidak bertahan lama. Lebih kurang 15 tahun saja.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.