Jika orang itu terselamat dari mana-mana nahas atau tragedi, seseorang itu kebiasaannya menjadi tarikan media dan dijadikan sebagai ikon. Namun, ini tidak terjadi pada seorang penumpang berbangsa Jepun yang dihina sehingga kematiannya kerana terselamat dari nahas Titanic.

Merupakan satu-satunya penumpang Jepun yang menaiki kapal Titanic. Masabumi Hosono dilahirkan pada 15 Oktober 1870 di sebuah kampung di wilayah Hokura. Masabumi merupakan moyang kepada Haruomi Hasono, seorang ahli kuartet muzik Yellow Band di Jepun.

Setelah menamatkan pengajian Bahasa Russia di Pusat Pengajian Bahasa di Tokyo, Masabumi kemudian bekerja sebagai pengurus bahagian akaun di Jabatan Keretapi Kerajaan Imperial Jepun sebelum dilantik sebagai Ketua Jabatan Penyiasatan di dalam agensi yang sama.Pada tahun 1908, beliau dilantik sebagai pengurus laluan kereta api.

Masabumi Hosono

Pada tahun 1910, Masabumi telah dihantar ke Russia oleh kerajaan Jepun untuk mengkaji sistem laluan kereta api di sana selama dua tahun. Kemudian, beliau pergi ke London dan Southampton untuk pulang ke Jepun. Masabumi telah membeli tiket Titanic kelas kedua untuk ke Amerika Syarikat sebelum menuju ke Jepun.

Pada malam kejadian, ketika Masabumi sedang nyenyak tidur di kabinnya, tbeliau iba-tiba beliau dikejut oleh pelayan dan menyuruhnya untuk memakai jaket keselamatan. Sebagai penumpang kelas kedua, Masabumi mempunyai akses untuk naik ke boat deck. Namun, seorang pengawal yang bertugas menahan beliau ketika beliau cuba naik ke sana kerana pengawal tersebut menyangka Masabumi merupakan penumpang kelas ketiga.

Walaubagaimanapun, Masabumi berjaya melepasi halangan tersebut setelah berlaku satu kekecohan. Setibanya beliau tiba di boat deck, beliau mendapati beberapa bot keselaamatan telah dilancarkan. Kemudian, beliau terdengar jeritan seorang pegawai untuk menaiki bot, lantas beliau menaiki  bot keselamatan #10 untuk menyelamatkan diri.

Setelah berjaya menaiki RMS Carpathia, Masabumi berehat dan tidur di bilik merokok kapal tersebut. Sepanjang perjalanan ke New York, beliau sering diganggu oleh anak-anak kapal RMS Carpathia. Di Carpathia, beliau mengutus sepucuk surat menggunakan surat dari Titanic. Setelah tiba di New York, Masabumi tidak menjadi tumpuan media seperti yang lain.

Surat dari Hasabumi kepada keluarganya mengenai pengalamannya di atas Titanic.
Atas pertolongan rakannya yang bekerja di Mitsui cawangan New York , Masabumi berjaya pulang ke Jepun dan menjadi tajuk utama di negara tersebut “Penumpang Jepun Bertuah”. Namun, pengiktirafan yang diterima oleh Masabumi tidak lama, selepas mendapat kenyataan dari Archibald Gracie, seorang penumpang Titanic yang terselamat yang mengatakan bahawa Masabumi merupakan seorang pengecut, Masabumi terus dicemuh seteruk-teruknya.
Rakyat di Jepun menghinanya saban hari. Malah, Masabumi juga telah dipecat dari tempat kerjanya kerana memilih untuk menyelamatkan diri berbanding mati di atas kapal. Masabumi juga turut ditohmah oleh media Amerika dan Jepun sebagai Penumpang Jepun Bertuah Yang Mengabaikan Peraturan Kanak-Kanak Dan Wanita. 
Masabumi juga turut dijadikan sebagai contoh orang yang tidak bermoral yang sanggup tidak mati di dalam beberapa buah buku teks di sekolah-sekolah di Jepun. Masyarakat Jepun pada ketika itu juga turut mengajar anak-anak mereka supaya jangan mencontohi Masabumi yang “mementingkan diri” berabanding mati.
Pusara Masabumi Hosono di Perkuburan Tama, Tokyo.

Maruah Masabumi tercalar walaupun selepas kembalinya beliau ke negeri cacing pada tahun 1939. Pada 1950an, media Jepun turut mengaitkan dengan perbuatan Masabumi ketika terjadinya kemalangan kapal Jepun  yang menyebabkan kematian yang banyak.

Setelah filem Titanic menjadi hit di seluruh dunia , cucu Masabumi, Haroumi Hasono terjumpa diari peribadi datuknya. Haroumi kemudian membuat kenyataan bahawa datuknya menulis bahawa beliau tidak pernah berniat untuk memalukan negara. Haroumi kemudian memohon kepada seluruh rakyat Jepun untuk memaafkan tindakan datuknya. Permohonan maaf itu ternyata mengembalikan maruah keluarga Hasono terutama Masabumi setelah sekian lama tercalar maruahnya.

Keratan akhbar yang membersihkan nama Hasabumi

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Leave A Reply