Kadang-kadang sesuatu perkara itu kelihatan mudah. Akan tetapi kalau kita abaikan mungkin akan memberi impak yang besar bukan sahaja kepada kita bahkan orang lain juga.

1. Lif

Kemudahan untuk kita  pergi ke tingkat atas atau untuk kita pergi tingkat bawah sesuatu bangunan, premis perniagaan, rumah kediaman, dan sebagainya. Kita lihat keadaan di pusat beli-belah misalnya.

Tempat sebegini sentiasa sesak dengan  orang ramai dan lif sentiasa penuh. Keadaan ini menyukarkan kita untuk menggunakan lif. Jika hendak menggunakan lif kita terpaksa melihat keadaan diri sendiri. Pengguna-pengguna lif pula kita lihat terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan pelbagai golongan.

Dalam hal ini, pengguna yang dalam keadaan yang berlenggang sahaja (jika tidak ada urusan yang perlu disegerakan), sebaik-baiknya haruslah memberikan laluan kepada orang lain yang lebih memerlukan perkhidmatan lif seperti orang tua, wanita hamil, ibu bapa yang membawa anak kecil. Dahulukan mereka yang memerlukan kemudahan tersebut.

2. Eskalator atau tangga bergerak

Apabila kita menggunakan eskalator, kita haruslah membiasakan diri berdiri di sebelah kiri kalau bukan dalam tergesa-gesa agar kita dapat memberikan ruang laluan kepada orang lain yang dalam keadaan hendak cepat ke sesuatu tempat.

Perkara biasa yang berlaku di kawasan lrt, tren, monorel dan sebagainya adalah apabila terdapat segelintir orang yang jenis mementingkan diri berdiri di sebelah kanan dan tidak mahu berganjak walaupun mengetahui bahawa orang lain ingin lalu. Justeru, sila berdiri di sebelah kiri.

3. LRT, MRT, Monorel dan KTM

Kemudahan pengangkutan terpenting di kota metropolitan. Perkhidmatan pengangkutan yang biasa kita gunakan untuk pergi kerja dan balik dari kerja serta ke destinasi-destinasi yang lain. Masalah biasa yang berlaku adalah sikap suka berebut dan malas beratur.

Secara tidak langsung, sikap ini menyebabkan orang ramai  bertolakan tanpa memikirkan keadaan seseorang atau keselamatan diri dan orang lain. Keadaan sebegitu juga menyebabkan penumpang di dalam tren yang hendak keluar tersekat kerana penumpang di luar tren menutup pintu tren.

Dalam hal ini, seharusnya orang yang berada di luar tren beratur dan memberikan laluan penumpang terlebih dahulu untuk keluar apabila pintu tren sudah terbuka. Selepas itu, barulah orang yang berada di luar tren masuk ke dalam tren dan sebaik-baiknya dalam keadaan yang teratur

4. Lampu isyarat kenderaan

Lampu isyarat merupakan antara perkara yang selalu menimbulkan ‘kemarahan’ netizen sejak sekian lama. Masih ramai yang suka mengabaikan fungsinya atau dalam erti kata yang lain ‘malas’ untuk menggunakannya. Setiap kenderaan sudah tersedia lampu isyarat.

Seharusnya, semua pemandu menggunakan bahagian tersebut setiap kali berada di tempat yang memerlukannya. Namun, segelintir orang seperti sudah terhantuk baru terngadah dan selepas berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini seperti kemalangan jalan raya, barulah sedar akan kesalahan sendiri.  Pepatah kita ada mengatakan sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

5. Sampah-sarap dalam kereta

Terdapat segelintir orang yang suka membuang sampah keluar dari kenderaanya. Bukan sahaja sampah yang kecil seperti plastik dan kotak minuman tetapi juga sebungkus sampah yang besar. Sikap begini benar-benar tidak perlu ada pada diri semua orang. Adalah lebih baik sekiranya sampah yang kecil tersebut dikumpulkan dalam plastik terlebih dahulu kemudian dibuang ke tong sampah yang tersedia apabila tiba di destinasi yang hendak kita tuju. Kita tidak perlu menjadi penyumbang kepada longgokan sampah.

Wahai rakyat Malaysia, marilah kita belajar untuk mengubah mentaliti kelas ketiga yang sudah sekian lama bertapak dalam masyarakat. Mari kita ubah cara hidup kita supaya dapat memudahkan kerja kita dan orang lain juga. Belajar untuk tidak mementingkan diri, belajar untuk bertimbang rasa dan belajar untuk sentiasa memikirkan kesan terhadap setiap satu daripada tindakan kita. Dan, cuba cipta seberapa banyak perkara positif lantaran perlakuan kita supaya ianya bermanfaat kepada komuniti kita sendiri.

Saya akhiri perkongsian kali ini dengan suatu konsep Sosiologi iaitu ‘Sociological Imagination’ oleh Sosiologi terkenal C. Wright Mills.

“Sociological imagination is the ability to see the relationship between individuals experience and the larger society”.

Another way of describing sociological imagination is the understanding that social outcomes are shaped by social context, actors, and social actions. In simple words, it means that anything we do, the situations we are in, the value we have and the way people around us act, will definitely affect our life and the society as a whole. There is nothing personal as long as we are living in the community.”

Ironinya orang kita selalu cakap, “Suka hati akulah nak buat apapun!”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan sains kemanusiaan (sejarah dan tamadun) UIAM. Sedang menulis disertasi sarjana sastera (sejarah malaysia) UM. Minat sejarah, sosiologi, seni, muzik dan arkeologi. Sangat suka dengan budaya dan tamadun Asia Timur terutamanya Jepun, Korea dan China. Pluviophile, observant, introvert.

Comments are closed.