Di Sebalik Kematian Heath Ledger

1,314

Pra-tempah hanya di Shopee

Pada 22 Januari 2008, dunia Hollywood dikejutkan dengan pemergian seorang pelakon muda yang mempunyai potensi untuk maju ke depan sebagai artis. Heath Ledger, yang namanya mulai naik setelah berjaya melakonkan watak Joker di dalam Batman, The Dark Knight.

Heath Ledger, yang berusia 28 tahun ditemui tidak sedarkan diri oleh pembantu rumahnya di kediamannya di Manhattan. Setelah siasatan dijalankan, pemergian Heath adalah disebabkan faktor penggunaan da-dah yang terlampau. Namun, ini hanyalah salah satu dari punca ke-ma-tiannya.

Heath Ledger dilahirkan di Perth, Australia pada 4 April 1979. Bakatnya terhadap lakonan mula menyinar setelah menyertai persembahan sebuah teater di tempatnya. Semasa bersekolah, Heath juga sering menjadi watak tambahan di dalam filem dan drama tempatan. Sebaik sahaja usianya menjengah 19 tahun, Heath berhijrah ke Los Angeles dan memulakan karier sebagai pelakon Hollywood.

Pada tahun 1999, Heath mula diberi peluang sebagai watak utama menerusi filem 10 Things How I Hate About You. Sejak itu, namanya mula dikenali di Hollywood dan banyak menerima tawaran berlakon di dalam filem yang lain seperti The Patriot dan Monster Ball.

Heath Ledger di dalam 10 Things I Hate About You

Pada 2005, Heath Ledger menerima pencalonan buat kali pertama bagi Anugerah Akademi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonannya di dalam filem Brokeback Mountain. Walaupun Heath gagal mendakap piala tersebut, namun beliau berjaya menambat hati wanita yang kemudiannya menjadi titik hitam buat kerjayanya.

Di dalam tahun 2007, kehidupan peribadi Heath bersama teman wanitanya, Michelle Williams mulai retak. Heath dikhabarkan berpindah rumah dari kediaman Michelle di Brooklyn dan menetap di Manhattan.

Ketika itu, Heath sedang menjalani penggembaraan filem I’m Not There. Heath menyifatkan lakonannya di dalam filem itu amat teruk. Selepas itu, beliau mula mendapat tawaran berlakon sebagai watak Joker di dalam The Dark Night.

Untuk menjayakan watak Joker itu, Heath berkurung di dalam hotelnya selama sebulan dan berusaha untuk menghayati watak tersebut. Akibatnya, Heath mula menghidap peny4k1t imsonia. Dikhabarkan beliau hanya tidur 2 jam sahaja sehari. Walaupun selepas selesai menjalani penggembaraan filem The Dark Night itu, kesihatan Heath tidak kian pulih.

Heath Ledger bersama anaknya, Matilda. Gambar ini diambil tidak berapa lama sebelum kem4tiannya

Semasa penggembaraan filem The Imaginarium of Doctor Parnassus, tubuh badan Heath tampak seperti m4y4t hidup. Imsonia yang dihadapinya masih tidak hilang dan beliau mula mengambil bahan ubatan untuk memulihkan peny4k1tnya itu.

Dalam pada masa yang sama, Heath juga tidak dapat melupakan kekasihnya, Michelle serta ahli keluarganya yang lain. Beliau amat teringin untuk menemui bekas kekasihnya itu dan mengulangi momen-momen indah mereka bersama.

Dalam pada Heath berusaha untuk melawan peny4ki1tnya, itu, keluarganya turut mengambil berat terhadap kesihatan akan dirinya. Heath sering menelefon kakaknya dan menyatakan betapa rindunya Heath terhadap keluarganya itu.

Pada 22 Januari 2008, Heath ditemui tidak sedarkan diri oleh pembantu rumahnya. Pada mulanya, pembantu rumahnya menyangka Heath tidur agak lewat kerana dia hanya mendengar dengkuran Heath pada pukul 1230 tengahari.

Pada 2.30 petang, pembantu rumah mula menghubungi pengurus Heath. Setelah berusaha untuk membuka pintu, mereka menemui Heath terlentang dalam keadaan berbogel di atas lantai. Walaupun berusaha untuk menyedarkan Heath, segalanya sudah terlambat.

Sebaik sahaja terdengar akan berita mengenai Heath, bekas kekasihnya Michelle amat berasa tertanggu dengan pemergiannya itu. Keluarganya juga terima dengan hati yang luluh dan menyifatkan pemergian Heath merupakan kesalahan dirinya sendiri.

Heath Ledger akhirnya pergi dikala usia yang sangat muda, iaitu 28 tahun. Walaupun selepas pemergiannya, Heath berjaya menjuarai Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Akademi menerusi lakonannya di dalam The Dark Knight.

Keluarga Ledger menerima Anugerah bagi pihak Heath

Berdasarkan kisah ini, hendaklah kita bermuhasabah bahawa tidak semestinya orang itu berjaya, hidupnya bahagia. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

RUJUKAN:

Noonan, J. (2021, January 13). Remembering the life and legacy of Heath Ledger. Retrieved January 20, 2021, from https://www.who.com.au/heath-ledger-life-and-legacy

Margaritoff, M. (2021, January 20). Heath Ledger Di3d Of A DRVG Overd0se – But Is There More To The Story? Retrieved January 20, 2021, from https://allthatsinteresting.com/how-did-heath-ledger-di3

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.