Tarikh 8 Oktober 2005, tarikh di mana perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2006 diadakan. Hari tersebut, giliran pasukan kebangsaan Ivory Coast menentang pasukan kebangsaan Sudan. Ianya merupakan hari yang cukup penting buat pasukan kebangsaan Ivory Coast.

Perlawanan yang diadakan di Sudan itu dilangsungkan dengan begitu meriah di mana kedua-dua pasukan terutamanya Ivory Coast berada dalam semangat yang berkobar-kobar. Ianya merupakan perlawanan yang amat penting buat pasukan Ivory Coast kerana ianya adalah penentu kepada mereka.

Perlawanan pun bermula, Ivory Coast seperti yang sudah dijangka telah mendominasi permainan daripada minit yang pertama. Asakan demi asakan dilaksanakan sebelum mereka berjaya menjaringkan gol pada minit ke-22 menerusi sepakan kaki kiri daripada Kanga Akale yang menerjah bahagian kiri gawang gol.

Seusai gol pertama yang dihasilkan pada minit ke-22 tersebut, perlawanan telah diteruskan sehingga ke tamatnya babak pertama tanpa sebarang gol tambahan. Hanya kira-kira 6 minit memasuki babak kedua, Ivory Coast berjaya menjaringkan gol kedua menerusi cubaan kaki kanan oleh Aruna Dindane yang berjaya mengelirukan penjaga gol Sudan.

Moral para pemain Ivory Coast semakin meningkat selepas jaringan gol kedua tersebut. Tempo permainan juga meningkat seiring dengan peningkatan moral para pemain. Hasilnya, para pemain berjaya menjaringkan gol ketiga. Gol sekali lagi dijaringkan menerusi rembatan deras kaki diri Aruna Dindane pada minit ke-73 permainan.

Ivory Coast kemudian mengekalkan kedudukan selesa 0-3 di hadapan Sudan tersebut sehingga ke babak-babak akhir permainan. Pemain Sudan dikasari pertahanan Ivory Coast di mana pengadil telah menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan kebangsaan Sudan. Menerusi sepakan penalti daripada Haytham Tambal pada minit ke-89, Sudan berjaya meraih gol saguhati.

Wisel penamat ditiupkan pengadil menandakan tamatnya perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2006 di antara Ivory Coast dan Sudan tersebut. Keputusan berpihak kepada pasukan kebangsaan Ivory Coast dengan keputusan membanggakan, 1-3.

Lebih membanggakan lagi, Ivory Coast berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah pasukan kebangsaan mereka. Ianya merupakan pengakhiran kepada penantian 76 tahun pasukan kebangsaan mereka untuk ke Piala Dunia.

Dalam pada masa para pemain meraikan kejayaan membawa negara ke Piala Dunia, mereka tidak pernah lupa akan situasi yang melanda negara mereka pada ketika itu. Mereka juga, dengan semangat yang berkobar ingin membawa perubahan kepada negara.

Tamatnya P3rang Saudara Ivory Coast

P3rang Saudara telah melanda Ivory Coast semenjak kira-kira 3 tahun sebelum perlawanan kelayakan itu berlangsung lagi. P3rang Saudara yang berlaku apabila terdapat pecahan puak yang mengawal politik kawasan Utara dan Selatan negara Ivory Coast membuatkan negara itu terpecah kepada dua.

Oleh itu, para pemain pasukan kebangsaan Ivory Coast telah bermain berm4ti-m4tian dengan harapan usaha mereka itu mampu membawa perubahan kepada situasi yang sedang melanda negara mereka pada ketika itu.

Sejurus tamatnya perlawanan kelayakan menentang Sudan itu, para pemain Ivory Coast diketuai oleh Kapten Pasukan, Didier Drogba telah melakukan sebuah aksi di dalam bilik persalinan stadium di hadapan kamera daripada sebuah stesen televisyen yang menyiarkan aksi para pemain itu ke seluruh negara.

 “Wahai rakyat-rakyat Ivory Coast, daripada Utara dan daripada Selatan, daripada Timur dan daripada Barat, kami telah membuktikan kepada anda hari ini yang Ivory Coast mampu bermain bersama untuk satu tujuan, layak ke Piala Dunia.

Jadi, kini kami merayu, satu-satunya negara di rantau Afrika yang mempunyai segala kekayaan ini tidak boleh dilanda p3p3rangan. Tolong, letakkan senjata kamu. Anjurkan pilihanraya dan segalanya akan menjadi lebih baik.”

Begitulah kata-kata rayuan dan pujukan yang telah dilemparkan oleh Kapten Pasukan Ivory Coast, Didier Drogba seusai tamatnya perlawanan kelayakan itu. Didier Drogba bersama-sama rakan-rakan sepasukannya yang lain telah melutut di hadapan kamera sewaktu drogba memberikan kata-katanya.

Usaha mereka itu menjadi berhasil apabila persetujuan untuk gencatan senjata di antara kedua-dua buah puak berjaya dicapai kira-kira seminggu selepas perkara yang terjadi di dalam bilik persalinan tersebut.

Presiden Ivory Coast pada ketika itu, Laurent Gbagbo juga menyifatkan yang bolasepak mampu menjadi contoh kepada penyatuan kebangsaan. Baginya, rakyat Ivory Coast mampu disatukan semula melalui kejayaan negara dalam sukan bolasepak.

Impian & Visi Seorang Kapten Terhadap Negaranya

Tahun berikutnya, 2006 menyaksikan yang Didier Drogba dimahkotakan sebagai Pemain Terbaik Dalam Rantau Afrika. Kejayaan Drogba itu sedikit pun tidak membuatkan dirinya mendabik dada malahan membuatkan beliau meneruskan usahanya dengan lebih kuat dalam membawa keamanan kepada negaranya.

Beliau telah terbang ke daerah Bouake, sebuah kawasan bergolak di Ivory Coast selepas memenangi Anugerah Pemain Terbaik Afrika tersebut. Di sana, Drogba telah menemui ramai peminat-peminatnya dan hal ini telah mencetuskan sebuah idea dalam minda beliau di mana beliau ingin melihat sebuah perlawanan pasukan kebangsaan Ivory Coast dilaksanakan di sana.

Benar, idea tersebut merupakan sebuah idea yang ‘gila’ daripada Didier Drogba. Namun bagi beliau, untuk membuktikan kepada pemulihan situasi terhadap negara Ivory Coast, hal tersebut perlu dilaksanakan.

Tanggal 3 Jun 2007 menyaksikan yang hasratnya itu berjaya menjadi realiti. Perlawanan di antara pasukan kebangsaan Ivory Coast dan pasukan kebangsaan Madagascar diadakan di Bouaké’s Stade Municipal, Bouake.

Pada hari tersebut juga, buat kali pertama dalam sejarah, Presiden Ivory Coast, Guillaume Soro dan Pemimpin Puak P3mb3rontak yang menguasai daerah Bouake, Guillaume Soro dilihat berdiri bersama-sama dan bersebelahan pada perlawanan tersebut semasa menyanyikan Lagu Kebangsaan Ivory Coast.

Lebih manis lagi, perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan kebangsaan Ivory Coast. Mereka memenangi perlawanan tersebut dengan jariangan yang besar iaitu dengan jaringan 5-0. Hari yang begitu bersejarah buat Didier Drogba dan rakyat Ivory Coast khususnya.

Ulasan Penulis

Kapten Pasukan Kebangsaan Ivory Coast, Didier Drogba telah menunjukkan sebuah contoh yang begitu mengagumkan bukan sahaja kepada rakyat Ivory Coast tetapi juga masyarakat dunia di mana beliau berjaya menyatukan negaranya melalui sukan.

Tidak semua orang mampu melakukan hal demikian. Didier Drogba menunjukkan yang dirinya bukan sahaja merupakan pemain bolasepak yang hebat malahan juga seorang pemimpin yang menakjubkan.

Siapa sahaja yang mampu menghentikan p3rang saudara yang telah berlarutan selama beberapa tahun hanya dengan kejayaan dalam bolasepak? Pelik tetapi itulah hakikatnya, pengaruh yang ada dalam diri Drogba mampu memujuk kesemua pihak untuk bersatu dan membawa negara Ivory Coast menuju ke arah yang lebih baik.

RUJUKAN :

  1. Street Football World (24 April 2019). FOOTBALL4GOOD IN HISTORY: DIDIER DROGBA AND THE IVORIAN CIVIL WAR. https://www.streetfootballworld.org/latest/blog/football4good-history-didier-drogba-and-ivorian-civil-war
  2. Stars and Stripes FC (27 Februari 2018). Black History Month: Drogba the peacemaker. https://www.starsandstripesfc.com/2018/2/27/17051650/black-history-month-didier-drogba-ivory-coast-civil-war-africa-cup-nations

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sangat berminat menulis mengenai tokoh-tokoh negara/melayu dalam terutamanya bidang sukan dan keselamatan.

Comments are closed.