Semua sedia maklum India sedang melaksanakan perintah berkurung bagi menangani penularan Covid-19. Tatkala New Delhi pening kepala bila pekerja-pekerja bukan formal kembali ke kampung halaman masing-masing (meningkatkan peluang penyebaran Covid-19), satu lagi pening kepala timbul: Dharavi.

Seperti mana kawasan-kawasan lain di India, Dharavi yang juga kawasan perkampungan setinggan Mumbai yang terbesar di Asia turut menjalani perintah berkurung. Masalahnya, dengan pertambahan kes Covid-19 di kawasan itu, wujud kebimbangan kawasan ini bakal menjadi pusat terbaru penularan wabak penyakit itu.

Ketika ini, Dharavi hanya melaporkan lima kes positif Covid-19 dan satu kes kem4tian. Tetapi dijangkakan angka tersebut akan bertambah berikutan ketiadaan aspek penjarakan sosial dan keadaan kawasan yang kotor. Penduduk juga turut mengeluh kerana dibelenggu masalah kemiskinan dan ketiadaan pendapatan semasa perintah berkurung berjalan.

Menteri Kesihatan Maharashtra Rajesh Tope memberitahu akhbar Business Standard situasi Dharavi amat membimbangkan ketika ini. Di sebalik usaha mereka menguatkuasakan perintah berkurung di situ, agak sukar untuk penduduk berbuat demikian berikutan kekurangan ruang, kemiskinan dan pengangguran.

NGO-NGO yang banyak menyumbang di situ menganggarkan pendapatan penduduk Dharavi sekitar bawah Rs5,000. Dan 10-15% daripada 1.5 juta populasi kawasan itu telah kembali ke kampung halaman mereka di Uttar Pradesh dan Bihar selepas perintah berkurung dikuatkuasakan.

Dengan situasi penjarakan sosial yang longgar dan keadaan kawasan yang kotor, tidak hairanlah ramai penduduk merasa bimbang tempat tinggal mereka itu menjadi pusat terbaru penularan Covid-19 di India. Walaupun Dharavi dilengkapi 1,500 tandas awam, itu masih tidak mencukupi dengan wabak Covid-19 sentiasa mengintai mencari mangsa terbaru.

Kebersihan di Dharavi dianggap satu mimpi ngeri kepada pihak berkuasa. Justeru untuk memastikan Dharavi sentiasa bersih, Brihanmumbai Municipal Corporation menubuhkan sebuah cawangan bagi setiap tujuh kawasan yang membentuk Dharavi.

Setiap cawangan Brihanmumbai mempunyai 150 pekerja kebersihan yang bergerak setiap inci kawasan dengan menyapu di jalan-jalan dan mengutip sampah setiap dua hari sekali. Tetapi dengan ramai orang berkurung disebabkan perintah berkurung, sampah yang dikumpul bertimbun dengan pantas.

Penduduk-penduduk Dharavi juga berusaha menjaga kebersihan kediaman dan kawasan kejiranan mereka. Sukarelawan Akhtar Khan yang mengatur penghantaran makanan percuma kepada kelompok miskin di situ memuji sikap mereka tetapi tidak pasti apakah tabiat itu akan bertahan lama.

Ketika ini, perkhidmatan penghantaran makanan yang dijalankan Akhtar boleh menjamu antara 100 hingga 150 orang sehari. Tetapi dengan perintah berkurung berkuatkuasa, semakin ramai yang meminta makanan dihantar kepada mereka.

Walaupun Akhtar mahu berbuat demikian, tangannya juga terikat kerana hanya mampu menghantar makanan kepada 200 orang sahaja dalam sehari. Dan bagi rakan-rakan NGO lain, mereka merasakan selain bantuan makanan, penduduk Dharavi juga memerlukan bantuan kewangan untuk mengharungi kehidupan semasa perintah berkurung berkuatkuasa.

Bagi Shivram Kasare, seorang aktivis sosial dan penduduk Dharavi, dia memuji tindakan golongan kaya dan berkuasa menyumbang pelbagai sumbangan bagi membantu kerajaan memerangi Covid-19. Tetapi pada masa sama, dia juga berharap wang tersebut disalurkan untuk golongan yang paling memerlukan pada masa ini iaitu golongan miskin yang perlu dibela nasib mereka.

RUJUKAN:

Pinto, Viveat Susan. (2020). With no income and food, Dharavi gasps for air as Covid-19 cases increase. Business Standard. https://www.business-standard.com/article/current-affairs/dharavi-asia-s-largest-slum-holds-its-breath-as-covid-19-cases-rise-to-5-120040500945_1.html

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.