Eropah pada Zaman  Pertengahan dan Awal Zaman Moden bukanlah sebuah tempat yang sihat. Khususnya, ia merupakan tempat tinggal yang sesak, pekan dan bandar yang tidak bersih, maka penyakit epidemik adalah suatu hakikat.

Demam tifoid, typhus, disentri, malaria, cacar, campak dan penyakit-penyakit lain boleh mengambil nyawa dalam jumlah yang amat menakutkan, tetapi yang paling ditakuti apabila ia menjadi wabak, terutamanya wabak cacar.

Wabak yang membawa penyakit tidak mengenal darjat dan keturunan; tubuh dan sistem imun seorang raja sama sahaja seperti seorang rakyat biasa, tetapi sekurang-kurangnya, masih ada satu perbezaan, anggota kerabat diraja mampu menanggung kos melawan penyakit yang mahal.

Walaupun pada abad ke-13, hubungan antara kotoran dan penyakit telah difahami, walau bagaimana pun ia diterangkan dari segi terma ‘kegagalan udara’ berbanding daripada memperkenalkan bakteria dan virus, jadi rumah yang bersih adalah rumah yang sihat.

Orang kaya akan berpindah ke kediaman lain sementara hamba-hamba mereka akan menyental dan mencuci tempat yang mereka tinggalkan. Bagi golongan miskin, mereka tiada sebarang pilihan lain apabila penyakit mula muncul di kawasan sekitar. Bagaimanapun, apakah keluarga diraja Eropah adalah yang terawal melarikan diri dari ancaman wabak penyakit?

Merujuk pada kes wabak bubonic, berleluasa di seluruh Eropah dari abad ke-14 hingga abad ke-17, dikenali dengan pelbagai nama ikonik, Kem4tian Besar, Wabak Besar atau Black De4th. Walaupun banyak kem4tian dianggap berpunca oleh wabak, namun selepas tujuh abad kadang-kadang ia agak sukar untuk dipastikan.

Jarang ditemui sumber-sumber kontemporari kerana ketiadaan catatan tentang di mana para bangsawan dan ahli keluarga masing-masing berada pada tarikh tertentu, atau sama ada pergerakan mereka bertepatan dengan kedatangan wabak tersebut.

Raja Edward III

Walau bagaimanapun, kita mempunyai jadual perjalanan untuk Edward III, Raja England semasa wabak epidemik pertama yang melanda 1348-49. England telah berper4ng dengan Perancis sejak 1337, namun konflik itu terhenti sebentar apabila wabak mula melanda seluruh Eropah, bermula di Sicily pada Oktober 1347, mungkin tiba dari Crimea melalui laut.

Raja Edward dan tenter4nya yang kembali ke England, belum disentuh oleh penyakit itu, untuk menunggu peristiwa-peristiwa yang seterusnya.

Menjelang Jun 1348, wabak itu berada di Paris, berita mengenainya tersebar dengan pantas dan England hanya memerhatikan sambil berdoa. Tidak dapat dielakkan, penyakit itu tiba di Dorset di Melcombe Regis, yang datang melalui laut dari Bordeaux di pantai barat Perancis.

Pada 23 Jun, ia meng0rbankan mangsa pertama yang berbangsa Inggeris. Raja Edward ketika itu berada di Windsor dan jadual perjalanannya menunjukkan bahawa dia mengembara di tenggara England seperti yang biasa dilakukannya, tetapi berita buruk datang dari Bordeaux.

Pada 1 Julai, anak perempuan Edward berusia 12 tahun bernama Joan, yang dalam perjalanan ke Sepanyol untuk berkahwin dengan Raja Pedro dari Castile, menjadi mangsa pertama terk0rban akibat wabak dari kalangan kerabat diraja bersama pengiring diplomatiknya, Sir Robert Bourchier.

Kes pertama wabak di kalangan 100,000 populasi penduduk kota London berlaku pada awal bulan Oktober, dengan John de Foxton, dengan timbalan koroner salah seorang di antara mereka.

Walaupun begitu, Raja sering berada di ibu negara dan berdekatan Westminster (yang kekal bebas dari penyakit) pada bulan Oktober, November dan Disember. Walaupun masih bersedih terhadap kem4tian anaknya, berbanding mengasingkan dirinya dengan berundur ke negara lain, Edward menganjurkan kejohanan besar di Windsor, Reading, Eltham, Canterbury, Bury dan Lichfield, beliau menjemput semua bangsawan.

Ia menjadi titik kecil dari semangat keagamaan yang berlebihan dan gaya hidup tidak sihat dengan harapan bahawa Tuhan akan untuk menjaga keselamatan mereka. Lebih-lebih lagi, para ahli gereja telah berserah dengan cepat. Ketika Uskup Agung Canterbury m4ti pada bulan Ogos 1348 (bukan dari wabak itu) raja menginginkan canselornya, John Ufford, untuk menggantikannya.

Dilantik dengan sewajarnya, Uskup Agung baharu itu meneruskan tugas sebagai canselor di Westminster, tetapi pada musim bunga tahun 1349, pentadbiran kerajaan yang belum terjejas walaupun berdekatan dengan London yang dilanda wabak, telah mendapat k0rban pertama di kalangan pegawai undang-undang.

Doktor diraja yang merawat mereka tidak lama kemudian turut jatuh sakit dan meninggal dunia, diikuti dengan canselor sendiri pada 20 Mei sebelum sempat pun dia dilantik secara rasmi sebagai Uskup. Kali ini, Raja berundur ke Woodstock di Oxfordshire dan mahkamah telah ditutup dari 15 Jun hingga 14 Julai, tetapi Edward kembali ke Westminster pada bulan Ogos.

Pada bulan itu, beliau menerima pengganti Ufford sebagai Ketua Biskop Canterbury, Thomas Bradwardine, di Istana Eltham di Kent. Bradwardine baru sahaja kembali dari Avignon di Perancis, di mana Paus telah mengesahkan jawatannga dan terus berpindah ke London.

Tetapi ketika beliau dalam perjalanan singkat dari Eltham, Uskup baru itu juga turut jatuh sakit. Empat hari kemudian dia meninggal dunia, setelah dijangkiti wabak ketika di Perancis.

Di seluruh Eropah, antara tokoh lain yang menjadi mangsa: Alphoso XI dari Castile, m4ti ketika pengepungan Gibraltar pada tahun 1350. Pedro IV dari Aragon kehilangan isteriya, anak perempuannya dan anak saudaranya dalam tempoh enam bulan, kemungkinan besar disebabkan oleh wabak.

Paus Clement VI

Di Avignon, Paus Clement VI mengambil langkah berjaga-jaga dengan dikelilingi oleh obor yang berasap untuk mencegah “udara” yang membawa wabak yang buruk namun beliau terselamat.

Pentadbir Venice mengambil langkah kuarantin dan kesihatan yang sangat ketat, mengasingkan kapal-kapal yang mahu masuk ke beberapa pulau yang berasingan.

Langkah berjaga-jaga ini sebahagiannya berjaya.  Visconti, para bangsawan Milan, mengambil langkah-langkah yang ekstrim untuk menangkis wabak dengan lebih berjaya. Mereka juga memperkenalkan kuarantin, menutup bandar, tetapi ketibaan wabak tetap menyebabkan panik di kalangan rakyat, gempa bumi juga tidak membantu semasa wabak itu.

Luchino Visconti mengambil langkah utama, memerintahkan pegawai bandar untuk menutup rumah yang terdapat kes penyakit, mengasingkan rakyat yang sihat dengan yang sakit. Walaupun ada usaha untuk memastikan kesihatannya sendiri terjaga, Luchino yang baru sahaja menikahi isteri ketiganya, Isabella, pada tahun 1349, mendapati dia curang dan menjatuhkan hukuman yang dahsyat untuknya. Tetapi beberapa hari kemudian dia m4ti keran dir4cun.

Ketika wabak melanda Perancis, ia meng0rbankan sekurang-kurangnya sepertiga dari populasi, kerabat diraja tidak mempunyai sistem imun yang kuat. Ratu Jeanne la Boiteuse (Joan the Lame), anak perempuan duke dari Burgundy, adalah isteri pertama Raja Philip VI dari Perancis.

Raja Philip VI

Dalam keadaan suaminya yang sering keluar menyertai kempen, dia membuktikan dirinya sebagai seorang penyandang yang berkemampuan, ‘kebijaksanaan di sebalik takhta dan penguasa sebenar Perancis’.

Bagaimanapun, dia meninggal dunia akibat wabak itu pada Disember 1349. Dia dikebumikan di Saint Denis, sebagaimana yang sewajarnya untuk seorang Ratu Perancis.

Menjelang 1350, wabak epidemik pertama telah berkurangan tetapi kelegaan ini hanyalah sementara sahaja kerana penyakit itu kemudian menjadi endemik di Eropah, ia sentiasa muncul, dengan epidemik setempat setiap beberapa tahun, yang lebih dahsyat daripada yang lain.

Di England, wabak dahsyat yang berikutnya berlaku pada tahun 1361 dan kali ini golongan bangsawan tidak begitu bernasib baik. Henry Of Grosmont, Duke Lancaster, adalah keturunan diraja tetapi tiada apa pun yang dapat menyelamatkannya apabila wabak datang menjengah. Dia meninggal di istana nya di Leicester pada 23 Mac dan isterinya, Isabella Beaumont, menjadi mangsa sebelum akhir tahun.

Henry Of Grosmont

Grosmont mempunyai dua anak perempuan, Maud dan Blanche. Maud berkahwin dengan William V, Count of Holland, Zeeland dan Hainault, tetapi dia meninggal pada April 1362, mungkin berpunca dari wabak itu.

Adik perempuannya, Blanche, adalah isteri pertama John of Gaunt, anak lelaki Raja Edward III, dan terdapat sumber mengatakan dia juga menjadi mangsa dan meninggal di Istana Tutbury, Staffordshire, pada 12 September 1368 sementara suaminya berada di luar negara.

Walau bagaimanapun, memandangkan dia meninggal dunia selepas beberapa hari melahirkan seorang anak yang juga meninggal dunia kemudiannya, mungkin komplikasi pasca-natal adalah punca yang lebih besar.

Apa yang pasti ialah salah seorang anak perempuan John dan Blanche, Philippa, yang menikah dengan Raja Portugal, mendapat jangkitan dan meninggal dunia akibat penyakit semasa wabak pada tahun 1415, ketika berusia 53 tahun.

Ratu Anne Bohemia

Lebih dari satu sumber menunjukkan bahawa pada tahun 1394, Ratu Anne Bohemia, isteri Richard II dari England, mungkin telah meninggal dunia akibat wabak di istana Sheen, kini Richmond di London Barat. Raja Richard yang terlalu sedih telah memerintahkan istana itu dimusnahkan.

Apa pun yang menyebabkan kem4tian Anne, semua bangsawan yang menghadiri pengebumiannya tidak dijangkiti, jadi tidak ada kebimbangan tentang penularan. Tahun 1394 tidak direkodkan sebagai tahun wabak penyakit di England, jadi tidak ada kesahihan Anne menjadi salah seorang mangsa wabak.

Beberapa tahun kemudian seluruh England dan Eropah bebas daripada wabak sehinggalah lewat abad ke-17. Pada tahun 1592, berlaku wabak serius di London, demikian Ratu Elizabeth I menghabiskan musim panas dalam pembangunan di sekitar kerajaannya dengan mengelakkan berada di bandar.

Walau bagaimanapun, kerana dia kerap menghadiri lawatan dan majlis-majlis seperti pengurniaan anugerah kepada bangsawan kaya, hidup dengan kemewahan, maka agak sukar untuk menyatakan sama ada wabak adalah alasan utamanya untuk meninggalkan tenggara England.

Ratu Elizabeth I

Rekod-rekod menunjukkan Ratu tinggal di Eton, Reading dan Oxford dalam perjalanan ke Sudeley Castle di Gloucestershire. Di sana dia dilayani oleh Lord Chandos dengan parti-parti yang berlangsung berlanjutan selama beberapa hari dan semua kos ditanggung oleh tuan rumah. Sewaktu dia kembali ke London, wabak itu telah mula menurun.

Wabak itu kembali membalas dendam di London pada tahun 1665. Kes pertama terjadi di gereja St Giles-in-the-Fields, di luar tembok kota, pada awal musim bunga. Kadar kem4tian meningkat dengan cepat dan jangkitannya menyebar begitu pantas sehingga pada bulan April, Raja Charles II menutup parlimen supaya para bangsawan dan anggota parlimen dapat melarikan diri dari bandar.

Charles berundur untuk keselamatan di Salisbury, beliau tinggal di Malmesbury House dengan keluarga Harris yang kaya. Rumah itu sangat mewah tetapi Raja tidak menyukai Salisbury, mungkin kerana terlalu jauh dari pusat pentadbiran.

Raja Charles II

Dia berada di Hampton Court pada bulan Julai tetapi itu tidak cukup jauh dari London, jadi dia berpindah ke Oxford pada bulan September, babdar diraja yang sentiasa jadi kegemaran. Pegawai undang-undan meninggalkan Westminster untuk menyertai beliau di sana, dan sidang parlimen yang ditangguhkan pada bulan April, berlangsung di Oxford pada bulan Oktober.

Walaupun para bangsawan, doktor, peguam dan para peniaga bertindak meninggalkan London pulang ke kampung mereka, dengan harapan untuk mengelakkan penularan, Datuk Bandar dan anggota dewan kekal untuk menjaga undang-undang dan perintah dan melakukan apa yang mereka mampu untuk menghentikan penyebaran penyakit itu.

Orang-orang miskin juga tinggal di bandar di mana para pengawal mengunci dan mengawal di rumah-rumah yang dijangkiti, sementara ahli gereja dan jiran tetangga meninggalkan makanan di depan pintu bagi mereka yang tinggal di dalamnya.

Kumpulan pencari ditubuhkan bagi mengumpul mayat, mereka membawa mayat pada waktu malam ke perkuburan wabak untuk dikebumikan.

Penulis harian, Samuel Pepys, yang tidak melarikan diri walaupun dia menghantar isterinya jauh ke desa Woolwich, menyifatkan jalan-jalan di London bagai kota yang ditinggalkan, rumput panjang tumbuh memenuhi jalan raya dan kesukaran untuk membeli makanan kerana begitu banyak peniaga dan tukang roti yang meninggal dunia, kedai dan pasar banyak yang ditutup.

Satu peristiwa yang dianggap ‘menyelamatkan’ London dari wabak adalah bencana Kebakaran Besar pada 1666. Api kebakaran membasmi tikus-tikus pembawa wabak, kutu mereka dan membersihkan kotoran secara penuh untuk menjadikan ini wabak epidemik yang terakhir di England.

Terdapat kes-kes terpencil pada abad ke-20 tetapi ianya datang dari kapal-kapal yang berasal dari Timur dan India, dibawa ke pelabuhan dan hanya mengganggu pihak berkuasa kesihatan tetapi bukan ahli kerabat diraja.

“He had come like a thief in the night. And one by one dropped the revellers in the blo0d-bedewed halls of their revel, and di3d each in the despairing posture of his fall. And the life of the ebony clock went out with that of the last of the gay. And the flames of the tripods expired. And Darkness and Decay and the Red De4th held illimitable dominion over all.” ‘The Masque of the Red De4th’, Edgar Allan Poe (1842)

RUJUKAN:

  • B Gummer, The Scourging Angel: The Black De4th In The British Isles, Vintage Books 2010
  • C Brewer, The De4th Of Kings: A Medical History Of The Kings And Queens Of England, Abson Books 2000
  • I & J Glynn, The Life And De4th Of Smallpox, Profile Books 2004
  • T Mount, Medieval Medicine: Its Mysteries And Science, Amberley 2016

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.