Dialek-Dialek Negeri Perak

2628
views

Negeri Perak memiliki sejarah yang setanding dengan sejarah Kedah Tua dan Kelantan Tua (Pan-pan,Tan-Tan,Chih-tu) dan Langkasuka.

Dalam Hikayat Merong Mahawangsa,ada disebut tentang negeri Perak yang bersaudara dengan Kedah,Patani dan Siam Lancang (kini terletak sekitar Champasak,Laos)

Negarakota Melayu (Malay city-states) yang terkenal di Perak adalah kerajaan Gangga Negara.Dalam Sulalatus Salatin menceritakan istanakota Raja Shah Johan,pemerintah Gangga Negara dikelilingi parit sebagai pertahanan seperti yang kita lihat pada Caerlaverock Castle.

Di negeri Perak,terdapat 5 jenis dialek,iaitu:

1) Dialek Patani
2) Di Utara
3) Dialek Lembah Sungai Perak
4) Dialek Kinta
5) Dialek Selatan

Di bahagian Hulu Perak iaitu Kroh, Grik dan Lenggong, masyarakat di kawasan ini banyak menggunakan dialek Patani. Ia menyebabkan dialeknya seakan-akan serupa dengan dialek Kelantan. Sepertimana di utara, penduduk Hulu Perak juga kebanyakannya terdiri daripada penduduk dari Patani dan Reman.Sebagai pengetahuan,Reman adalah sebuah negeri yang pernah wujud sekitar hulu Perak dan Jala (Yala) di Thailand kini.

Dialek Utara terdapat di sekitar bahagian utara (Kerian dan Larut Matang) seperti Bagan Serai,Taiping dan Parit Buntar sehingga Pantai Remis.Selain kedudukan geografinya bersempadan dengan negeri Kedah,faktor migrasi juga memainkan peranan akibat peperangan dengan Siam dan konflik antara pengikut raja.

Dialek Lembah Sungai Kinta adalah dikatakan dialek asli negeri Perak.Ada juga memanggilnya sebagai bahasa Lambor.Ia berlokasi di bahagian Perak Tengah seperti di Kuala Kangsar, Sayong, Karai, Bota, Parit, Lambor Kg. Gajah dan Tg.Blanja.Dialeknya agak berbeza dan menjadi ‘trademark’ jika dibandingkan dengan dialek di negeri-negeri lain dengan hujung perkataan diubah kepada bunyi ‘e pepet’; contohnya perkataan “tiga” disebut “tige” dan penggunaan perkataan era bahasa Melayu klasik seperti “ate” (hatta).

Dialek Kinta pula banyak bercampur-campur dengan dialek-dialek dari Siak dan Kampar juga dialek orang Banjar,Rawa dan Mendeiling.Faktor-faktor dialek dari seberang Sumatera ini adalah kerana daerah Kinta ialah daerah tengah Perak yang maju dengan perlombongan bijih timah,perdagangan dan aktiviti politik.

Akhir sekali ialah dialek Selatan iaitu terdapat di sekitar daerah Batang Padang sehingga Bagan Datoh, dialeknya pula lebih dipengaruhi dengan dialek selatan Semenanjung seperti Selangor dan Johor. Hal ini kerana masyarakatnya juga terdiri daripada penduduk yang datang dari arah Selangor kerana faktor sempadan dan konflik seperti perang saudara antara pengikut raja.

Memahami dialek asli Perak iaitu bahasa Lambor atau dialek Lembah Sungai Perak perlulah bersama-sama kajian bahasa-bahasa orang Asli di pedalaman Perak sebagai Aborigine atau Proto-Melayu sebelum kedatangan era kesultanan pada pada abad ke-16.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here